June 5, 2014

Amalan Sunnah : Jauhi Meniup Air Minuman.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sejahtera kepada anda di luar sana. Apa perancangan hujung minggu ini? Pasti ada antara kita yang sudah merancang untuk berjalan-jalan bersama keluarga sempena musim cuti sekolah ini kan?. Lakukan aktiviti di luar dan nikmatilah keindahan ciptaan Allah s.w.t. 

Dalam masa yang sama banyakkan minum air masak kerana keadaan cuaca yang kurang menentu sekarang ini. Minum air mampu meningkatkan metabolisme dalam pembakaran lemak, mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan diri kita daripada terhidrat.

Sebelum ini saya pernah menulis amalan Rasulullah s.a.w mengenai panduan dan adab ketika minumHari ini saya ingin berkongsi lagi tip, cara dan amalan Rasulullah s.a.w ketika minum. 
  1. Jauhi minum berdiri walaupun ia makruh, kerana makruh menghampiri haram.
  2. Jauhi minum daripada bekas yang besar.
  3. Jauhi meniup air yang panas.
  4. Jangan bernafas ketika kita minum.                                                                          


Cara dan Adab Ketika Minum
Cara dan Adab Ketika Minum (gambar carian google)


Kebiasaan apabila kita minum daripada bekas air yang besar, kita akan minum seolah-olah meneguk air dalam jumlah yang banyak. Dalam proses ini pastinya kita akan mengehembus nafas ketika meneguk air minuman itu. 

Di saat kita sedang meneguk minuman, badan kita pula menghembus nafas CO2 iaitu karbon dioksida. Apabila CO2 ini bercampur dengan air iaitu H2O, maka akan terhasillah minuman berasid iaitu cuka H2CO3. Minuman berasid inilah yang kita minum dan masukkan kembali ke dalam organ badan kita. 

Nah. Sekarang kita sudah tahu kenapa sunnah Rasulullah s.a.w itu yang terbaik kerana ada hikamah kesihatan di sebaliknya. Jadi di sini saya menyeru, marilah kita amalkan cara minum air seperti Nabi Muhammad s.a.w.

"Minum seteguk,  bernafas, minum seteguk, bernafas, sehinggalah habis minuman."     

Salam Sayang

Puan Kizeewatty Zainal
Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah                          

1 comment:

  1. Selepas pantang sy amalkan sebelum minum air tarik nafas, kempiskan perut, minum air sedikit demi sedikit, cara ni boleh mengelakkan perut yang buncit, pada masa sama boleh elakkan air menjadi berasid.
    Jom singgah di blog saya tentang kait, dismpg itu, saya juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa, dan menjual produk kuih raya, sambal kentang, tak lupa juga pes nasi arab, Senang je kalau nak masak nasi arab di rumah, pes nasi arab ni ada beras, dan rempah sekali, boleh jenguk di blog saya http://dalilayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete