November 7, 2014

Saranan Nutrien untuk Ibu Menyusu

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alangkah bahagianya menjadi ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri anak yag dilahirkan. Secara lahiriahnya setiapibu mampu menyusui sendiri bayinya. Susu ibu merupakan makann terbaik bayianda. Ia mengandungi khasiat pemakanan untk tumbesaran dan perkembagan bayi bagi memastikan mereka membesar dengan sihat dan kuat.

Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit di kalangan bayi yang baru lahir.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui anaknya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. 

Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan penegluaran susu berkualiti  di samping mengekalkan kesihatan dan tenaga si ibu.



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu yang Menyusui Bayi

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperoleh daripada diat harian. Kadar vitamin yang mencukupi menbantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Cadangan Makanan - Rye, barley, biji Labu, blackberry, buah pir, pisang, kismis hitam, delima, aprikot, kiwi, buah  jambu, semangka, saderi, bok choy, ubi, artichoke.

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitalea Shaklee

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diat penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu-ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Cadangan Makanan - kurma, brokoli, jagung manis. asparagus, aprikot, jambu, blueberry, pisang, manggis, epal, kacang almond, tauhu, ikan, susu, daging, ayam tanpa kulit dan telur

Cadangan Vitamin/Suplemen - Energizing Soy Protein Shaklee

Vitamin C 
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C, mennjukan khasiat vitamin  tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusi bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting untuk menguatkan sistem imun , membina klit, gigi dan gusi yang kuat.

Cadangan Makanan - jambu, mangga, kiwi, brokoli, betik, strawberry, tembikai 

Cadangan Vitamin/Suplemen - Vitamin C Shaklee

B Kompleks 
Merupakan vitamin yang diperlukan ibu dan bayi bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasian tenaga untuk sel, mengekalkan saraf serta kulit yang cantik dan sihat. 

Cadangan Makanan - ikan tuna, daging, ayam, beras, gandum, suu kambing, kacang almond, telur, saderi, brokoi, cendawan, bawang putih, aprikot, asparagus.

Cadangan Vitamin/Suplemen - B Complex Shaklee


Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbhan gigi bayi. Wanita yang menyusui anak disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsum setiap hari

Cadangan Makanan - bayam, brokoli, kacang hijau, yogurt, telur, asparagus, saderi, terung, bawang, kentang, aprikot, lemon, blueberry, pisang, manggis, epal, ceri

Cadangan Vitamin/Suplemen - Ostematrix Shaklee

Omega
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara sanitfik bahawa nuerno lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3lebhi banyak di dalam otak. Tambahan pula tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyaI maaslah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan ADHD atau autisme.

Cadangan Makanan - salmon, tuna, telur, kacang walnut, minyak zaitun, aprikot, bayam, belut

Cadangan Vitamin/Suplemen - Omega Guard Shaklee

Alfalfa
Alfalfa banyak mengandungi nurien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhand an perkembangan yang sihat. Alfala juga digunakn secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Cadangan Makanan -sayur-sayuran

Cadangan Vitamin/Suplemen - Alfalfa Shaklee



Saranan Nutrien yang Perlu Diambil oleh Para Ibu Menyusu

Oleh itu ibu-ibu menyusu digalakkan mengambil makanan seimbang dan vitamin yang terjamin selamat, berkesan da halal untuk diri dan bayi anda.


Ingin ketahui lebih lanjut mengenai vitamin Shakee?
 
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
 
atau  
PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
 
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

No comments:

Post a Comment