August 3, 2013

Selamat Hari Raya dari Kami di Jabatan Kejuruteraan (Piping) MMHE East Ep. 1

Teks: Kizeewatty Zainal  

Assalamualaikum w.b.t

Saban tahun seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, kami di Jabatan Kejuruteraan akan sibuk menghias pajabat dengan dekorasi yang menarik. Ini sebagai persediaan kami dalam menyambut lembaran yang bakal tiba dan juga masa yang terbaik untuk beramah mesra antara majikan dan pekerja.  

Sampul duit raya berwarna warni sedia untuk dihias

Seronok bila ramai-ramai berkumpul begini. Ada sahaja idea bernas yang kami bincangkan. Bila nak kumpul duit untuk sambutan hari raya? Bagaimana susunan setiap dekorasi yang telah siap? Selama 3 hari kami bergotong royong menghias kawasan pejabat. Selepas waktu pejabat pukul 5 petang kami akan melakukan kerja masing-masing yang telah ditugaskan. Hari pertama kami mulakan dengan membuat sampul duit raya. Setiap satu digunting mengikut bentuk sampul masing-masing dan dilipat dengan kemas. Kemudian dicantum satu persatu sebelum digantung di setiap penjuru siling pejabat. 

Hari kedua ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan anyaman ketupat pula. Dari sinilah bakat terpendam masing-masing tidak kira laki dan perempuan, terserlah dalam menganyam ketupat. Ada yang pandai anyam ketupat sate, bawang dan macam-macam jenis lagi. Berderai gelak ketawa kami bila ada yang tersalah menganyam kerana asyik berbual. 

Hari ketiga kami mula menghias dinding dengan kad-kad ucapan raya. Mana-mana yang nampak kosong kami meriahkan lagi dengan lampu kelip-kelip. Bila lampu dipasang terasa kemeriahan hari raya yang bakal menjelma.

Ketupat untuk hiasan raya

Di sini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin". Tidak lupa kepada bos kami En. Rashid Soud yang sudi menaja dekorasi kami kali ini . Semoga Allah murahkan rezeki bos. Terima kasih kepada krew-krew belakang tabir yang banyak memberi idea dan bekerja keras menghias pejabat ini terutama Puan Linda, Cik Mawar, Ayie, Nizam, Ekin, Shafik, Puan Lin, Qila, Ayu, Ridzal dan ramai lagi. Memang terasa betul-betul nak raya ni =). Bagi mereka yang sudah mula bercuti dan dalam perjalanan balik ke kampung, saya doakan perjalanan anda selamat pergi dan balik. 

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
dari kami
di Jabatan Kejuruteraan (Piping) MMHE East"

6 comments: