June 30, 2015

Setiap Manusia yang Hidup akan Mati

Assalamualaikum wbt.

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)"[Surah as-Sajdah 11]

#Setiap manusia yg hidup akan mati. Kemudian akan dihadapkan di hadapan Allah swt. Setiap kerja buat kita di dunia akan diperhitungkan dan akan di balas samada mendapat kebahagiaan syurga atau kesengsaraan neraka.

#Allah swt berfirman lg kpd kita mengenai kesudahan org yg kembali kpd Allah tanpa amalan yg mencukupi.

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ * فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ 

”Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.”

#Rasulullah saw bersabda:

إِنَّكُمْ تُحْشَرُوْنَ رِجَالاً وَرُكْبَانًا وَتُجَرُّوْنَ عَلَى وُجُوْهِكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan dikumpulkan (ke Padang Mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan (ada juga yang) berkenderaan, serta (ada juga yang) diseret di atas wajah-wajah kamu" (HR at-Tirmizi. Hadis hasan)

#Dlm hadis yg lain Nabi saw memaklumkan kpd kita ttg adanya balasan selepas mati. Drp Abdullah bin Mas’ud, Nabi saw bersabda:

يَجْمَعُ اللهُ الأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِيْنَ لِمِيْقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُوْمٍ قِيَامًا أَرْبَعِيْنَ سَنَةً شَاخِصَةً أَبْصَارُهُمْ يَنْتَظِرُوْنَ فَصْلَ الْقَضَاءِ

“Allah mengumpulkan semua manusia dari yang pertama sampai yang terakhir, pada waktu hari tertentu dalam keadaan berdiri selama empat puluh tahun. Pandangan-pandangan mereka menatap (ke atas), menanti pengadilan Allah swt” (HR Ibnu Abid Dunya dan at-Thabrani. Sahih)

♡Beramallah dgn amalan yg baik dan soleh krn suatu hari nanti kita akan mati dan akan diadili di mahsyar utk menerima balasan samada selamat atau sebaliknya♡

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment