July 4, 2016

4 Tempat Untuk Anda Jual Semula Emas Anda

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya komgsikan tips daripada Encik Amzari tentang bagaimana anda boleh menjual semula emas anda unyuk dijadikan pelaburan atau modal.

Credit: Amzari Amran

Ada seorang customer bertanyakan kepada saya, "bila dah beli 1gram ni nanti nak jual balik di mana eh?"

Ni jawapan saya:.-
❶- Anda boleh jual pada sesiapa sahaja.

Di sini anda boleh membuat pilihan sama ada anda boleh jual berdasarkan harga pasaran sekiranya tiba-tiba ada individu yang nak buat pembelian terus di mana pada masa tu anda tak promote untuk jual semula walhal hasrat anda tadi nk jual. Huhuhu faham tak?
+
Sekiranya anda promote untuk jual, anda boleh offer pada individu tersebut pada harga rendah sedikit daripada harga pasaran. So win-win lah..dia dapat harga rendah sikit, anda pula dapat tunai.

❷- Jual semula pada dealer / agen syarikat / wakalah / introducer.

Anda ingat balik, sebelum ni anda beli emas ni pada siapa? Jadi anda boleh roger orang tersebut dan nyatakan hasrat anda tu.
+
Di sini jika anda mahu jual semula emas anda, pihak dealer atau agen syarikat tersebut akan merujuk pada harga belian balik (buyback). Jika anda beli melalui saya, InsyaAllah saya akan beli semula dengan anda. Tak ada masalah

➌- Jual semula pada Syarikat yang menjual.

Nasihat saya, sebelum anda beli emas anda, pastikan anda tanya  secara jelas bahawa pihak syarikat mempunyai jaminan atau tidak untuk belian emas semula.

Kebanyakan syarikat bukan sahaja menjual emas, malah mereka akan beli semula emas anda.

Walaubagaimana pun, pastikan anda beli pada syarikat yang mempunyai jaminan belian balik.
+
Syarikat akan terima emas anda mengikut harga belian balik (buyback). Owh yer, tambahan...diingatkan, sebelum anda beli emas, pastikan juga spread atau perbezaan harga jual - harga beli adalah rendah.

Sekiranya spread sangat tinggi, jurang keuntungan anda juga sangat tinggi. Pilihlah spread yang rendah.

➍- Jual pada mana-mana kedai emas.

Apabila sebuat mana-mana kedai emas, bermaksud anda perlulah tanya lebih 2 atau 3 buah kedai. Bukannya hanya satu kedai sahaja  tak terima, kemudian anda menilai bahawa emas yang anda beli tu tidak laku. Bukan begitu, anda perlu tahu bahawa kedai emas adalah kedai yang hanya menjual emas sahaja dan menjual emas jenis perhiasan (barang kemas) sahaja.
+
Tambahan pula, sesetengah kedai emas agak leceh untuk beli emas anda yang mempunyai berat minima. "You mau tolak 1gram sahaja"..so faham-faham la eh.huhu..
+
Bukan semua kedai emas langsung tidak terima emas yang anda mahu jual semula. Masih ada, cuma anda perlu cari lebih dari satu kedai. Masih banyak lagi kedai emas di luar sana nak beli emas "terpakai" ni. Anda boleh cari kedai emas yang tulis di luar kedai mereka "perkhidmatan beli emas lama". Tentu dorang akan beli..cubalah.
+
Perlu diingatkan yer, apabila anda jual semula emas anda di kedai emas, spreadnya sangat tinggi. Jadi, fikir-fikirkanlah.

p/s:. Sila ikut turutan untuk 4 tempat anda jual semula emas anda.
 Ar-Rahnu bukanlah tempat untuk menjual emas, sebaliknya sebuah institusi yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai syariah. Jika Ar-Rahnu di bawah koperasi juga ada yang menjual emas dan setahu saya Ar-Rahnu yang beli emas ni mungkin di belah Pantai Timur.

Moga bermanfaat ~

Dalam SIMPANAN TUNAI tak ada EMAS
Dalam SIMPANAN EMAS FIZIKAL ada TUNAI



JOM MULAKAN SEKARANG

Harga Emas Powergold sila klik link di bawah:


Whatsapp saya jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan emas serendah 1 gram.

Kizeewatty Zainal
0192484428
#AhliPowerGold #PasirGudang
#EmasSimpananTerbaik #EmasKalisInflasi 

No comments:

Post a Comment