July 4, 2014

Haid bagi Wanita

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Haid ialah darah kotor yang keluar dari kemaluan perempuan (faraj) yang berumur sembilan tahun ke atas. Darah haid keluar dalam keadaan sihat anggota badan perempuan secara tabiat dan masa yang tertentu. Dari segi bahasa haid bermakna kotoran yang mengalir.

“Haid adalah suatu tabiat semulajadi yang mesti dialami oleh semua wanita. Pada umumnya perempuan itu mengalami haid sebulan sekali sehingga juga sering disebut datang bulan.” (
Abu Mazaayal Husnaa-Wanita Dan Darah)

Darah haid biasanya bewarna merah, tetapi jika dalam masa haid keluar darah lain dari warna merah juga dikira sebagai haid. 

 
Usia Keluarnya Haid

Umur wanita yang didatangi haid sekurang-kurangnya sembilan tahun ke atas. Maksudnya tidak ada wanita yang didatangi haid bawah dari Sembilan tahun. Jika ada wanita yang keluar darah dari farajnya bawah daripada umur sembilan tahun, maka ia tidak dikira sebagai haid. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :
  1. Dari Aisyah ra yang mengatakan bahawa : “Apabila kanak-kanak perempuan sudah berumur sembilan tahun bererti dia sudah termasuk wanita yang baliqh.”

  2. Wanita belum bersedia untuk hamil dan belum sanggup untuk mendidik anak-anak mereka jika kurang dari sembilan tahun.

Menurut biasanya perempuan didatangi haid itu, apabila ia meningkat umur 9 tahun, biasanya waktu berumur 12 tahun. Lama haid sekurang-kurangnya sehari semalam, menurut biasanya ialah tujuh hari tujuh malam. Apabila lebih dari 15 hari. Maka itu bukanlah dari haid lagi tetapi adalah darah istihadhah (darah penyakit).


Usia Putus Haid 
 

Batasan haid bagi wanita adalah diantara umur 60 tahun, ini berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan para ulamak yang terdahulu seperti Imam Syafie. Lazimnya juga kebanyakkan wanita putus haid diantara umur tersebut.  
 
Ramai sahabat yang menanyakan tentang apa yang boleh mereka lakukan terhadap isteri mereka ketika sedang haid. Pertanyaan ini adalah disebabkan orang-orang Yahudi mengasingkan atau mengeluarkan isteri mereka yang sedang haid dari rumah. Isteri mereka juga tidak dibenarkan makan dan tidur bersama mereka. Dari hal ini Rasulullah SAW bersabda :

“Perlakukanlah apa sahaja terhadap isteri-isteri kamu selain jimak.” (Riwayat Muslim)

Lagi Sabda Rasulullah SAW :

“Haid itu merupakan suatu ketetapan Allah terhadap perempuan keturunan anak Adam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini, bahawa wanita yang didatangi haid, boleh melakukan apa sahaja. Seperti makan bersama suaminya, tidur bersama, bekerja bersama dan sebagainya. Dibolehkan si suami bermesra bersama isterinya yang sedang dalam keadaan haid dengan syarat tidak menyentuh di antara pusat hingga lutut. 


Daripada Abdullah Bin Saad ra. Dia telah bertanya Rasulullah SA,

"Apakah yang dibenarkan aku lakukan terhadap isteriku ketika ia dalam keadaan haid."

Jawab Rasulullah SAW,

"Bagi kamu yang di atas daripada kain sarung (antara pusat dan lutut).” (Riwayat Abu Daud)

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment