August 7, 2015

Latihan AutoCAD P&ID

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini dan esok saya menjalani latihan AutoCAD P&ID. Bagi mereka dalm dunia 'technical design' pasti sinonim dengan perisian AutoCAD.

AutoCAD merupakan asas lukisan digital 2D. I digunakan dalam pelbagai industri khususnya arkitek, pereka teknikal, pereka grafik dan lain-lain. Penguasaan AutoCAD merupakan kemahiran yang perlu ada pada tiap lapisan pekerja sijil, diploma dan ijazah dalam bidang teknikal ini.

Di MMHE, kemahiran AutoCAD merupakan nadi kepada pengeluaran lukisan yang seterusnya akan digunakan dalam pembuatan pelantar minyak dan gas.


Manual AutoCAD P&ID 2015

Alhamdulillah, hari pertama cikgu kami Cikgu Nor amat membantu dan satu persatu diajar akan tiada siapa pun yang ketinggalan. Kami belajar cara-cara melukis paip dan alatan mekanikal.



Inilah sedikit sebanyak yang diajar dalam latihan AutoCAD

Hari kedua kami diajar beberapa cara-cara penetapan dalam AutoCAD supaya lukisan yang dihasilkan menepati piawaian dan kehendak pelanggan.

Bagi adik-adik yang berminat rasanya rekacipta rasanya bolehlah cuba belajar AutoCad. Kita tidak akan rugi kerana boleh dikatakan semua industri menggunakan perisian ini.


Sharing is Caring

Kizeewatty Zainal
#PengedarShaklee
#PasirGudang

No comments:

Post a Comment