January 4, 2014

Selamat Datang 2014

Teks: Kizeewatty Zainal

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini  hari keempat dalam tahun 2014. Mari kita imbas kembali tahun yang sudah. Apa yang telah berubah sepanjang tahun 2013? Apakah perkara luar biasa dalam hidup kita? Di manakah kekurangan kita? Apa yang kita belajar mengenai diri sendiri atau orang di sekeliling? Apakah aspek dalam hidup kita yang memerlukan transformasi dan perubahan yang lebih baik?

Tahun 2014 merupakan tahun yang terbaik bagi diri kita untuk merangka pelan kehidupan dan kerjaya yang baru di mana pelan ini mempunyai harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kekayaan hidup di dunia dan semestinya matlamat utama kita di akhirat. 

Sebaik-baiknya, janganlah membazir masa dengan menyesal dan merungut kesilapan lalu kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sebaliknya, fokus pada apa yang kita boleh dan akan lakukan hari ini, esok, dan masa depan. Jangan tunggu 'masa yang sesuai' untuk mengambil tindakan. Nanti kitaa akan menyesal kerana tersedar ianya sudah terlalu lewat untuk melakukannya. Jika ada sesuatu yang kita benar-benar mahu lakukan, jika ada impian yang anda ingin capai, cari jalan untuk melakukannya sekarang. Bukannya menunggu dengan mencari alasan, tapi mulakanlah.

Mari bermula dengan membuat senarai semak resolusi
(master checklist) untuk tahun 2013. Cuba kenal pasti perkara yang tidak dapat ditunaikan dan mencari punca kenapa ia tidak dapat ditunai dan diselesaikan. Kemudian, buat senarai semak yang baru untuk tahun 2014. Tuliskan seberapa banyak yang kita inginkan serta pelan tindakan yang terperinci bagi mencapainya, bagaimana cara terbaik untuk melaksanakannya.
       
Ia akan membantu kita mengenal pasti kesilapan masa lalu dan bagaimana kita boleh menukar kesilapan itu menjadi lebih baik dan seterusnay menjadi lebih kaya. Kaya dengan bertambah sihat, kaya dengan motivasi yang tinggi dan kaya dalam menambah nilai kehidupan orang lain. 
Berusaha untuk mengubah tabiat buruk dan corak pemikiran yang negatif, satu demi satu kepada tabiat yang lebih baik dan berfikiran positif.

Pada tahun ini salah satu resolusi saya adalah ingin menyebarkan ilmu kebaikan pada masyarakat dan menjadi blogger yang berpengaruh, di samping menjadi jutawan muslimah supaya saya dapat memberi kembali kepada orang di sekeliling saya. Bukan setakat jutawan dan kaya duit, tapi seorang jutawan yang dapat mengubah hidup orang lain. Saya memulakan langkah pertama saya dengan menjalankan bisnes online dengan memulakan blogging pada pertengahan tahun lepas. Dari sini saya mulakan langkah kecil saya, masih merangkak dan masih belajar untuk memperbaiki diri. 

Beranikanlah diri untuk berubah. Beranikanlah diri untuk berasa tidak selesa dan hidup huru hara. Biasakan diri untuk mencari yang terbaik dalam hidup. Jika perjalanan yang kecil tidak mampu untuk kita harungi, bagaimana pula dengan liku-liku ranjau duri masa hadapan yang lebih dahsyat?

Saya sudah. Anda bila lagi?


Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu, sila hubungi saya di:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.


Anda boleh membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053
CIMB          7042019768

dan isi borang tempahan di sini


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!


 Wallahu a'lam


Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog
Pengedar Shaklee
Pasir Gudang Johor 

No comments:

Post a Comment