January 11, 2014

Delima (Rumman) Buah Syurga

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman,

“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.” Surah Ar-Rahman:68

Semasa kecil abah selalu bawa saya ke rumah nenek saudara saya yang terletak di hujung kampung. Bila ke sini aktiviti kami adik beradik amat banyak, mengejar ayam, memberi makan itik dan memanjat pokok rambutan dan delima. Pasa waktu inilah saya megenali buah delima, buah yang masam manis dan amat lama untuk dihabiskan kerana bijinya yang banyak dan perlu hati-hati agar tidak tertelan. Sungguh nikmat dan teruja dapat menikmati delima yang segar daripada pokok.

Tapi pada zaman sekarang amat susah pula nak jumpa buah delima ini. Kadang-kadang perlu ke pasar raya besar barulah dapat merasa buah ini. Sebenarnya delima banyak khasiatnya kepada manusia.  

Delima bersifat panas dan lembap, amat berkhasiat untuk perut kerana meringankan sembelit. Delima juha berkhasiat untuk tekak, dada, paru-paru serta melegakan batuk. Jus delima merehatkan perut, cepat dicernakan di dalam perut kerana buahnya yang manis. Buah ini juga meningkatkan pengeluaran sperma tetapi tidak sesuai bagi orang yang demam.




Delima yang masam bersifat dingin dan kering. Delima jenis ini mampu menyembuhkan perut yang berlebihan panasnya dan membantu menghasilkan lebih banyak air kencing. Ia juga meredakan gejala penyakit kuning, menghentikan buang air akibat cirit birit, mencegah muntah berlebihan, melembutkan makanan, menghentikan panas dalan hati, menguatkan organ, meredakan debaran hati dan sakit jantung.

Dari Harb dan yang lainnya meriwayatkan dari Ali r.a yang berkata,

“Makanlah delima dengan kulitnya, kerana boleh membersihkan perut.”

Jus delima yang dimasak dengan sedikit madu dijadikan salap sebagai titisan mata boleh menjernihkan rona kuning mata dan menghancurkan kelembapan yang padat. Jika diletakkan pada gusi boleh menyembuhkan bintik merah pada gusi. Biji delima yang dicampur dengan madu boleh mengurangkan jari septis dan luka serta kudis yang merbahaya. Bunga delima juga mampu menyembuhkan luka. Dikatakan bahawa ‘ Jika seseorang menelan tiga kuntum bunga delima setiap tahun, die akan terselamat dari radang selaput mata sepanjang tahun.”

Manfaat dan Khasiat Delima

Melindungi hati dan ginjal
Ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan hati melindungi ginjal dan hati dari toksin dan racun berbahaya. 

Meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan penghadaman
Delima dan jus delima meningkatkan imunisasi tubuh. Delima diketahui sarat dengan vitamin C. Delima mempunyai kualiti khusus yang membantu penghadaman perut kita agar berjalan lancar.

Anti alergi dan jangkitan
Delima kaya dengan polifenol yang telah terbukti mengurangkan alergi dan alahan.

Mencegah penyakit jantung
Delima meningkatkan kemampuan tubuh untuk mensintesis kolesterol dan mencegah radikal bebas dalam sistem vaskular.

Mencegah kanser dan
osteoartritis
Jus
dan ekstrak buah delima  dapat mematikan sel kanser payudara dan kulit. Delima juga telah terbukti bermanfaat untuk mengatasi osteoartritis kerana mengandungi fitonutrien dan polifenol.

Melindungi DNA
Fitonutrien dan antioksidan dalam buah delima berinteraksi dengan DNA genetik tubuh untuk melindunginya.
Delima memang sarat dengan antioksidan yang efektif mencegah penuaan. 
 
Menstabilkan tekanan darah
Ekstrak buah delima dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mereka yang mempunyai kolesterol  dan lemak tinggi.

Meningkatkan metabolisme
Delima membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, mampu melawan radang, dan meningkatkan berbagai faktor lain yang terlibat dalam sindrom metabolisme yang kerap dikaitkan dengan obesiti dan diabetes. Oleh sebab itu, delima dapat membantu menurunkan berat badan.

Melindungi dari penyakit Alzheimer
Buah ini  mencegah atau memperlambat
kan perkembangan penyakit yang umumnya melanda mereka yang  berusia, iaitu alzheimer atau nyanyuk.


Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment