October 16, 2014

Cara Bersuci dari Haid

 Teks: Kizeewatty Zainal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Wanita yang kedatangan haid, apabila kering darah haid atau darah nifas, wajib mereka mandi sebelum menunaikan solat. Dalam bahasa Melayu ianya dikenali sebagai mandi wajib, mandi junub atau mandi hadas besar dan hukumnya adalah wajib.

Pengertian mandi atau al-ghuslu menurut pengertian Bahasa Arab pula ialah:

“Mengalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”.
 ( Fath al-Bari, 1/359)
 
Allah s.w.t telah mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). Allah berfirman: 


“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi junub)”. 
 (al-Maidah 5:6)

Rukun Mandi Wajib/Junub/Hadas Besar
  • Niat
Niat ini hanya diucapkan di dalam hati dan tidak perlu diucapkan secara lisan.
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
Bila ada najis pada tubuh, membasuhnya bisa berbarengan dengan mandi wajib. Artinya     membersihkan najis boleh disatukan dengan mandi wajib.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir (terlihat) termasuk semua lipatan badan.
Meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama bulu-bulu yang jarang ataupun lebat.
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikuti cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk membersihkan hadas besar . 
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali. 
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis. 
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh setelah mandi nanti. 
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala. 
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air. 
  7. Meratakan air ke seluruh tubuh di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah. 
  8. Meratakan air ke seluruh tubuh di sebelah lambung kiri dari atas sampai ke bawah. 
  9. Menggosok bagian-bagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air. 
  10. Membasuh kaki.


Membasuh Kain Yang Terkena Darah Haid
Pakaian yang terkena darah haid, hendaklah dikikis dahulu darah tersebut sebelum dicuci. Setelah dikikis hendaklah dibasuh seperti membasuh najis biasa. Dari Asma Binti Abu Bakar ra berkata :

“Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW katanya :  

"Ya Rasulullah, Bagaimana caranya apabila pakaian kami kena darah haid? Apakah yang mesti kami perbuat? Rasulullah SAW menjawab : Apabila pakaian kena darah haid, kikislah darah itu kemudian bersihkan dengan air. Setelah itu anda solat memakai kain itu.” 

(Riwayat Al-Bukhari)

Wallahu a'lam

1 comment: