July 17, 2013

Celak Aksesori Mata yang Memukau

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa ini tiba-tiba saya teringatkan Arwah nenek saya. Arwah seorang yang penyayang dan suka mengambil berat tentang diri saya. Dari kecil Arwah nenek saya seorang yang suka berpenampilan kemas. Apa yang saya perasan Arwah nenek seorang yang gemar memakai celak. Setiap pagi dia akan merapikan diri dengan berdandan seringkas mungkin dan mencelakkan matanya. Memang sungguh cantik orangnya. Bila ada orang yang balik dari mekah Arwah pasti akan dihadiahkan air zamzam, kurma, tasbih dan celak. Bagi saya yang masih kecil ketika itu, tidak paham kenapa Arwah nenek suka bercelak walaupun hanya di dalam rumah. Apakah hebatnya bercelak ini?

Itsmid adalah jenis celak terbaik berasal dari Persia dan ia dapat melekat dengan cepat, mempunyai butiran berkilauan, bahagian dalamnya halus dan tidak mempunyai kotoran.

Bercelak dapat menjaga kesihatan mata, menguatkan dan menjernihkan pandangan, membuang unsur berbahaya serta menambah sentuhan keindahan mata. Rasulullah s.a.w menyuruh kita memakai celak yang dimasukkan minyak wangi (kesturi) ketika tidur kerana ianya amat berguna untuk orang yang berpandangan kabur terutamanya orang tua. Dalam riwayat Tirmizi, dari Ibnu Abbas bahawa Nabi s.a.w jika memakai celak menggunakan tiga kali pada mata kanan, dimulai dari sisi kanan dan diakhiri pada bahagian kanan dan dua kali pada bahagian kiri mata.

Celak dapat menguatkan saraf mata, membuang daging berlebihan di sekitar kudis dan menutup luka semasa membersihkan bahagian sekitar kulit. Jika dicampur dengan madu. itsmid boleh mengubati sakit kepala. Jika ditumbuk dan dicampur lemak segar boleh digunakan  sebagai pembalut luka terbakar. Campuran ini boleh mencegah munculnya kudis sekaligus menyembuhkan kerosakan kulit akibat luka terbakar.

Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunannya bahawa Salim dari bapanya meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w bersabda " Pakailah celak kerana ia boleh menjernihkan mata dan menumbuhkan bulu mata"

Sekarang barulah saya tahu, terlalu banyak kegunaan celak yang berharga murah itu.Saya terlalu memandang remeh sunnah Nabi s.a.w ini kerana terlalu banyak kebaikan yang tersurat dan tersirat dalam pemakaian celak ini. 

Jom kawan-kawan kita bercelak. Cuba amalkan sebelum tidur. Insya Allah semoga titipan saya kali ini dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana =)




Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpuf
Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpuf
Celak berkasiat menguatkan mata dan saraf mata, menghilangkan daging berlebihan disekitar koreng dan menutup luka sewaktu membersihkan wilayah sekitarnya. Jika dicampur dengan madu murni, itsmid dapat mengobati sakit kepala. Itsmid yang ditumbuk dan dicampur dengan lemak segar dapat dimanfaatkan  sebagai pembalut luka bakar. Campuran ini dapat mencegah munculnya lepuh - lepuh sekaligus menyembuhkan kerusakan kulit akibat luka bakar. - See more at: http://www.edukasiana.net/2011/04/manfaat-celak-itsmid.html#sthash.nCt65UgA.dpu

5 comments:

  1. Banyak-banyak alat make-up yg paling saya tak pandai ialah memakai celak. harus nak request tutorial ni. :)

    Subhanallah, banyak rupanya hikmah memakai celak.

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Di mana nak dapatkan celak ni ye? teringin nak pakai yang dari Mekah ni. Yang jual kat Mydin tu?

    ReplyDelete
  3. mariatul..selalunya arwah nenek saya pkai di bahagian bawah mata..dri arah dlm ke luar..mmg betul boleh menjaga penglihatan sbb arwah nenek saya umur 60 steady je masih xrabun lagi..lagi satu lukis celak di kening ank..insya allah bulu kening akn cantik terbentuk dan lebat..kawan saya pernah buat dari kecil..mak dia yg amalkan..memang cantik bulu kening dia terbentuk..tak bersepah..kalo nak tutorial memang saya fail..boleh jadi mata panda nanti..hehe

    ReplyDelete
  4. azlina..ade pelbagai jenis celak dari mekah ni..mungkin di mydin ada..=).. selalunya saya dapat bila sedara dan kawan yg hadiahkan

    ReplyDelete
  5. oooo, terima kasih untuk info. Haruslah nak cari kat Mydin bila balik KL nanti....


    http://mariatulqiptiyahmdsah.blogspot.com

    ReplyDelete