November 30, 2015

Duit vs Matawang

Assalamualaikum wbt

Salah faham terjawab...!

1. Duit. Apa itu duit?

2. Matawang. Apa itu matawang?

Apa beza antara DUIT dan MATAWANG?

Bagi sesiapa yang anggap apa yang saya post ni mengarut sebab saya ni "pakar ekonomi jadian", boleh stop baca.

Saya bukan pakar ekonomi. Saya hanyalah orang yang menghantar dan sampaikan ilmu.

✔ DUIT
=======
Duit adalah satu instrument sebagai PERANTARA NILAI BARANG bagi memudahkan perdagangan.

Sukar bagi perdagangan barter untuk terjadi, jadi kewujudan duit sebagai perantara nilai memudahkan urusniaga.

Biasanya, kita dapat duit apabila bekerja, berniaga, menjual hasil pertanian dan penternakan.

Jadi, duit sebenarnya merupakan hasil usaha dan masa kita yang dimanifestasikan dalam bentuk fizikal. Secara hakikatnya, apa yang kita perdagangkan adalah MASA dan USAHA kita dalam sesuatu urusniaga, tetapi secara realitinya, yang kita nampak adalah duit yang bertukar tangan.

Apakah ciri-ciri DUIT?

1. Diterima oleh orang ramai.
2. Mudah dibawa.
3. Tahan lama dan lasak.
4. Mudah dikira (mempunyai unit standard)
5. Menyimpan nilai.

Dinar dan dirham mempunyai semua nilai ini. Perkara terpenting tentang dinar dan dirham adalah no 5. Ia menyimpan nilai.

Sebagai contoh. Jika kita bekerja selama 5 jam untuk memperoleh satu dinar, dan satu dinar boleh membeli seekor kambing ketika ini.

Selepas 10 tahun, satu dinar masih boleh membeli seekor kambing. Ia bermaksud kita hanya perlu bekerja selama 5 jam untuk membeli seekor kambing tidak kira berapa lama masa berlalu.

Kadangkala, bukan sahaja menyimpan nilai, bahkan ia menjadi penambah nilai.

Dinar dan dirham memiliki nilai intrinsicnya sendiri iaitu nilai sebagai emas dan perak.

Seluruh dunia menerima emas dan perak, setiap masa, jadi, ia memenuhi ciri-ciri no 1.

✔ MATAWANG
=============
Matawang adalah sesuatu wang yang tidak mempunyai nilai intrinsicnya sendiri tetapi beroleh nilai disebabkan keyakinan masyarakat bahawa ia mempunyai nilai untuk digunakan dalam perdagangan.

Termasuk dalam kategori ini adalah wang fiat (paper money) dan wang digital (bitcoin, gemcoin dll).

Duit sepatutnya digunakan sebagai perantara nilai dalam dagangan tetapi matawang diperdagangkan seperti mana-mana komoditi lain seperti koko, beras, gandum dan lain-lain.

Perdagangan matawang atau forex ini dari permukaannya kelihatan seperti perdagangan biasa tetapi implikasi disebalik perdagangan ini menyebabkan kemudaratan yang besar bagi sesebuah negara.

Dalam ertikata lain, perdagangan matawang menyebabkan perhambaan besar-besaran tanpa kita sedar.

Kita harus faham perbezaan antara DUIT dan MATAWANG. Duit adalah MONEY sedangkan matawang adalah CURRENCY.

Dalam ertikata lain, zaman sekarang, kita tak pakai duit. Kita pakai matawang.

No comments:

Post a Comment