July 16, 2013

Labu Manis Pembuka Selera yang Lazat

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Di bulan Ramadan ini pasti ramai antara kita yang berada dalam keadaan kering atau dalam erti kata lain 'penyahidratan'. Untuk mengelakkan dehidrasi ini ketika bersahur dan berbuka kita disarankan mangambil sekurangnya 2-3 liter air sehari, bergantung kepada berat badan seseorang itu. Selain itu kita digalakkan mengambil makanan yang mengandungi air untuk menampung jumlah air yang diperlukan badan.

Contoh makanan yang ingin saya kongsi hari ini adalah buah labu manis. Buah ini amat lembut, berair dan dingin. Senang dicerna dan mempunyai serat yang baik untuk perut dan pembuangan harian kita. Airnya boleh menghilangkan dahaga dan amat berkhasiat. Jika ditumbuk dengan buah quince dalam bentuk jem boleh melarutkan lendir berlebihan dalam badan kita. Perahan airnya dicampur dangan air mawar boleh mengatasi pembengkakan dalam telinga dengan beberapa titisan ke dalamnya. Hampas labu boleh mengatasi radang otak jika ditumbuk dan dibalut di kepala. 

Labu Manis makanan kegemaran Rasulullah s.a.w

Buah ini boleh mengatasi masalah pencernaan dan sesiapa yang mengalami demam panas. Tidak kurang juga labu manis boleh mengubati bengkak mata dan gout dengan pengambilannya setiap hari Kesimpulannya, labu manis merupakan makanan paling lembut sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua dan cepat memberi tindak balas kepada tubuh badan kita. 

Telah diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w sering makan labu dan buah ini merupakan makanan kegemaran harian. Abu Thalut menceritakan" Aku pernah menemui Anas bin Malik r.a makan labu sambil berkata, 'Sesungguhnya kamu berasal dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasululah juga menyukaimu'."

Dalam Al-Ghailaanniyyat dinyatakan hadis dari Risyam bin Urwah dari ayahnya, dari Aisyah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku, " Wahai Aisyah! Jika kamu memasak makanan, perbanyakkanlah labunya, sesungguhnya labu boleh mengubati hati yang sedih."

Berikut adalah manfaat labu bagi kesihatan kita:
  1. Sistem kekebalan tubuh - mengandungi karotenoid yang meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari infeksi dan virus. 
  2. Antioksidan - kaya akan beta-carotene yang berperan sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang kuat. Beta Carotene juga mencegah pemendapan kolesterol di dinding arteri dan menurunkan risiko strok serta mencegah kanser
  3. Anti-penuaan -mengandungi banyak alpha-karoten, Vitamin A dan C. Komponen ini dapat memlambatkan proses penuaan dan mencegah pembentukan katarak mata. 
  4. Masalah pencernaan. Labu memiliki kadar serat yang tinggi. Maka dari itu, labu dapat menghilangkan racun dari saluran pencernaan dan mencegah sembelit. 
  5. Hipertensi.-kaya dengan kalsium yang dapat mengurangkan risiko hipertensi. 
  6. Kepadatan tulang - meningkatkan kepadatan tulang. Oleh karena itu, buah ini wajib diambil oleh orang yang berisiko osteoporosis
Dalam budaya masyarakat Malaysia lazimnya buah labu sering disajikan dalam bentuk lauk pauk, kuih muih dan pemanis mulut. Tidak dapat dinafikan makanan ini sungguh berkhasiat dan dinikmati oleh segenap lapisan umur tidak kira tua atau muda.

2 comments:

  1. wahhhh, sedapnya tengok labu tu.
    Di Kuching ni memang banyak jual labu. kat sini juga saya jumpa juadah Goreng Tumis Labu. Aduh..sedapnya.
    Hari ni rasa nak try buat Masak Air Labu lah plak.

    Buah quince tu buah apa ya?

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mariatul buah quince ni ala2 buah pir dan epal. berasal dri greek dan byk digunakan di eropah. buah ni kne dipanggang atau dibekukn tak boleh dimakan terus sbb terlalu masam. kt mesia ni xde kot tpi kizee penah nmpk dlm bahan minuman kita..

    ReplyDelete