November 7, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki : Sedekah Makanan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Salah satu cara rezeki bertambah adalah dengan menjamu rakan sepejabat dengan juadah sarapan pagi. Inilah aktiviti bulanan atau apabila ada masa kelapangan kami.

Tidak kira apa saja yang dibawa asalkan dapat makan berjemaah. Dengan makan bersama ukhwah dipereratkan lagi. Segala resah dan kekusutan kerja diletak ke tepi.

Juadah sarapan pagi

Juadah minum petang - Roti bakar dan kopi O.

Sedekah makanan merupakan salah satu amalan menjemput dan menambah rezeki. Insya Allah beri 1 dibalas 10, beri 10 dibalas 100.

Hari Jumaat ini perbanyakkan sedekah dan perbanyakkan berzikir.

سبحان الله   Subhanallah -100x
الحمد لله     Alhamdulillah -100x
الله أكبر       Allahuakbar -100x


Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Rakaniaga ABDR
Pasir Gudang Johor

No comments:

Post a Comment