Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t
“Sebaik-baik makanan adalah cuka”
Ibnu Majah
dalam Sunan-nya dari Ummu Said yang meriwayatkan dari nabi Muhammad s.a.w ketika
baginda pernah bersabda mengenai kebaikan cuka.
Rumah yang sentiasa menyediakan cuka tidak
akan kekurangan, ini yang saya amalkan. Saya pastikan rumah saya mempunyai cuka
walaupun sedikit. Cuka ini saya gunakan dalam masakan ketika membuat salad
kegemaran saya atau minum begitu sahaja. Cuka yang kami sekeluarga gunakan adalah
cuka epal dan anggur.
Cuka dalam bahasa arab adalah Khall, merupakan makanan yang bersifat panas dan
juga dingin. Khall dikatakan merupakan unsur pengering yang kuat.
Cuka amat berkhasiat untuk melawan sakit
radang perut , penyakit kuning dan mencegah bahaya ubat-ubatan yang mengandungi
racun. Cuka mampu mencairkan susu dan darah beku serta membantu limpa, melapisi
perut yang mengalami sembelit dengan melembutkan najis, menghilangkan dahaga
dan mencegah berlakunya tumor dan kanser. Oleh itu penggunaan cuka dalam makanan harian kita amat digalakkan. Cuba pelbagaikan penggunaan cuka masakan kita.
Cuka yang dicampur dan dibancuh dengan
garam boleh membuang kulat yang beracun dan juga bisul yang membengkak. Jika
diminum begitu sahaja boleh menghindar salur darah di dalam badan dari
tersumbat. Cuka yang dihangatkan dan digunakan sebagai pencuci mulut boleh
menyembuhkan sakit gigi dan menguatkan gusi.
Bagi mereka yang mengalami septis dan luka
terbakar, cuka dikira alternatif terbaik dengan menyapukannya di atas kesan terbakar di
mana-mana permukaan kulit kita. Selain itu cuka mampu merangsang nafsu makan
dan melembutkan perut, baik untuk orang tua atau mereka yang baru sahaja baik
dari sakit dan kurang selera makan.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment