June 3, 2016

Jangan Mengalah Sebelum Kalah

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt 




Dalam perjalanan keluar petang tadi, kami disapa sorang kakak yang menjual kek dari rumah ke rumah.
Rupanya kakak ni dah buat kek marble 100 pcs yang tak dapat diambil oleh pengedarnya di Singapura kerana telah kematian keluarga. Kesian sangat sebab stok dah banyak dalam tangan. Kami jiran-jiran pun cuba tolong, masing- masing promote pada kawan-kawan dalam whatsapp sebelah menyebelah.

Rasa kagum dengan akak ni sebenarnya. Apa yang jadi tak mematahkan semangatnya walaupun dah penat seharian buat kek dan dalam masa yang sama dia terima berita yang stok keknya tak dapat dijual.

Hari ini saya belajar sesuatu.

Dalam kehidupan dan bisnes apabila kita jatuh, bangkitlah dengan segera.

Jangan terlalu diulit emosi dan sedih yang berpanjangan, harus cepat-cepat 'switch' perasaan dan fikiran. Cari jalan penyelesaian dan bertindak.

Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Kitalah penentu hala tuju diri kita sama ada mahu ke depan atau diam tanpa lakukan apa-apa.

Doa dan tawakal pada Allah, hanya Dia tempat mengadu dan Dialah yang bakal memberi dan membuka jalan penyelesaian terhadap segala masalah kita.
 

Pada kawan-kawan yang kepingin kek marble boleh hubungi Kak Siti Kek 0137745482 


No comments:

Post a Comment