January 5, 2014

Khasiat dan Manfaat Telur (Baidh) untuk Kesihatan Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Pagi semalam mak dan ayah saya datang bertandang ke teratak kami. Seperti biasa sarapan pagi kami agak meriah, saya dan suami menyediakan sarapan nasi lemak dan sambal sotong berserta telur goreng dan timun.

Apabila makan saya pasti mengasingkan telur kuning dan hanya makan putih telur sahaja. Nak lagi telur sudah sedia ada dengan kolesterol dan digoreng, pasti banyak lemak yang akan terkumpul dalam badan saya nanti. Lebih-lebih lagi kalau makan dalam keadaan berjemaah  pasti selera akan bertambah-tambah.

Kemudian saya terfikir, apakah telur kuning ini tiada khasiat? Adakah hanya tersimpan kolesterol dan lemak sahaja di bahagian kuning ini? Di sini saya berikan tips sihat dan khasiat telur untuk santapan keluarga anda. Sesungguhnya kita pasti ingin berikan yang terbaik untuk mereka.

Pilihlah telur yang baru berbanding telur yang sudah lama tersimpan. Sebaik-baiknya belilah telur ayam kerana ianya merupakan telur yang terbaik. Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan. Telur juga boleh dijeruk, direbus dan digoreng atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk orang tua, orang uzur dan wanita yang mengandung. 

Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. 90% dari kalsium dan 93 % kandungan besiyang terdapat di telur berada pada kuning telur, dan hanya 7 persen yang berada di bagian putihnya.  Telur adalah nilai gizi yang besar bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kerana terkandung sumber terbaik dari protin lengkap yang mengandungi semua asid amino yang amat penting bagi tubuh manusia.


Kuning telur bersifat panas dan basah, mampu menambahkan darah merah untuk badan kita akan tetapi kurang berkhasiat. Kuning telur mudah dicerna ketika masih lembut. Kuning telur meredakan sakit, melegakan tekak dan saluran udara serta melegakan batuk dan luka pada paru-paru, hati dan pundi kencing. Kuning telur mengurangkan gangguan pecernaan, terutamanya jika dicampur dengan lemak dari pokok badam. Kuning telur mambantu proses pembakaran di dalam dada serta melembutkan halangan di dalam tekak.


Kuning telur berkhasiat untuk jantung kerana mempunyai tiga keistimewaan. Kuning telur mudah larut dalam darah, tidak menghasilkan banyak hampas dan darah yang dihasilkan sama ringan dengan darah yang mengalir, bahan yang mudah dicerna dan diserap tubuh.

Putih telur pula boleh digunakan sebagai titisan pada mata boleh menyejukkan bengkak panas dan sakit pada mata. Jika disapu pada wajah, boleh mencegah kulit wajah terbakar oleh sinar matahari. Jika putih telur dicampur serbuk kayu cendana lalu disapu pada kulit muka untuk mencegah kedutan dan juga jerawat.

Waalahu a'lam.

No comments:

Post a Comment