March 25, 2014

Zikirlah di Mana-Mana, Bila-Bila Masa

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t 

Astaghfirullah..300x
Subhanallah..100x
Alhamdulillah..100x
La ilaha illallah..100x
Allahu Akbar..100x
Allahumma salli 'ala Muhammad wa `ala ali Muhammad..1000x

Ya Wahhab..300x

Bila melihat bilangan ini kita pasti rasa terlalu banyak untuk diamalkan amalan zikir ini. Pada mulanya saya rasa manalah nak sempat berselawat 1000 kali sehari. Tapi hakikatnya payah senang itu terletak pada hati dan diri kita sendiri. Jika hati kata payah maka payahla segala urusan, nak seribu daya kan. Maka saya mulakan jugak sedikit demi sedikit sehari, dan kadang-kadang bersambung mana kiraan zikir yang tidak dapat saya habiskan di pagi hari.

Bila masa kita ingin berzikir?

Di dalam kereta ketika pergi, balik kerja, menghantar anak, ke pasar atau kedai.
Perjalanan saya ke tempat kerja memakan masa 30 minit. Ketika memandu kita boleh berzikir sambil menggunakan tasbih. Bagi saya pula lebih mudah saya menekan zikir digital counter ini. Ikut kesesuaian masing-masing. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat melakukan zikir dengan mudah walaupun pada awalnya hanya mampu sedikit bilangannya dan kadang kala sehangat-hangat tahi ayam. 

Jiika tidak cukup tidak perlu risau, waktu balik daripada kerja kita boleh tambah zikrullah ini sehingga cukup. Daripada kita lagha mendengar radio di waktu pagi adalah lebih baik kita memuji Allah dan rasul-Nya, moga perjalanan kerja dan hidup kita hari itu diberkati allah. Insya Allah.

Penggunaan Zikir Counter ketika berzikir.

Ketika membuat kerja rumah
Tampalkan ayat-ayat zikir di dinding bilik, dapur atau peti sejuk, di mana-mana yang kita boleh pandang. Berzikirlah ketika menyapu, membasuh pinggan, menidurkan anak, menyusukan anak ataupun sedang mengejar anak-anak kita di sekeliling rumah. Sedikit sebanyak dengan menampal zikir-zikir ini dapat memberi peringatan dan melatih diri kita untuk berzikir.

Ketika menonton televisyen
Selalunya waktu menonton televisyen adalah waktu saya melipat baju, dua kerja dalam satu masa. Waktu ini kita boleh gunakan sebaik mungkin dengan berzikir. Boleh juga menonton rancangan Astro Oasis kerana akan ada zikir-zikir yang boleh dialunkan bersama.

Ketika di pejabat, di kedai, ketika menunggu di pejabat pos
Sambil-sambil membuat kerja apa salahnya kita basahkan bibir dengan zikir-zikir ini, ketika menaip dan menyiapkan kerja di komputer. Di kala ini tekanlah zikir counter dan berzikirlah. Insya Allah tanpa kita sedari kita akan terasa sekejap sahaja dan betapa lancar kita telah berzikir.

Ketika selesai solat fardhu
Amalkan setelah memberi salam sebelum berdoa. Hanya 2 minit sahaja diperlukan.

Astaghfirullah 33 kali
Subhanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
La ilaha illallah 33 kali

Allahu Akbar 33 kali 

Ketika sujud dan selesai solat Dhuha
Ketika sujud di dalam solat, sesudah سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ sebelum duduk tahiyat akhir

Zikir dibaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara
Ya Wahhab..41x 

Rasulullah bersabda, 

"Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad).

Di waktu sujud inilah kita digalakkan berdoa, mintalah apa-apa yang baik daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dia maha Pengasih, Pengampun dan Pemakbul segala doa. Insya Allah

Selesai solat Dhuha mulakan zikir
Ya Razzak..33x 
Ya Aziz..33x 
Ya Fattah..33x 
Ya Basit..33x 

Insya-Allah anda akan dirahmati dan peluang akan datang dengan mudah.

Ketika sebelum tidur
Sambil-sambil menepuk tempat tidur, zikirlah semampu mungkin. Insya Allah tidur kita dipelihara Allah dan para malaikat-Nya

Astaghfirullah 33x
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
La ilaha illallah 33x

Allahu Akbar 33x

Pilihlah mana-mana waktu mengikut kelapangan kita atau lakukanlah setiap masa. Insya Allah ia akan menjadi kebiasaan kita setiap hari. Insya allah inilah amalan penghapus dosa-dosa kita, di samping memudahkan rezeki kita tidak kira dari segi kewangan, kesihatan dan kelapangan masa. 

Salam sayang
Kizeewatty Zainal
Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah

#mudahnyamenjemputrezeki
#akademibekerjadarirumah

No comments:

Post a Comment