August 8, 2016

Kuliah Tafsir Ust Nizam 08.08.2016


*وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ*


Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
*Surah ash Shura 30*

Kita myakini bhwa Allah bkuasa dlm menentukan segala2nya sbg menandakan keimanan kita kpd qada & qadar Allah. Berlakunya sesuatu itu adlh dgn kehendak Allah. *Ini bmaksud ada kehendak yg lbh tinggi bbanding kehendak & keinginan kita*. Sptmana kehendak Allah yg mgadakan & mematikan sesuatu.

Sesuatu musibah itu amat tdk disukai oleh manusia. Allah pasti akan mguji manusia dgn sedikit kelaparan, ketakutan, kekurangan harta benda serta kematian. *Allah ingin myedarkan manusia bhwa sbnrnya ada kuasa lain yg manusia sering melupakannya ketikamana manusia sdg sihat, kaya & bkuasa*.

Kita perlu menerima musibah tsebut dgn redha & bsabar selain tdk blh myalahkan takdir Allah. Musibah ini adlh suatu peringatan @ ancaman di atas byknya dosa yg manusia lakukan. Selain itu berlakunya juga kerosakan di bumi ini disebabkan tangan2 manusia.

*Allah akan mcukupkan pahala org2 yg redha & bsabar dgn takdirNya*. Apabila ada musibah, barulah kita mula belajar erti sabar. Kemudian ia akan mcapai maqam tertinggi iaitu ia mula redha thdp segala yg ditentukan oleh Allah kpdNya.

Org yg mcapai maqam redha ini dirinya penuh prsn cintanya pd Allah. Maka dirinya suka akan ketentuan Allah kerana ia mdpt perhatian drNya. *Apabila Allah mgasihi seseorg hambaNya, maka Allah akan mberikan ujian kpdnya. Allah ingin mgampunkan dosa2nya & meningkatkan darjatnya di sisi Allah*.

_*Jika kita menerima ujianNya sbg hukuman, maka akan sempitlah hatinya. Tetapi apabila kita menerimanya sbg ujian @ perhatian drpdNya, maka hati kita akan mjadi lapang*_.

Allah itu Maha Adil. Allah byk menangguhkan hukuman ke atas dosa2 yg kita lakukan sbg ruang utk kita kembali btaubat kpdNya. *Tetapi ingat!!* Apabila sampai tempohnya yakni ajal kita, maka Allah tdk akan melepaskannya.

*Istighfar yg kita lafazkan amat sedikit bbanding dgn dosa2 yg kita lakukan*. Namun dgn sifat Allah yg Maha Pengampun, maka kita amat mhrpkan keampunan drNya.

*Kuliah Tafsir Ust Nizam 08.08.2016*

Sharing is Caring.

No comments:

Post a Comment