July 10, 2014

Amalan Selepas Solat

Teks: Kizeewatty Zainal

 
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم


Zikir dan Amalan Selepas Solat

Tsauban r.a meriwayatkan,

 “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan
"Astaghfirullah" tiga kali, 

kemudian mengucapkan,
"Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.” (HR Muslim) 

 Uqbah bin Amir meriwayatkan,

 “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ selepas setiap solat fardu.
1.Qulhuwallahu Ahad.
2. Qul a’udzu bi rabbil falaq
3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) ” 
 (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i) 

 Nabi s.a.w bersabda,

"Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut."
(HR Muslim) 

 Nabi s.a.w bersabda, 

 "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.”
(HR Thabrani ).

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment