June 17, 2014

Jalan-jalan Walimatul Urus Kuala Terengganu

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Entri ini sepatutnya diterbitkan pada November tahun lepas. Alhamdulillah akhirnya siap setelah saya mengambil masa yang agak lama menyiapkannya. Selamat membaca.

******************************************************************************************************************************************************************

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia D.Y.M.M. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail  pada Jumaat lalu 22 November 2013. Saya doakan semoga anda sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.


Bersama Suami Tercinta

Pelancongan merupakan nikmat daripada Allah s.w.t. Dengan melancong kita dapat menenangkan fikiran sambil-sambil meninjau tempat orang yang berbeza budaya, makanan dan sejarah.

Tujuan kami bermusafir ke Kuala Terengganu ini bagi memenuhi jemputan walimatul urus kawan kami Mohd Hafizul. Menariknya cuti awam pada hari jumaat sempena kelahiran D.Y.M.M. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail, maka kami bercuti panjang di hujung minggu.

Hari Pertama

Saya dan suami memulakan perjalanan kami seawal pagi dari Pasir Gudang menuju ke Mersing. Selesai bersarapan di Mersing kami teruskan lagi perjalanan ke Endau - Pekan - Kuantan - Kemaman - Dungun dan akhirnya kami sampai ke Kuala Terengganu. Perjalanan kami mengambil masa hampir 10 - 11 jam kerana kami kerap berhenti.

Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah untuk makan tengahari di Restoran Nasi Arab Al Safina di Kijal

Ruangan duduk bersila 
Ruangan berhawa dingin 

Ruangan ala taman di luar restoran Al Safina



Pelbagai Juadah Makanan Arab disediakan di Al Safina

Setibanya kami di Primula Beach Resort, hotel penginapan kami di Kuala Terengganu, waktu sudah hampir waktu maghrib. Kami bercadang untuk duduk sahaja di hotel tanpa pergi kemana-mana. Badan sudah terlalu penat dan saya hanya mampu menikmati pemandangan pinggir Kuala Terengganu dari balkoni bilik sahaja.

Untuk pengetahuan kadar hotel di Primula Resort ini bermula dari RM250 ke atas. Tapi oleh kerana saya dan kawan-kawan menempah beberapa buah bilik, maka harga sebuah bilik hanya RM195 sahaja, lengkap dengan tab mandian.


Bilik beserta balkoni di Primula Hotel Kuala Terengganu

Melihat pemandangan dan ciptaan Allah ini, hati saya sungguh tenang. Keadaan bandar Kuala Terengganu tidak seperti Johor Bahru yang sentiasa sesak dengan kereta dan pembangunan. Sudah kurang pemandangan semulajadi seperti di sini.


Pemandangan Pantai Batu Buruk di belakang Primula Beach Resort

Pemandangan pinggir kota Kuala Terengganu

Hari Kedua

Di waktu pagi, kami turun untuk bersarapan di hotel. Menariknya di sini, sarapannya pelbagai variasi, enak dan sedap. Pagi-pagi kami bersarapan nasi dagang dan juga makanan ala barat. Layanan dari staf hotel juga memang terbaik.

Membeli-belah di Pasar Payang

Setelah perut penuh kami melangkah ke Pasar Payang, hanya 5 minit dari hotel kami dengan menaiki kereta. Di sekeliling bangunan Pasar Payang ini penuh dengan kedai-kedai batik dan kain. Terdapat juga bank-bank berdekatan yang memudahkan kita tanpa bergerak terlalu jauh. Hanya berjalan kaki kita sudah sampai ke tempat yang ingin dituju.

Saya sangat kagum dengan semangat daya saing penduduk Terengganu. Kedai yang sama sebelah menyebelah tapi menjual tanpa ada persengketaan atau tidak puas hati antara mereka. Apa yang saya nampak setakat ini peniaga-peniaga di sini mengamalkan persaingan yang sihat, saling bantu membantu dan berbudi bahasa sesama mereka.



Kami sudah sampai di Pasar Payang

Pelbagai koleksi kain dan fesyen terdapat di tingkat dua pasar

Cenderahati yang murah dan pelbagai pilihan sebagai hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan anda.

Kelihatan deretan penjual sayur dan hasil tanaman di luar Pasar Payang

Sebahagian hasil jualan di sini yang terletak di tingkat satu pasar

Lambakan kuih muih pelbagai warna dan rasa

Setiap gerai di sini menjual keropok ikan dan jajan seperti kacang, asam dan manisan.

Mata saya tertumpu pula pada sebuah kedai emas iaitu kedai emas Tengku Din. Sebenarnya di dalam pasar payang sendiri terdapat 14 buah kedai emas. Tak dikira lagi kedai emas yang terdapat di luar Pasar Payang.

Pelbagai corak dan design emas yang menarik di sini dengan harga berpatutan. Yang paling menarik kita masih boleh tawar menawar dengan mereka. Bagi sesiapa yang ingin membeli emas di sini saya cadangkan anda ke Kedai Emas dan Permata Tengki Din. Tauke kedainya berbudi bahasa dan melayan kita dengan penuh sabar. =) 

Salah satu kedai emas di Pasar Payang

Walimatul Urus di Mengabang Telipot.

Jam di tangan menunjukkan pukul 11 pagi, saya dan suami bergegas pulang ke hotel untuk bersiap sedia dan berkumpul dengan rakan-rakan lain berkonvoi ke rumah pengantin.

Sampai saja kami semua sudah kelaparan, perut perlu diisi dahulu, lagipun pengantin tengah sibuk melayan tetamu yang lain. Lebih 2 jam bersantai dan berborak dengan bekas rakan sekerja saya. Al-maklumlah sudah 5 tahun saya tidak bertanya khabar dengan mereka. Rasa seronok dan gembira teramat sangat dapat bertemu kembali kawan-kawan yang sama susah dan senang ketika saya mula bekerja dulu. 



Sesudah mengisi perut. masa untuk berjumpa pengantin. Tanpa disangka kenam-enam kami rupanya bekas pelajar UIAM termasuklah pengantin dua sejoli ini.

Kami berenam merupakan graduan dari UIAM.

Udang celup tepung di Telok Ketapang

Masih tidak puas, kami semua bercadang ingin jalan-jalan cari makan lagi walaupun cuaca hampir hendak hujan. Kalau pasal makan kami sanggup meredah segalanya. Nak lagi juadah minum petang kami telah ditaja oleh En. Irfan. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. 

Kami berkonvoi pela ke Telok Ketapang kerana ingin mencuba udang dan ikan celup tepung bersulam air kelapa. Alhamdulillah memang terbaik rezeki Allah di bumi Darul Iman ini.

Hujan makin lebat, kami semua sepkat balik ke hotel. baru saja nak merebahkan badan suami mengajak saya ke kolam renang di hotel dan hujan sudah pun teduh. Di hotel ini menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak dan juga dewasa. jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana kolam renang kanak-kanak terlalu cetek dan selamat untuk mereka.


Lepak sebentar di kedai yang menyediakan udang dan ikan celup tepung di Tanjung Ketapang

Pada malamnya selepas solat maghrib kami meraikan perjumpaan Hari Keluarga bagi JGC JB yang ketiga dengan mengadakan makan malam di dewan hotel Primula.


Keadaan dewan yang disediakan memang selesa dan luas untuk keluarga yang mempunyai anak

Upacara makan malam berlangsung sambil menunggu tetamu istimewa kami

Bersama salah seorang kawan saya Puan Suriyani dan suami

Inilah tetamu yang saya maksudkan, Ustaz Azhar Idrus yang sudi hadir ke majlis kami. Kedatangan beliau adalah hasil jemputan kawan saya En. Anuar bagi mengisi perjalanan kami di sini dengan tazkirah dan ilmu yang bermanfaat.


Tetamu Khas Ustaz Azhar Idrus

Tazkirah Ustaz Azhar Idrus lebih berkisarkan yang jatuh pada 13 November 2013 yang lalu. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islamkerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Setelah itu sesi soal jawab berjalan antara kami dan Ustaz Azhar Idrus, dan beliau masih bertazkirah walaupun ketika makan malam.



Sedikit intipati soal jawab bersama Ustaz Azhar idrus


Perbincangan antara kaum-kaum bapa dan Ustaz sambil menjamu makan malam

Gambar kenangan kami bersama Ustaz Azhar Idrus

Hari Keluarga JGC JB ke-3 di Primula Beach Resort bersama Ustaz Azhar Idrus Nov 2013


No comments:

Post a Comment