March 16, 2014

Amalan Sunnah Ketika Bangun Tidur

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bangun seawal pagi amat dituntut dalam ajaran agama Islam. Sesiapa yang mengamalkan bangun pagi akan dibuka pintu rezeki daripada Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan insan yang paling mulia kerana mempunyai amalan-amalan yang terpuji sepanjang kehidupan hariannya. Bagindalah contoh dan insan terbaik dan perlu diikuti segala perlakuan dan tindakan terpuji baginda. 


Pada permulaan hari baginda bangun seawal pagi, menyiapkan diri dan mengharungi kehidupan harian dengan amalan sunnah.

Membaca doa bangun tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku
kembali setelah mematikan aku dan kepadaNya aku akan kembali"
Riwayat Bukhari

Menyapu muka dengan tangan

Imam Nawawi dan imam Ibn Hajr meriwayatkan, sunat menyapu muka dan menghilangkan kesan-kesan tidur yang melekat pada muka dengan menggunalan tangan apabila bangun daripada tidur.

Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim

"Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur lalu baginda duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya." 

Membaca doa ketika memasuki bilik mandi

Masuk ke bilik mandi didahului melangkah dengan kaki kiri dan keluar dengan menggunakan kaki kanan.


Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-masuk-tandas-bilik-air.html#sthash.SZU7R0Cn.dpuf
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-masuk-tandas-bilik-air.html#sthash.SZU7R0Cn.dpuf
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ

"Ya Tuhan, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan segala kejahatan"
Riwayat Bukhari



Bersugi

"Rasulullah s.a.w apabila bangun daripada tidur, menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)."
 Riwayat Muslim


Bersugi dapat mengembalikan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan. 

Membaca doa ketika keluar dari bilik mandi


غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
"Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan bahayaku dan menyihatkanku
Riwayat Ashabus Sunan
Wallahu a'lam 

No comments:

Post a Comment