October 11, 2014

Qadha Solat Kerana Haid

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Cara Menqadha Solat Selepas Haid

Wanita yang didatangi darah haid pada masa waktu solat telah masuk dan wanita tersebut belum melakukan solat waktu tersebut, maka ia wajib menggqadha solat yang telah ditinggalkannya itu kerana haid. 

Daripada Abi Mas’ud ra berkata :

“Rasulullah SAW bersabda : Sebaik-baik amal itu adalah mengerjakan solat pada awal waktunya.” 
 (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Hakim)


Gambar carian Google

 Cara menqadha solat adalah setelah dipastikan tiada darah lagi yang keluar atau pasti keluarnya cecair putih jernih yang tiada mengandungi sebarang warna darah. Maka ia diwajibkan mandi dan terus mengqadhakan solat yang telah ditinggalkan ketika waktu datangnya haid yang pertama dahulu.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment