July 18, 2014

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Firdaos Mohd Rawi

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ulasan Peserta Kelas Asas Blog Penulisan Firdaos Mohd Rawi

Sumber: http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-blog-puan-masayu-ahmad.html

Membantu surirumah bermula dengan penulisan blog

Nama saya Firdaos bin Mohd Rawi. Pendidikan saya bermula di SRK Sri Sekinchan. Pernah bersekolah di SK Seksyen 19, Shah Alam, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, SAMT Kuala Kubu Bharu, SAM Batu 10 Cheras. Selepas tamat sekolah menengah, saya menyambung pengajian saya di dalam bidang al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

 Selepas tiga tahun di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, dengan berbekalkan Diploma Tahfiz al-Quran daripada JAKIM, saya menyambung pengajian peringkat ijazah di Maahad Qiraat di Universiti al-Azhar, Mesir.  Bidang pengkhususan saya adalah Al-Quran. Kini terlibat dengan beberapa kursus dan kem tahsin al-Quran dan farhu ain. 

Bijak al-Quran dan Bijak Tajwid adalah permulaannya. Namun begitu semoga Allah swt sentiasa memberikan jalan dan kemudahan. Semoga saya mampu untuk terus menapak di dunia penulisan ini. Diharapkan agar perkongsian di sini sedikit sebanyak membantu pembaca melalui blog  Bijak Quran & Tajwid ini. Semoga Allah memberkati usaha yang sedikit ini dan kepadaNya jualah dipohon hidayah dan jalan kemudahan.

Adat orang yang tidak tahu mestilah perlu berguru. Guru yang mempunyai kemahiran merupakan satu nilai tambah bagi seseorang pelajar. Setelah beberapa bulan berguru dengan Puan Masayu Ahmad dalam pembinaan blog akhirnya blog rasmi saya lahir. Mendapat bimbingan secara berterusan walaupun tidak pernah bertemu secara berhadapan.

Medium yang ada pada hari ini seperti internet dan facebook membolehkan kaedah belajar jarak jauh terlaksana dengan baik. Walaupun boleh belajar daripada sifu-sifu youtube tetapi belajar daripada kak MasAyu Ahmad juga menarik.

Secara keseluruhanya 95% anak murid Puan Masayu Ahmad adalah wanita. Mungkin tuah saya diterima sebagai murid walaupun saya adalah seorang Adam dan bukan Hawa. Namun begiu melalui kelas asas penulisan blog ini, barulah saya dapat tahu kepentingan penjenamaan nama sebelum menggunakan blog dan sebagainya. Selain itu sedikit sebanyak melalui kelas ini, telah mendorong saya lebih yakin untuk menulis walaupun saya bukan seorang penulis dan buka pelajar sastera Bahasa Melayu tika di bangku sekolah dahulu.

Adat belajar perlu berguru adalah istilah yang sangat penting agar tidak tersasar. Jika tersasar sudah pasti diulam dengan teguran daripada guru. Permata yang ditabur ketika miskin idea sangat bernilai. Semoga kelas ini berterusan kerana pada pandangan saya yang daif ini ia telah dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dunia yang berbeza ketika ini memberi peluang dan ruang kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa untuk berjaya melalui penulisan blog.

Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas kelas asas yang memberi input yang baik pada diri saya. Semoga kelas ini berterusan memberikan impak positif kepada masyarakat.


****************************************************************************************

Bagi anda yang berminat dan teringin untuk membina blog anda sendiri dengan cara mudah dan santai, atau mungkin hanya ingin bertanya jangan segan silu. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.  

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya melalui : 
 
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
 
Salam Sayang,

Puan Kizeewatty
Pembantu Kelas Asas Blog dan Pengurus Online ABDR.
Pasir Gudang Johor 

No comments:

Post a Comment