May 13, 2014

Amalan Sunnah Makan Menggunakan Tangan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Semasa kecil, kita pasti diajar oleh mak, mama, ummi dan ibu kita makan menggunakan tangan, dan jarang sekali mak, mama, ummi atau ibu kita mengajar kita makan menggunakan sudu dan garfu. Apabila makan pastikan makanan tidak bersepah ke luar daripada pinggan. Sesudah sahaja makan, jilat jari dan jangan tinggalkan sisa makanan. Insya allah keberkatan Allah s.w.t bersama kita ketika menikmati juadah.

Sebelum ini saya pernah menulis entri  amalan sunnah Rasulullah s.a.w berkenaan menjamu makanan dengan menggunakan tiga jari. Tatatertib dalam menjamu makanan amat penting kerana amalan sunnah ini memberi kesan yang terbaik kepada sistem penghadaman kita sekaligus makanan yang dimakan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan.

Kenapa kita digalakkan menggunakan tangan ketika makan? Apa sebabnya? Mari kita ungkap satu persatu hikmah menggunakan tangan ini. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w sebelum makan, baginda akan mengambil sedikit gram menggunakan jari kecil lalu menghisap garam tersebut, kemudian barulah baginda mula menikmati makanan yang terhidang.

Kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan enzim, dan enzim yang ada di tangan kanan kitalah yang dapat menolong proses penghadaman kita. Garam pula adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan. Dua cubit garam dari jari adalah sama dengan satu liter air mineral. Oleh kerana asal kejadian manusia ini berasal daripada tanah, lumrahnya bahan yang asal daripada bumi inilah yang paling berkhasiat untuk manusia.  

Selain itu, garam juga adalah penawar paling mujarab bagi keracunan. Menurut doktor perubatan di hospital, rawatan terawal adalah dengan memberi Sodium Chloride iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang mengganggu manusia.

Selain itu adalah sunnah kita membaca Basmallah sebelum makan bagi mengelakkan penyakit. Ini kerana bakteria dan racun telah membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila dibaca maka bakteria dan racun akan musnah daripada sumber makanan itu dan tidak mengganggu sistem tubuh badan kita. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment