July 20, 2015

Asam Pedas Parit Jawa.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Makan mana kita hari ini?

Selesai sudah beraya di Pontian hari ini. Kami tiba di Muar selepas maghrib. Perut dah berkeroncong. Maka kami sekeluarga melencong ke Parit Jawa. lokasi utama asam pedas Pantai Leka  Parit Jawa.

Apabila ke sini Gerai No 4 menjadi pilihan kami. Segala lauk sudah siap dimasak, hanya perlu pesan dan segalanya dihidang dengan sekelip mata.

Gerai No.4 Pantai Leka Parit Jawa


Kami pesan 6 pinggan nasi, 2 telur dadar, 2 ekor ikan caru goreng, 1 ekor asam pedas ikan merah dan 4 air, harganya hanya RM60 sahaja. Jangan risau, semestinya ikan-ikan di sini manis dan segar-segar ya.


Asam pedas ikan merah Pantai Leka Parit Jawa



Sharing is caring

Kizeewatty Zainal

#PengedarShaklee
#PasirGudang
#ParitJawa
#PantaiLeka

No comments:

Post a Comment