July 18, 2013

Selamat Berbuka :Resepi Nasi Lemak + Sambal Udang Masam Manis + Telur Dadar Mayonis:

Teks: Kizeewatty Zainal

Sambal Udang Masam Manis
Alhamdulillah, rezeki Allah melimpah ruah hari ini.  Walaupun pagi tadi saya agak terlambat untuk pergi kerja kerana terdapat  kemalangan berdekatan kawasan rumah, hingga menyebabkan saya suami isteri terpaksa menunggang motosikal dalam keadaan hujan. Kami tawakal untuk meredah arus kesesakan jalanraya.  Alhamdulillah, balik dari kerja cuaca cerah.

Bulan puasa ni saya jarang membeli di bazar. Saya lebih suka memasak kerana pernah termakan makanan basi. Dan perut saya agak manja. Salah makan harus membuang hingga ke pagi, Perit dan penat menanggungnya.

Dan tadi selesai sudah kami berbuka dengan lauk permintaan suami. "Abang nak makan nasi lemak hari ni la yang". Saya tersenyum " Boleh bang". Selesai kerja kami ke kedai belakang rumah membeli bahan masakan. Sampai sahaja di rumah saya keluarkan mimi dan momo dari kandang. Main sekejap dengan kucing kesayangan, saya terus ke dapur. Di dapur suami datang membantu membersihkan udang.

Saya mula mengupas bawang merah dan putih yang hendak dikisar dengan cili kering. Ingat ya kawan-kawan biji cili harus dibuang untuk mengelakkan penyakit seperti apendiks. Jika biji terlalu banyak bolehlah diletakkan minyak masak sedikit supaya biji cili kering ini dapat dikisar halus. 

Sekarang jom singgah ke dapur saya =)

Bahan Nasi Lemak
Beras - 2 pot
1 batang serai - diketuk
2 inci halia -dihiris halus
1 kotak santan
Air secukupnya

Bahan Sambal Udang Masam Manis
20 ekor udang -sederhana
2 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang putih- dikisar
10 biji cili kering - dikisar
Sedikit air untuk bahan kisar
1 batang serai -dihiris halus
3 sudu sos masam manis
1 biji tomato - potong dadu
Daun sup -dicincang halus
Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar Mayonis
3 biji telur
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu penuh mayonis
Daun sup -dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara masakan:

Nasi Lemak
1. Masukkan semua bahan ke dalam p
2. Bila nasi sudah mendidih gaul nasi supaya santan sebati dengan nasi. Ini untuk mengelakkan kerak di bawah periuk.
3. Setelah masak gaul nasi sekali lagi. Jangan biarkan nasi dlm keadaan 'keep warm' terlalu lama kerana ini juga akan menyebabkan nasi berkerak. 


Sambal Udang Masam Manis
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2 Masukkan garam, sos masam manis, udang dan serai
3. Apabila mendidih masukkan tomato dan daun sup. Biarkan sehingga udang masak dan sedia untuk dihidang

Telur Dadar Mayonis
1. Masukkan semua bahan dan pukul adunan dengan menggunakan garpu.
2. Goreng seperti biasa dengan api sederhana.



Alhamdulillah, sudah siap nasi lemak saya yang serba ringkas. Selamat menjamu selera. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap santapan anda. Amin.

2 comments:

  1. since duduk kt kl ni sy mmg minat mkn asi lemak. tp slunya beli je sbb tak reti nk buat. lps ni leh la copy resepi Kiz masak yer....

    ReplyDelete
  2. ruth muareen silakan..ini resepi paling ringkas..bole letak daun pandan dalam nasi kalo tak nak letak serai..bau nasi wangi nanti..kalo xsuke mayonis bole tukar pada serbuk penaik..letak dlm setengah sudu teh

    ReplyDelete