March 23, 2016

Membaca dan Belajar

Assalamualaikum wbt

Setiap pagi, mulakan hidup anda dengan lembaran baru. Lakarkan sesuatu yang terbaik untuk hari ini.


Membaca. Membaca. Membaca.

Mark Cuban masih lagi membaca 3 jam sehari. 

Cuban cakap:
"Everything I read was public. Anyone could buy the same books and magazines. The same information was available to anyone who wanted it. Turns out most people didn’t want it."

Warren Buffett & Charlie Munger habiskan masa seharian membaca dan berfikir. 

Buffett cakap: 
"Read 500 pages like this every day. That’s how knowledge works. It builds up, like compound interest. All of you can do it, but I guarantee not many of you will."

Bill Gates membaca lebih kurang 50 buku setahun: ~1 buku seminggu.

Elon Musk baca buku macam orang lapar. (Apabila ditanya bagaimana dia membina roket, jawabnya, "Saya baca buku!")



Kata kunci: Belajar. 

BUKAN masuk kelas. 

Masuk kelas dan belajar [/]

Masuk kelas sebab ketagih masuk kelas [X]



Tiada masa?

Semua manusia dapat masa 24 jam sehari. 

Tiada masalah pengurusan masa. 

Uruskan diri sendiri. 

(Ya, antara kita semua, saya paling tak terurus.)



"Bagaimana mencari masa lapang untuk membaca?"

Kita tidak cari masa lapang. 

Membaca bukan satu aktiviti kita buat apabila ada masa lapang. 

Membaca ialah satu aktiviti yang kita buat setiap hari. Lapang atau tidak. 

Yang bantu kita bukan satu buku. 

Yang bantu kita ialah tabiat membaca. 

Kita akan faham daripada beberapa sudut pandang berlainan. Kita akan fikir dan bina kefahaman baru hasil gabungan beberapa sudut pandang. 

No comments:

Post a Comment