August 1, 2015

Ikan Dory dan Kentang Bakar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamaualaikum w.b.t

Resepi hari ini ala-ala fish and chip tapi saya pelbagaikan sedikit dan berikan kelainan.




Bahan-bahan:

1 peket jagung, lobak merah dan kacang peas
1/2 biji kobis merah - hiris halus
1 biji bawang merah - hiris halus
2 biji kentang
1 peket ikan Dory - boleh beli di Tesco kawasan daging dan ikan.
1 peket tepung Tempura Batter Mix PakLong- boleh didapati di Tesco
2 keping cheese
2 sudu mayonis

Cara-cara:

Ikan Dory
1. salutkan ikan dengan tepung Tempura dan goreng.

Salad
1. Kukus jagung, lobak merah dan kacang peas.
2. Gaul jagung, lobak merah, kacang peas, kobis merah, bawang dengan mayonis

Kentang Bakar
1. Kelar-kelar kentang dan rebus kentang. Anda boleh rebus kentang ketika mengukus jagung dan lain-lain.
2. Letakkan keju di atas kentang dan bakar di dalam oven. Jangan guna suhu terlalu tinggi nanti keju akan hangit, cukup sekadar cairkan sahaja. Cucuk kentang dengan garfu untuk memastikan ianya masak. 


Sekian resepi goreng bakar kukus daripada saya. 

Sharing is caring.

Kizeewatty zainal
#PengedarShaklee
#pasirGudang

 

No comments:

Post a Comment