June 3, 2015

Senyum itu Amalan Terpuji

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum wbt


 وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ * ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ

"Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. Senyum tertawa, lagi bersuka ria" [Surah 'Abasa 38-39]

#Sabda Nabi saw:

إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّىٍّ فِى السَّمَاءِ إِضَاءَةً...

“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama. Kemudian orang-orang setelah mereka dengan keadaan seperti bintang yang paling berkilau sinarnya di langit..." (Sahih al-Bukhari dan Muslim)

Imam Ismail bin Yahya al-Muzani berkata: 
"Penghuni syurga pada hari kiamat akan melihat (wajah) Rabb mereka (Allah swt), mereka tidak merasa ragu dan bimbang dalam melihat Allah swt, maka wajah-wajah mereka akan ceria dengan kemuliaan dariNya dan mata-mata mereka dengan kurniaNya akan melihat kepadaNya, dalam kenikmatan (hidup) yang kekal abadi…” 
(Kitab Syarh Sunnah, al-Muzani)

Imam al-Muzani adalah imam besar, ahli fikah dan murid senior imam as-Syafi’ie (wafat pd 264 H).


Sebelum mendapat nikmat yg indah itu, maka sbg orang mukmin maka pastikan wajah kita di dunia ini sentiasa dlm keadaan senyum dan manis di pandang orang.

Diriwayatkan oleh Imam Malik dlm Muwattha' drp Abu Hazim, Salamah bin Dinar drp Abu Idris al-Khaulani bhw beliau mengatakan:

دخلت مسجد دمشق ، فإذا فتى شاب براق الثنايا ، وإذا الناس معه إذا اختلفوا في شيء أسندوه إليه ، وصدروا عن قوله ، فسألت عنه ، فقيل : هذا معاذ بن جبل

"Aku memasuki masjid Dimasyq, aku mendapati di dalamnya ada seorang pemuda yang cerah giginya maksudnya banyak tersenyum, orang ramai bersama dengannya yang apabila mereka menghadapi perselisihan mereka mendatanginya dan berpegang dengan kata-katanya. Aku pun bertanya tentangnya maka diberitahu kepadaku bahawa itulah Muaz bin Jabal r.a.

Kisah ini menunjukkan bhw Sayidina Muaz bin Jabal seorang yg sungguh mesra, banyak tersenyum dan peramah. Digambarkan masuk-masuk masjid perkara pertama yg dia perasan tentang peribadi sahabat Nabi itu ialah suka tersenyum dan berseri2 wajahnya.

Semoga di dunia kita sentiasa tersenyum samada ketika suka dan duka serta sentiasa berwajah manis. 

Semoga Allah swt menganugerahkan syurga kepada kita agar sekali lagi kita mampu tersenyum tawa di Mahsyar kelak. Senyumlah!!♡ 😊😊😊

No comments:

Post a Comment