September 23, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Panduan dan Etika Semasa Minum

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin kongsikan panduan Nabi Muhammad s.a.w ketika minum. Terlalu banyak tip dalam memelihara kesihatan dengan hanya mengamalkan cara minum yang betul. Cara minum Rasulullah s.a.w memberikan hasil yang lebih baik daripada minum air dalam satu nafas (tegukan) sahaja.

Jika seseorang itu minum dalam satu tegukan , dia boleh tersedak kerana banyaknya jumlah cecair yang masuk ke dalam badan sekaligus. Namun, tidak ada risiko tersedak sekiranya jika mengambil nafas ketika minum. Ketika seseorang itu minum, , pengumpulan gas panas dalam badan akan naik dari sekitar hati kerana air sejuk atau cecair yang turun ke perut. Air akan datang menyerbu semasa gas sedang naik, menyebabkan gas dalam perut dan kadangkala menjadikan kita tersedak.




Abdullah bin Mubarak al-Baihaqi dan ulama lain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Jika salah seorang dari kamu semua minum, hendaklah dia meneguknya seperti orang menghisap, bukan seperti orang menuang air. Penyakit hati antara lain disebabkan kerana cara minum seperti itu."

Jika air sejuk turun ke hati secara tiba-tiba , ia akan melemahkan dan menyebabkan suhu hati turun. Namun air yang masuk dalam tegukan terpisah tidak akan membuang panas hati dan tidak akan melemahkannya. Ibaratnya, jika kita menuangkan air pada cerek panas, suhu cerek tidak akan berkurang secara drastik.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Jami'-nya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Janganlah minum dalam satu tegukan seperti minumnya unta. Tetapi, minumlah dengan dua atau tiga kali tegukan dan membaca Bismillah sebelum minum serta Alhamdulillah setelah minum."

Membaca Bismillah dan Alhamdulillah, mempunyai pengaruh besar untuk mendapat manfaat dari minuman, menambah nikmat minum dan menolak segala bahayanya.

Cara Rasulullah s.a.w dalam etika dan cara minum air yang terbaik adalah dengan bernafas jauh dari tempat minum iaitu tempat minum dijauhkan dari mulut semasa bernafas. Bernafas dalam gelas boleh meniup bau busuk mulut ke dalam minuman. 

Inilah sebabnya Rasulullah s.a.w melarang bernafas atau meniup ke dalam air seperti yang dilakukan kebanyakan kita ketika minum minuman yang panas. Kita selalu meniup air panas kerana ingin untuk menyejukkan air terlebih dahulu sebelum minum. Ternyata perbuatan ini banyak memudaratkan kesihatan kita tanpa disedari.

Imam Muslim dalam Sahih-nya meriwayatkan bahawa Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w biasa minum air dalam tiga tegukan terpisah dan bersabda:

"Cara ini memuaskan, lebih lazat dan lebih menyihatkan." 

 Hadis ini menunjukkan bahawa baginda biasa minum lalu berhenti sejenak untuk mengambil nafas, kemudian minum lagi. Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w melarang orang bernafas dalam gelas, iaitu perlu menjauhkan gelas dari mulutnya dan bernafas jauh dari gelas. 

Jika air memasuki perut yang amat haus secara berselang, makan tegukan air kedua akan menghilangkan sisa dahaga setelah tegukan pertama, dan tegukan ketiga akan membuang sisa dahaga dari tegukan kedua. Cara ini lebih sesuai bagi suhu perut kerana tidak diserbu unsur angin secara tiba-tiba. Cara inilah yang dikatakan lebih memuaskan dan lebih menyihatkan.

Wallahu a'lam

September 18, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w - Cara Makan yang Terbaik

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin kongsikan lagi adab-adab mulia Rasulullah s.a.w ketika makan. Umar bin Abu Salamah meriwayatkan,

"Semasa saya kecil dan di bawah asuhan Nabi Muhammad, apabila saya makan, saya selalu memusing-musingkan tangan jari-jari saya di atas pinggan. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada saya ' Wahai Anak, baca Bismillah, dan makan dengan tangan kananmu. Mulai dengan memakan makanan yang paling dekat denganmu."- direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita juga digalakkan makan beramai-ramai supaya mendapat keberkatan sekaligus dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain ketika berkongsi makanan. Wahsyi bin Harb meriwayatkan,

"Beberapa orang sahabat Nabi Muhammad mengadu kepada baginda. Kata mereka 'Wahai Rasulullah, kami makan tetapi tidak kenyang.'

Dijawab oleh Nabi Muhammad,

'Barangkali saudara-saudara makan sendirian.'

Jawab mereka ,

'Benar.'

Lalu Nabi Muhammad berkata,

'Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.'- direkodkan oleh Abu Daud 

Abu Nu'aim manyatakan bahawa rasulullah s.a.w melarang terus tidur setelah makan kerana boleh mengeraskan hati. Para doktor Muslim menyarankan agar berjalan-jalan setelah makan malam meskipun hanya beberapa langkah. kerana terus tidur setelah makan malam amat membahayakan. Orang yang menunaikan solat setelah makan malam dapat mengekalkan makanan dalam perut sehingga boleh dicerna dengan mudah. Di sinilah terletaknya hikmah bagi mereka yang selalu menunaikan solat malam di samping dapat menjamin kesihatan dan mendapat keredhaan Allah s.w.t

Bagi mereka yang ingin menjaga badan dan berdiet selalu mengabaikan pengambilan makanan pada waktu malam. Rasulullah s.a.w sentiasa makan malam meskipun hanya dengan beberapa biji kurma. Baginda bersabda,

" Meninggalkan makan malam boleh menyegerakan penuaan." Tirmizi dalam Jami'nya dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya menyatakan perkara ini.

Makan malam di sini bukanlah makan pada lewat malam. Kita disarankan makan sebelum maghrib atau selewat-lewatnya pukul 9 malam dan tidak terus tidur. Ambil masa 2 hingga 3 jam selepas makan untuk proses penghadaman yang baik dan lancar.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. Insya Allah akan saya sambung pada waktu kelapangan. Selamat Malam.



Wallahu a'lam.




Wanita Cantik dan Cergas dengan Vitamin Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Setiap wanita inginkan kesihatan luaran dan dalaman. Malangnya tahun demi tahun segala hormon wanita kerap merundum dari mula akil baligh, ketika hamil, pra kehamilan, kehamilan, pra menopause dan seterusnya menopause


Namun di Shaklee, Omega Guard, Ostematrix dan GLA dapat memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat hidup.


Vitamin untuk kesihatan Wanita - GLA, OMEGA dan OSTEMATRIX

CADANGAN VITAMIN UNTUK WANITA


  • GLA Complex Shaklee 
GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.  
 
Kebaikan GLA Complex Shaklee :
  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid. 
  2. Meningkatkan kesuburan.
  3. Melegakan PMS (Pre Menstuatation Syndrome)
  4. Membantu dalam menangani menopause.
  5. Menguatkan kuku dan rambut.
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  7. Membantu menangani ekzema.
  8. Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  10.  Menguatkn immuniti badan.
  11. Mempelahankn process penuaan.
  12. Mengurangkn pembekuan darah yang menyebabkan serangan jantung.
  13. Mengawal kencing manis
  14. Mengawal kolesterol. 
  15. Bagus untuk saraf. 
GLA sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. GLA mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk merawat kulit jeragat dan warna kulit tidak sekata.





  • Omega Guard 

  • Omega terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita.

    Fungsi EPA
    Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
    Baik untuk pesakit jantung 
    Menghindar tekanan perasaan 
    Mencegah penyakit darah tinggi
    Mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
    Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. 


    Fungsi DHA

    Mencegah asma 
    Meningkatkan daya seksual 
    Mencegah sakit kulit 
    Mengelakkan kanser payu dara 
    Mengelak kanser prostat 
    Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan 
    Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
    Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata
      
    • Ostematrix

    Ostematrix terbukti secara klinikal menyediakan nutrien penting bagi membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.



    Fungsi Ostematrix
    1. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yg normal.
    2. Membantu dalam pengecutan otot dan tindakbalas saraf
    3. Membantu mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, cepat marah, dan kemurungan.
    4. Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
    5. Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
    6. Membantu memberikan tidur yang lena
    7. Menghilangkan rasa letih serta lesu
    8. Membantu masalah sembelit  dan buasir
    9. Melegakan sakit-sakit sendi
    10. Membantu dalam pembentukan tulang, mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
    11. Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang.
    12. Membantu masalah gastrik.
    13. Membantu dalam pengurusan badan.
    Ostematrix menyediakan:
    1. 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
    2. 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
    3. 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
      
     1 botol GLA mengandungi 60 biji kapsul untuk pengambilan selama 2 bulan berharga RM91.25.
      1 botol OMEGA mengandungi 90 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.
      1 botol OSTEMATRIX mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61.

     Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
    sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
    email: kizeewattyzainal@gmail.com
    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

    Persona Nabi Muhammad s.a.w

    September 17, 2013

    Sunnah Nabi Muhammad s.a.w - Makanlah dengan Tiga Jari

    Teks: Kizeewatty Zainal

    Assalamualaikum w.b.t

    Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kita makan dengan menggunakan tiga jari. Baginda juga menggalakkan kita menjilat jari selepas selesai makan. Baginda kurang gemar sekiranya jari itu dibasuh sebelum dijilat terlebih dahulu. Baginda juga menggalakkan kita mengambil makanan yang terkeluar daripda bekas, kemudian mengesatnya, menjilat dan memakannya.

    Makan dengan satu atau dua jari agak tidak selesa bagi kita dan sukar mengambil jumlah makanan yang cukup dalam setiap satu suapan, akibatnya perlu masa yang lama untuk makan. Ia juga menyebabkan organ pencernaan tidak selesa kerana mendapat jumlah makanan yang sedikit.

    Sementara dengan lima jari, makanan dinasukkan terlalu banyak ke dalam perut dan berkemungkinan jumlah yang banyak dalam satu suapan itu tidak semua dapat dicerna. Tercekik atau kematian boleh berlaku jika salah satu organ tersumbat atau senak dengan makanan berlebihan. Organ perut juga akan dipaksa memprosse makanan dalam jumlah berlebihan dan pastinya tubuh badan kita akan berasa tidak selesa sama sekali.

    Diriwayatkan oleh Muslim, Jabir meriwayatkan, nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

     "Apabila ada makanan yang jatuh ambil semula, dan bersihkan kotoran yang melekat, kemudian makanlah, jangan ia dibiarkan dimakan oleh syaitan. Dan jangan cepat-cepat mengelap jari dengan sapu tangan, sebelum dijilat semua makanan yang melekat pada jari itu, sebab saudar tidak tahu makanan yang mana ada berkatnya."

    Kenapa Rasulullah berkata demikian? Mungkin ada antara kita yang tidak suka hendak mengambil dan memakan semula makanan yang sudah berterabur luar dari pinggan kita. Apa yang Nabi kita suruh ada hikmah dan sebabnya. Ini kerana syaitan sentiasa ada bersama dalam semua urusan kita, termasuklah pada masa kita makan.



    Nabi Muhammad s.a.w juga menyarankan agar kita makan dari tepi pinggan dan melarang kita mula mengambil makanan yang berada di tengah pinggan. Dari Abu Daud dan Tirmizi. Abdullah bin Abbas meriwayatkan, nabi Muhammad s.a.w berkata 

    " Berkat itu turun di bahagian tengah makanan, oleh sebab itu mulakan makan dari bahagian tepi, jangan dari bahagian tengah"

    Nabi Muhammad s.a.w juga menegah kita makan sambil menyandar. Diriwayatkan dngan sahih bahawa Rasullulah s.a.w bersabda 

    " Aku tidak makan sambil bersandar"

    Posisi bersandar pada perut adalah yang paling buruk  kerana ini menyebabkan saluran udara dan organ kunyahan kita tertekan dan sekaligus membebankan perut. Makan sambil bersandar pada sesuatu adalah amalan orang yang sombong. Rasulullah bertujuan memberitahu bahawa baginda tidak duduk sambil bersandar pada bantal seperti yang dilakukan orang sombong yang ingin makan banyak makanan. Bahkan,  Rasulullah s.a.w sering makan sesuatu yang hampir tidak mencukupi sebagaimana yang dialami oleh seorang hamba.

    Rasulullah s.a.w biasanya duduk bersila ketika makan. Baginda meletakkan kedua lututnya di atas tanah dan meletakkan telapak kaki kirinya pada bahagian atas kaki kanannya untuk merendahkan diri pada Allah s.w.t serta untuk menghargai makanan dan orang yang hadir.

    Betapa mulianya budi pekerti dan adab Rasulullah s.a.w ketika mengadap makanan. Semoga contoh peribadi baginda menjadi ikutan kita dan generasi akan datang,membina sahsiah muslim dan muslimah yang sejati. Ameen 

    Wallahu a'lam.  

     

    September 16, 2013

    Kurus dan Sihat dengan Cinch Shake Mix

    Teks: Kizeewatty Zainal

    Assalamualaikum w.b.t

    Siapa yang tidak mahu sihat. Dapat berdiet dan kurus tanpa rasa lapar yang ekstrem. Mana-mana produk kurus yang hendak diambil perlu diteliti dahulu bahan-bahannya samada berkhasiat atau tidak. Paling penting produk tersebut memenuhi gizi seimbang kita dan tidak memudaratkan.


    Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.
    Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa: Vanila, Coklat dan Cafe Latte


    Kelebihan Cinch™ Shake Mix

    • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
    • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
    • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
    • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
    • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
    • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
    • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
    • Soya bukan GMO 
       
    Antara resepi Cinch Shake yang lazat yang boleh dinikmati. Semua bahan-bahan hendaklah dikisar dengan sebati dan elakkan dibancuh dengan air panas supaya zat-zat protin tidak musnah dalam suhu yang tinggi.

    Resepi 1
    250 susu rendah lemak 
    2 sudu Cinch Cafe Latte 
    1 sudu serbuk koko/ minuman coklat
    sedikit ais

    Resepi 2
    250 susu rendah lemak 
    2 sudu Cinch Vanila
    1 biji pisang (saiz kecil)
    sedikit ais

    Resepi 3
    250 susu rendah lemak 
    2 sudu Cinch Vanila
    1/2 biji epal
    sedikit ais

    Resepi 4
    250 susu rendah lemak 
    2 sudu Cinch Vanila
    5 biji strawberi/ rasberi
    1 biji pisang (saiz kecil)
    2 biji badam
    1 cekak daun bayam
    sedikit ais

    Resepi 5
    2 sudu Cinch Coklat
    1 biji pisang (saiz kecil)
    1 sudu mealshakes
    sedikit ais

    1 kanister mengandungi 1 liter Cinch Shake Shaklee, berharga RM 173. Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di

    sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
    email: kizeewattyzainal@gmail.com
    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

    Mealshakes dan Vitamin C Chewable untuk Kanak-Kanak

    Teks: Kizeewatty Zainal

    Assalamualaikum w.b.t

    Anak-anak zaman sekarang tidak seperti dulu. Anak-anak zaman sekarang lebih terdedah kepada pencemaran dan makanan yang kurang memberi khasiat, menyebabkan mereka mudah terkena jangkitan penyakit dan berlarutan hingga berminggu-minggu. Untuk kesihatan menyeluruh yang berpanjangan untuk anak-anak, Mealshakes dan VItamin C Chewable adalah suplemen yang tepat.

    Meal Shakes merupakan makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Berperisa vanilla, tiada pengawet dan perisa tiruan. Menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral untuk keperluan harian anak anda.


    Mealshakes dan Vitamin C Chewable untuk kesihatan optimum anak-anak
    Fungsi Mealshakes
    • Atasi masalah sembelit
    • Menaikkan selera makan
    • Mengurangkan Ekzema 
    • Mengurangkan asma
    • Untuk kanak-kanak cerewet tak makan sayur
    • Menyembuhkan parut cth; parut campak
    • Kurangkan demam
    • Untuk anak yang bijak dan cemerlang
    • Mengawal berat badan anak-anak supaya tidak overweight
    • Sarapan segera yang berkhasiat
    • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
    • Hidangan segera untuk para atlet
    • Kudapan menarik pada bila-bila masa
    • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
    • menambah berat badan bagi mereka yang terlampau kurus
    • untuk nutrien yang seimbang bagi ibu yang mengalami morning sickness yang teruk
    • Sebagai multivitamin untuk membantu tumbesaran yang sihat dan kuat
    • detox kerana ia kaya dengan serat dan membantu untuk membuang air besar
    • Pemulihan kulit kerana lengkap vitamin B complex, iron, copper, untuk membentuk sel darah merah yang sihat dan meningkatkan warna kulit
    • anti oksida iaitu vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen anti oksidan untuk anti penuaan
    • Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecitin yang bertindak sebagai vitamin larut lemak
    Dos Pengambilan

    • Kanak-kanak setahun ke atas 1 sudu teh mealshake sekali sehari dibancuh dengan susu atau minuman kegemaran
    • Untuk menambah berat badan ambil selepas makan, untuk kurus ambil sebelum makan.
    Vitamin C Chewable memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  hewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

    Kelebihan Dan Kebaikan Vitamin C Chewable Shaklee


    Vitamin C Chewable 100mg Shaklee membantu meningkatkan imun sistem dalam badan dengan cara berikut:

    • Menyokong sistem pertahanan antioksidan semulajadi dalam tubuh 
    • Membantu memelihara sel badan 
    • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 
    • Rasa sitrus yang hebat 
    • Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet
    • Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik 
    • Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan 
    • Memperbaiki insomnia 
    • Mengekalkan kolestrol sihat 
    Dos Pengambilan
    Dengan mengunyah 2 biji Vitamin C Chewable, air liur membantu memecahkan Vitamin C. Membolehkan ianya diserap sebaik saja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan pengambilan atau pengunyahan Vitamin C dalam kuantiti yang sedikit setiap hari membolehkan Vitamin C diserap dengan lebih berkesan.



    Mealshakes dan Vitamin C Chewable amat sesuai untuk anak yang susah makan atau memilih makanan, sering demam dan selsema, sesuai untuk menguatkan sistem imun badan, anak-anak yang sembelit dan tidak lawas, mempunyai masalah penghadaman dan kurang berat badan

    1 canister Mealshakes yang seberat 544 gram mampu bertahan untuk pengambilan selama 3 bulan (harga RM 113.75)
    1 botol Vitamin C Chewable mengandungi 90 biji tablet, untuk pengambilan 1-2 bulan (harga RM 37.50)

    Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di

    sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
    email: kizeewattyzainal@gmail.com
    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee