December 7, 2015

Hargai Anak-Anak Kita

Assalamualaikum wbt.

Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan suka bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik mungkin ujian. ALLAH nak tengok kita demanding ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak-anak yg biasa-biasa, tak berapa pandai, itu hadiah dari ALLAH.
Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.

Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita menjadi riak dan bangga.

Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya.

Jangan lukai hati anak2 kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata.

Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, lebih menghukum daripada membina.
Lebih menyumpah daripada  membimbing.
Lebih marah daripada nasihat.
Terimalah mereka penuh amanah...

Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat.
Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anakanak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa..

Belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu Agung dan Hebat tak membezakan Rahmat keatas hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba yang lemah sangat suka membeza-membezakan.

Anak-anak kita juga punya Hati dan Perasaan. Mana tahu pada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang, tapi dialah yg akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke Syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi Ibu Bapa yang Berwibawa, Pengasih, Berilmu dan Cemerlang !

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment