November 3, 2015

Amalan Sunnah Adab Memberi Salam

Assalamualaikum wbt

Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah saw telah ditanya:

"Wahai Rasulullah saw, jika dua orang berjumpa maka siapakah yang patut memulakan salam diantara keduanya?"

Rasulullah saw menjawab:

"Ialah orang yang lebih hampir dan mentaati ALLAH SWT diantara keduanya, kerana yang pertama memberi salam itulah yang lebih dahulu mengingati kepada Allah, maka dialah yang lebih berhak untuk mendekati dirinya kepada Allah swt."
Riwayat At-Tarmidzi (Hadith Hasan)

PENGAJARAN

1. Orang yang bertaqwa dikalangan umat Islam ialah mereka yang melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Disamping itu mereka juga suka nembuat perkara-perkara yang sunat seperti memberi salam dan sebagainya.

2. Umat Islam hendaklah berlumba-lumba membuat kebajikan walaupun perkara-perkara tersebut merupakan sunat sahaja, kerana setiap amalan yang baik akan dihitung dan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah swt.

3. Berkata ahli-ahli tasawuf amalan-amalan yang sunat ini, beramal dengannya beroleh pahala disisi Allah swt dan bila ditinggal akan dicela oleh Allah swt.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment