June 2, 2014

Tanda- tanda Hormon Tidak Seimbang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Baru sahaja semalam seorang kawan saya mengadu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Sudah 6 bulan tidak datang bulan, badan semakinmembesar dan ditumbuhi rambut. Apabila membuat pemeriksaan di hospital pakar, doktor menyatakan bahawa kawan saya ini mengalamai ketidakseimbangan hormon. Sebenarnya bagi wanita, perubahan yang paling ketara hormon tidak seimbang ini ialah ketika mereka berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an, tetapi tidak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 dan 30-an. 

Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari .

Secara Ringkas Kesan-kesan Hormon yang Tidak Seimbang Kepada Wanita


  • PMS
  • Osteoporosis
  • Kenaikan berat badan
  • Alergi
  • Fibroid
  • Kulit kering
  • Lelah
  • Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
  • Murung atau Stress
  • Gemuk air

Kesan-kesan Hormon yang Tidak Seimbang Kepada Wanita (gambar carian google)

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon:

Berat badan meningkat.

Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.

Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita. 

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 - 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi. 

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip-tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan. 

Antaranya:

GLA Complex ialah Gamma Linolenik Acid membantu masalah ketidakseimbangan hormon dikalangan wanita. Ia juga mempunyai kandungan lain seperti sunflower oil dan vitamin E yang sangat baik untuk kulit dan sistem saraf.

B Complex mampu menstabilkan hormon manusia. Ia juga dikenali sebagai vitamin anti stress yang dapat mengawal emosi serta tekanan dalam diri kita.

Omega Guard membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan mental seperti murung, tekanan dan kebimbangan. Ia juga mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita.

ESP merupakan minuman kkacang soya organik. Merupakan tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita.

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar stress, memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.


Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita

1 comment:

  1. Rupanya banyak juga penyebab hormon inbalance nie ya.. Terima kasih atas info dan penyelesaian :)

    ReplyDelete