February 14, 2015

Buat Baik dibalas Baik

Assaamualaikum wbt.

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?"[Surah ar-Rahman 60]

#Berkata al-Mawardi dlm Amtsal wal Hikam:

"Sesiapa yg berbuat baik dgn orang, dia akan beroleh kebaikan. Sesiapa yg menyakiti orang, hanya akan beroleh penyesalan"

#Kita semua dituntut yg melakukan kebaikan samada kpd diri sendiri, sesama manusia, kpd haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam dan semua makhluk. Setiap kebaikan akan di balas dgn kebaikan.

#Dlm ayat yg lain, Allah swt berfirman:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)” (Surah al-An’am 160)

#Dlm sebuah hadis drp Jabir bin Abdillah al-Anshari r.a, Nabi saw bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرْوُفٌ فَلْيُجْزِئْهُ، فَإِنْ لَمْ يُجْزِئْهُ فَلْيُثْنِ عَلَيْهِ؛ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ، وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ...

“Siapa yang memperoleh kebaikan dari orang lain, hendaknya dia membalasnya. Jika tidak menemukan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah dia memuji orang tersebut, kerana jika dia memujinya maka dia telah mensyukurinya. Jika dia menyembunyikannya, bererti dia telah mengingkari kebaikannya" (Sahih. Takhrijut Targhib, as-Sahihah: Tirmizi: Kitab Al Birr wash Shilah)

♡Jika kita nak dibalas dgn kebaikan di dunia dan di akhirat maka penuhilah kehidupan kita dgn berbuat kebaikan demi kebaikan. Perbuatan baik akan di balas baik. Perbuatan jahat akan di balas jahat dan kesengsaraan♡

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment