August 3, 2013

'Kalau'lah saya mulakan 3 tahun dahulu-Masih Belum Terlambat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama ingin saya luahkan tapi terlalu banyak perkara yang bermain dalam minda saya, tidak tahu mahu dimulakan dari mana. Buntu apa yang ingin diukir kali ini. Sebenarnya pertama kali  keinginan untuk berblogging tercetus di hati saya 3 tahun dahulu. Bila saya dijemput oleh kawan sekerja untuk ke ruangan blog yang dihasilkan sendiri. Terdetik dihati ingin mempunyai blog saya sendiri. Tapi macam mana ya? Saya ini buta IT tak pandai dan mahir dengan dunia teknologi. Lagi satu apa yang nak saya tulis apa halatuju blog saya? Takut hangat-hangat tahi ayam aje nanti. Tapi sampai bila saya nak ber'tanya'. Dari saya mempersoalkan kalau tindakan saya ini betul atau tidak baiklah saya cuba bergerak ke depan.

Hidup saya berubah 360 darjah apabila saya mula mengikuti seminar IMKK awal Julai lalu. Kawan baik saya, Nor Saadah Abdul Talib yang memberitahu tentang  seminar yang ada di JB sebelum itu. Saya pergi bersama suami dan kemudian kami mengikuti IMKK di Cheras Kuala Lumpur. Seminar 4 hari ini banyak menyedarkan saya tentang hidup yang penuh dengan tanda tanya dan ianya dari diri kita sendiri. Selama ini saya tidak pernah berganjak dari zon selesa saya kerana terlalu kemaruk dengan persepsi 'kalau' saya itu.  Macam mana saya nak mula berbisanes kalau tidak ada modal? Kalau itu, kalau ini. Terlalu banyak kalau dan kemungkinan yang tak pasti dalam hidup saya.

Bila bersama 3200 peserta lain barulah saya tahu yang selama ini saya terlalu banyak berfikir tanpa mengambil tindakan yang betul 3 tahun lalu. Terlalu banyak aura negatif yang kebanyakannya dari diri saya sendiri, menyebabkan saya kaku dalam mencari jalan yang betul. Saya fikir saya sudah jauh ketinggalan. Alhamdulillah, semangat suntikan positif daripada Dr. Azizan Osman saya mula berani mencari identiti sendiri dan merobohkan tembok-tembok negatif dalam diri saya. Bak kata DAO, kita tidak terlalu tua dan masih belum terlambat untuk kaya dan berjaya.

Selepas dari seminar itu saya berazam untuk berniaga online dan memulakan dengan produk yang sudah setahun saya pakai sendiri. Saya ingin berkongsi kebaikan yang saya dapat dari produk ini di samping merealisasikan impian saya untuk bersara awal dari kerja yang banyak memakan diri ini.


Saya utarakan niat untuk berbogging dengan Nor Saadah dan dari sinilah saya dikenalkan dengan Puan Khairunnisa Hamzah dan Puan Masayu Ahmad .Semangat saya amat  berkobar-kobar untuk untuk memulakan tugasan pertama setiap latihan yang diberikan dalam kelas blog ini. Banyak cabaran yang saya hadapi sebenarnya dan kebanyakannya dari diri saya sendiri. Di pejabat komputer saya tidak boleh melayari apa-apa blog apatah lagi hendak membuat 'draft'. Tempat duduk saya di pejabat pula bersebelahan dengan bos. Menyebabkan saya rasa payah dan bersalah untuk melayari blog di waktu rehat. 'Hot spot' katakan. Pendek kata waktu di pejabat amat kritikal untuk saya meluangkan masa berblogging. Kalau ada pun saya hanya mampu membuat draft di tab sekali sekala. 


Di rumah pula kerja rutin sebagai isteri terbentang luas. Kerja memasak, mengemas rumah membasuh baju saya lakukan hampir setiap hari dan hanya berkesempatan membuka laptop pukul 10.30 malam. Pada waktu itu, kepala sudah penat untuk mengarang ayat. Akhirnya saya menulis draft yang kadang-kadang mengambil masa 3-4 hari walaupun Puan Nisa Nuar menyarankan agar setiap hari perlu ada post yang baru. Insya Allah saya akan cuba kejar. 

Saya akui saya agak lambat dalam mempelajari sesuatu lebih-lebih lagi ramai kawan-kawan seperjuangan hebat-hebat belaka dan sentiasa mempunyai posting baru setiap hari. Walaupun jauh ketinggalan saya cuba untuk melakukan yang terbaik. Apa yang saya inginkan sekarang adalah apa yang saya tulis di sini semuanya dari hati dan pengalaman, walaupun ada masanya rentak saya terlalu perlahan. Dan yang paling penting saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sentiasa dikeliling kawan-kawan yang membantu dan membina perjalanan hidup saya di kala saya kekeringan idea dan semangat, terutamanya Puan Khairunnisa Hamzah, Puan Masayu Ahmad dan Puan Nor Sa'adah Abdul Talib. Merekalah tulang belakang dalam turun naik dunia blog saya ini. Insya Allah melalui pembelajaran blog ini, saya harap segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan seperjuangan dan yang bakal ataupun telah bergelar WAHM. Insya Allah karier saya seterusnya, seorang surirumah yang bekerjaya dari syurga idaman saya bersama suami tercinta. Ameen.


Kepada anda yang teringin bertanya lebih lanjut bolehlah:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
Kepada anda yang ingin memasuki ke kelas boleh daftar di sini:  

Anda boleh membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053
CIMB          7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!

4 comments:

  1. Pashaa kak kizee pashaaa.....ehem2....sape rakan sekerja itu....

    ReplyDelete
  2. alolo..buat2 tanya plak? cer teka cer teka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahahaha....kak tlg hapdatekan blog sy juge....ngehehe....

      Delete
  3. baikla insya allah..kite tukar url link blog kite ye

    ReplyDelete