August 30, 2015

Kemerdekaan: SK316 Berlayar Pergi

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hujung minggu ini keluarga mertua saya datang melawat selama 3 hari 2 malam. Dan saya serta suami mula merancang untuk bawa mereka berjalan-jalan sekitar Johor bahru.
  



Mula-mula kami ke jeti Pelabuhan Johor untuk melihat sendiri pelantar SK316 yang bakal berlayar pada 2 September nanti. Inilah pelantar yang tersergam indah di belakang kami. Projek yang kami usahakan ini memakan masa tidak smapai 2 tahun dan Alhamdulillah berjaya disiapkan.



Memang teruja Auni dan zaim apabila melihat raksaksa kuning yang besar depan mata.

Gambar dari FB Jejak Orang Minyak 27 Ogos 2015


Kemudian kami solat maghrib di Masjid di Kolam Air dan seterusnye ke Big Food untuk makan malam. Sungguh ramai pelanggan pada malam minggu ini. 




Kuantiti makanan di sini dalam satu pinggan amat banyak dan harga amat berpatutan, dan yang paling penting memang sedap. Harga 2 keping lamb chop yang suami saya makan hanya RM28. Nasi Goreng pula meriah dengan udang dan sotong dan hanya RM18. Airnya pula dalam cawan yang besar dan amat berbaloi dengan harga yang murah.

Jika sesiapa yang inginkan makanan Western dan goreng-goreng bolehla datang ke Big Food. 


Sharing is Caring.

Puan Kizeewatty




No comments:

Post a Comment