June 12, 2015

Restoran Western Big Food Johor Bahru

Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Selepas waktu kerja saya dan suami nak hilangkan stress dengan jalan-jalan cari makan. Jadi kami bercadang ke restoran Big Food di Jalan Kolam Ait\r di bandar Johor Bahru. 

Kami sampai selepas Isyak dan masih banyak tempat kosong. Setelah diberikan menu oleh pelayan dan menilik satu demi satu, kami pun mula buat pesanan. 

 Suami saya makan Graffa Mama Lamb Chop. 3 kepingan kambing dihiasi salad, kentang lenyek dan sos lada hitam yang lazat. Harga RM28.00

Saya pula makan Risotto. Sotong bakar, kepah, udang dan nasi berlemak. Harga tak salah saya dalam RM32.00

Airnya pula dalam cawan besar berharga antara RM3-15. Kesemua yang kami makan hari ini sedap-sedap belaka. Tapi harus diingatkan kuantiti makanan di Big Food ini banyak dan berkemungkinan besar tidak dapat dihabiskn.
Jadi nasihat saya mungkin anda boleh membuat pesanan untuk seorang dan makan berdua.

Restoran Western Big Food Johor Bahru

Apabila lewat malam sikit barulah restoran ini makin dipenuhi pelanggan. Servisnya cepat dan efisian. Pelayan di sini pun ramah-ramah belaka. Selain makanan barat ada juga goreng-goreng dan makanan berlauk dengan nasi putih.

Selesai makan malam ni haruslah kami makan Omega Shaklee untuk mengelakkan badan menyerap lemak.


Saya bagi 5 bintang!

Sharing is Caring

Kizeewatty Zainal
#PengedarShaklee
#PasirGudang.

No comments:

Post a Comment