July 5, 2016

Tazkirah Raya 2016

Tazkirah tarawih Masjid An Nur Junjong, Kulim.

* Istiqamah - melazimi, tetap melaksanakan ketaatan kpd Allah SWT mengikut makna yg diterjemahkan oleh Imam Al Ghazali
* Ramadhan adalah bulan latihan utk beribadat, tarbiyyah - didikan yg menghasilkan org yg bertakwa kpd Allah SWT.
* Org yang istiqamah tidak akan takut pada hari akhirat
* Gunakan nikmat sihat utk mencari pahala
* Gunakan kekayaan yang ada utk mencari pahala. Infaqkan pada jalan Allah SWT. Sifat org yg beriman ialah mereka mengeluarkan harta2 mereka utk jalan Allah SWT.
* Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: takutilah kamu kepada kezaliman (jgn berbuat zalim kpd org) kerana ia bakal menggelapkan hari akhirat kita dan takutlah kpd kebakhilan kerana kebakhilan telah membinasakan umat yg terdahulu
*  Iktibar dari Qarun dlm Surah Al Qasas, ayat 76;

* إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
* "Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu)."

* Sambutan hari raya yg mengikut syariat Allah SWT;
    * Hari raya adalah ibadat & diberi pahala oleh Allah SWT
    * Mulai dari malam raya - hadis Rasulullah SAW mafhumnya; antara 5 malam yg sangat mustajabnya doa ialah malam aidilfitri dan juga malam aidiladha
    * Isikan malam raya dgn qiamullail
    * Bermula dari terbenam matahari Maghrib terakhir Ramadhan - disunatkan banyak bertakbir sehingga sebelum Solat sunat raya. Takbir beramai2 di rumah bersama keluarga bermula pada malam raya
    * Mandi sunat hari raya
    * Disunatkan berwangi-wangian khusus bagi yg lelaki sahaja (berlebihan)
    * Berpakaian yg terbaik & cantik
    * Disunatkan makan terlebih dulu sebelum pegi Solat sunat raya
    * Disunatkan keluar utk Solat sunat raya
    * DIsunatkan pergi ke masjid jalan lain & balik melalui jalan yg lain.
    * Ucapkan salam & taqabalallahu minna wa minkum
    * Saling bermaaf-maafan sesama kita
    * Perbanyakkanlah utk menghubungkan silaturrahim

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment