Showing posts with label MATA. Show all posts
Showing posts with label MATA. Show all posts

November 3, 2015

Masalah Rabun dan Mata Kering

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt

Masalah Rabun dan Mata Kering


Carotomax menghasilkan ‘ungu visual’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga meningkatkan penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtlamia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, dan gegelung mata hitam.

Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Carotomax membantu untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenari penglihatan.

1 botol CAROTOMAX 30 biji untuk pengambilan 1 bulan berharga RM74.00*
  *harga tidak termasuk kos penghantaran

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428


atau   

PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita 
 
 

December 23, 2014

CarotoMax untuk Mata yang Sihat Bersinar

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t



Untuk mengekalkan mata yang sihat, kita disarankan untuk mengambil secara  purata karotenoid lutein, likopena dan beta kotena adalah hanya 8 mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg iaitu 21500IU karotenoid berfaedah ini.


Mata yang Sihat Bersinar


Carotomax ini mangandungi 6 jenis karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksida seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. 

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayur dan buah untuk mengekalkan konsentrasi di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.


CarotoMax untuk Mata yang Sihat Bersinar



Mengapa CarotoMax?



Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.



  Kandungan
  Manfaat dan Khasiat

Alpha Carotene

Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenari penglihatan.
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan system imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

 
Lycopene

Bersifat anti oksida, menghalang penuaan organ.
Untuk serviks sihat, kitaran jantung dan system imun.
Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.


Astaxanthin

Pigmen di dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. (Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang tulen)
Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL .


Lutein

Menyekat katarak, AMD (age related macular disease atau penyakit macular berkaitan umur), glaucoma.


Zeaxanthin

Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara ovary, endometrial dan serviks.







Satu hidangan CarotoMax bersamaan dengan:


89 hidangan Rasberries (Alpha Carotene)

102 hidangan Pisang (Carotene)

714 hidangan Aprikot (Lycopene)

113gram hidangan Salmon (Astaxanthin)

285 hidangan Pink Grapefruit (Lutein dan Zeaxanthin)




Manfaat Utama CarotoMax



Lebih Selamat dari Vitamin A


Penemuan terawal vitamin adalah pada tahin 1912 iaitu vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimana pun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu precursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk diambil.



Meningkatkan Penglihatan


Ia menghasilkan ‘ungu visual’ yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia juga meningkatkan penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtlamia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, dan gegelung mata hitam.


Meredakan Penyakit kulit


Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies dan ulser kulit.



Melindungi Epithelial


Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan merawat ulser usus.



Melawan Kanser dan Oksidasi


Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan system imun, melawan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.



Menghalang Infeksi


Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit system respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma dan selesema.



Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat


Merangsang perkembangan kanak-kanak dan remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, membrane mukosa, gigi sihat, gusi dan system reproduksi, juga penghasilan sperma yang berkualiti dan sihat.



Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee



1 botol CAROTOMAX 30 biji untuk pengambilan 1 bulan berharga RM74.00*
  *harga tidak termasuk kos penghantaran



Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau   

PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  



December 14, 2014

Makanan Sunnah: Bawang Putih Meredakan Angin Perut

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bawang putih merupakan rencah utama dalam masakan Melayu, Cina dan India Ia adalah rempah ratus yang telah digunakan dari sejak adanya peradaban manusia di muka bumi ini.. Tanpanya kuranglah rasa dan nikmat masakan yang ingn disediakan. 

Bawang putih juga merupakan makanan sunnah nabi Muhammad s.a.w kita dan baginda amat menggemarinya namun perlu dimakan dengan dimasak pada suhu yang tinggi terlebih dahulu. Dalam bahasa Arab, bawang putih dikenali sebagai Tsaum.

"Barangsiapa yang hendak makan kedua-dua ini, hendaklah dimasak dengan sempurna."

Hadis di atas ditujukan khas untuk bawang putih dan bawang merah. Rasulullah s.a.w pernah diberi hidangan makanan yang mengandungi bawang putih, namun baginda menghantar kembali makanan itu kepada Abu ayub Al-Ansari. 

Abu Ayub bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak menyukainya sehingga memberikannya kepadaku?"

Baginda menjawab,

"Sesungguhnya aku senang bermunajat dan tidak mungkin aku bermunajat kepada-Nya bila aku memakan maknanan itu."


Bawang Putih Khazanah Berharga

Secara umumnya dari perubatan tamadun Islam, bawang putih bersifat panas dan kering, mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit, mengeringkan secara optima serta berkhasiat memanaskan badan mereka yang kesejukan. Bawang putih juga bermanfaat untuk mereka  yang memiliki maslah pencernaan akibat kahak, juga untuk orang yang menderita daripada sembelit.

Bawang putih mampu membuka sumbatan angin duduk, meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak tepu, melegakan angin di dalam perut dan membantu meredakan sengatan binatang berbisa

Namun begitu, bawang putih yang berlebihan mampu menyebabkan pening , bahaya kepada otak dan mata, melemahkan pandangan mata dan stamina, menyebabkan rasa haus dan menyebabakan penyakit kuning serta menimbulkan bau mulut. Cara terbaik untuk menghilangkan baunya adalah dengan mengunyah daun pudina ataupun daun nue.



8 Rahsia Bawang Putih


1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Cara Penyediaan Bawang Putih  
  • Bawang putih boleh ditumbuk dan dijadikan ubat pembalut untuk mengubati luka kibat gigitan ular berbisa dan kala jengking, memanaskan tubuh badan, menghilangkan kahak, gas atau angin serta membersihkan lendir di tekak. 
  • Apabila dimakan dalam keadaan mentah, dimasak atau dibakar sedikit, boleh mengubati penyakit dada dan menghilangkan lendir tekak. 
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur cuka, garam dan madu kemudian dilekatkan pada bahagian gigi geraham yang sudah berlubang.
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur air dan madu boleh menghilangkan kahak dan cacing di dalam perut serta menghilangkan panau di kulit.

 Kini di pasaran banyak terdapat produk yang berunsurkan bawang putih yang lebih senang untuk diambil dan diamalkan. Salah satunya adalah Garlic Complex dari Shaklee.   

Semoga apa yang saya kogsikan di sini memberi manfaat kepada anda.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428




IG: @kizeewatty

December 12, 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t telah mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna. Tiap satunya berfungsi dan dijadikan tanpa sia-sia. Namun bagaimana kita menjaganya agar sihat?. Bagaimana kita menjaganya agar mampu berfungsi lebih lama?.

Sebenarnya kita boleh mengawal atur aktivitivi harian kita agar tubuh dan organ dalaman sentiasa dalam keadaan optimum dan sihat, Insya Allah. Oleh itu mari kita singkap satu persatu bila dan bagaimana kita menjaga fungsi organ dalaman tubuh badan kita.


Organ Dalaman Manusia


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
 

Paru-paru 

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan serta bertakafur.


Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
 

Usus Besar 

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.

Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
 

Perut 

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
 

Limpa 

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
 

Jantung 

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
 
Usus kecil 


Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
 

Pundi Kencing 

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
 
Buah Pinggang 


Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
 
Dinding Jantung 


Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
 
Hempedu 


Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
 
Hati 


Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Sumber : Facebook 

Salam sayang

Puan Kizeewatty Zainal 
#PengedarShaklee
0192484428

September 19, 2014

CarotoMax® Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat

Teks: Kizeewatty Zainal

 Assalamualaikum w.b.t

CarotoMax® Shaklee
CarotoMax® Shaklee

Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. 

Makanan harian kita sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini.

Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet

1 botol CAROTOMAX 30 biji untuk pengambilan 1 bulan berharga RM74.00*
  *harga tidak termasuk kos penghantaran


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:  

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428


atau  


PM di FB: Kizeewatty Zainal   
FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita  


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 6, 2014

Manfaat dan Khasiat Istimewa Vivix

Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t

Vivix, tidak dinafikan merupakan tonik ajaib yang dibawakan khas dari Shaklee. Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Di kala usia semakin meningkat, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. Tetapi, jangan gusar, anda hanya perlukan 1 sudu teh Vivix sahaja sehari tanpa perlu menelan pelbagai jenis pil ataupun tablet untuk kesihatan optiumm.


Vivix Shaklee

1001 Kelebihan Vivix

  • Mengaktifkan Gen Panjang Umur. Dr. David Sinclair mendapati bahawa resvaratrol bertujuan dan suis pada gen DNA pembaikan survival dipanggil Sirtuins. Pengaktifan Sirtuins telah ditunjukkan untuk meniru manfaat kesihatan diet sekatan kalori. Sebelum penemuan Dr. Sinclair, sekatan kalori adalah satu-satunya cara yang diketahui untuk melanjutkan kehidupan.Dr. Sinclair percaya bahan-bahan dalam Vivix boleh menghasilkan kesihatan dan kehidupan yang lebih panjang tanpa diet kelaparan.
  • Perlindungan Untuk Sel Anda. Vivix membantu untuk memperkuatkan sel yang sihat dalam setiap organ atau badan.
  • Baik Untuk Jantung Anda. Penyelidik Klinik Mayo melaporkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kerosakan saluran darah, mengurangkan kolestrol 'jahat' dan mengelakkan pembekuaan darah.
  • Resveratrol Juga Menawarkan Perlindungan Untuk Jantung Dan Otak Anda Daripada Kerosakan Yang Disebabkan Oleh Serangan Jantung Atau Angin Ahmar. Ia menghalang phosphoinositide 3-kinase enzim. Ini bermakna anda dapat mengelak daripada serangan jantung atau strok dan mengalami lebih kurang atau tiada kerosakan yang berkekalan.
  • Anti-Virus. Polyphenols dalam Vivix telah terbukti berkesan terhadap banyak virus termasuk herpes, influenza dan virus HIV.
  • DNA Perlindungan. Vivix membantu menghalang 1,000,000 serangan radikal bebas. Setiap sel dalam badan anda mendapat manfaat perlindungan.
  • DNA Pembaikian. Vivix polyphenols telah terbukti berkesan dalam membaiki dan membina semula sel-sel dalam badan yang telah rosak.
  • Peraturan Gen. Kajian menunjukkan, Polyphenols Vivix memberi kesan positif pengawal selia genetik. Ini adalah penting kerana pengawal selia genetik dalam badan mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikian termasuk samada sel akan hidup atau mati.
  • Sekatan Protein Umur. Polyphenols dalam Vivix menghalang sepenuhnya pembentukan produk akhir 'Advance Glycation' @ (UMUR). Ini adalah penting untuk kesihatan dan umur panjang kerana protein UMUR membuat plak yang menyumbat sel-sel anda, mekanisme utama kematian sel, Alzheimer dan komplikasi kencing manis.
  • Tenaga Dan Ketahanan. "Salah satu cara untuk memanjangkan hayat adalah dengan meningkatkan pengeluaran tenaga", kata penulis Johan Auwers, ketua penyelidikan di Institut Genetik dan Biologi Molekul dan Selular di Illkirch, Perancis.
  • Meningkatkan Fungsi Sendi.
  • Kesihatan Otak. Dengan sokongan dari otak anda, anda boleh untuk merealisasikan fokus yang lebih besar, lebih cepat untuk bertindak balas dan peningkatan produktiviti dalam kerja.Memori anda akan dijana kembali dan secara langsung membenarkan anda untuk berfikir dengan lebih jelas.
  • Keradangan. Vivix membantu tubuh untuk melawan keradangan yang datang secara semulajadi. Dengan penyembuhan yang lebih optimum, keradangan mampu untuk disembuhkan.
  • Bahan-Bahan yang digunakan dalam Vivix menghalang kesan excitoxins seperti Ketoksikan MSG pada otak.
  • Homosistein. Resveratol juga merendahkan homocystein, protein darah yang tidak diingini.
  • Anti-Depresen. Resveratrol berfungsi sebagai anti-depresen yang menghalang monoamine.
  • Tekanan Darah Tinggi. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu mencegah tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. 
  • Gula Dalam Darah. Terdapat potensi yang besar bagi menormalkan tahap gula dalam darah anda dan ini adalah berita besar dan terbaik untuk jutaan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis.
  • Alzheimer & Demensia. Amiloid beta plak otak telah dikaitkan dengan Alzheimer dan Demensia. Resveratrol telah terbukti dalam menghapuskan plak ini dan kajian ini turut terbukti meningkatkan keupayaan mental tikus di makmal kajian.
  • Pengurusan Berat Badan.
  • Kehilangan Jisim Tulang. Resveratrol terbukti melindungi kehilangan tulang yang kritikal disebabkan umur anda.
  • Perlindungan Hati. Lebih daripada 30% rakyat Amarika mengalami keadaan yang dikenali sebagai hati berlemak yang disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan. Asid Ellagic dalam Vivix melindungi hati anda daripada Hepatitis dan Sirosis.
  • Antosianin Dalam Vivix mencegah penyakit hati yang disebabkan oleh tekanan.
  • Kesihatan Mata. Antosianin polifenol dalam Vivix membantu mencegah katarak, glaukoma dan degenerasi makular berkaitan usia.
  • Kencing Manis. Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas secara langsung mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Kanser Paru-Paru. Para penyelidik dari Jabatan Penyelidikan dan Penilaian Kaiser Permanente mendapati bahawa perokok yang meminum segelas atau dua gelas wain merah sehari kurang 60% risiko kanser paru-paru. Wain merah adalah diperbuat dari anggur muscadine. 


Kandungan Vivix Shaklee

  • Kekebalan. Resveratrol  meningkatkan tindak balas imun dalam tikus di makmal, serta menunjukkan tikus dilindungi daripada jangkitan oleh virus herpes (penyakit cacar @ radang kulit) simplex 1 dan 2. Resveratrol juga dapat menyekat pelbagai jenis keradangan seperti artritis dan psoriasis. Harus diingat, keradangan adalah penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Hasil kajian membuktikan Resveratrol dalam Vivix menghindar darah beku, bakteria, virus sel-sel kanser dan plak kolestrol daripada melekat pada dinding arteri dan membantu mencegah penyebaran kanser dan jangkitan.
  • Antibiotik. Resveratrol bertindak sebagai antibiotik terhadap bakteria dan telah berjaya mempamerkan aktiviti anti-bakteria (tidak suka bakteria) yang kuat terhadap antibiotik.
  • Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat. Anggur Muscadine (nama buah anggur dalam ramuan Vivix) ditanam di kawasan panas dan lembab, Southern Amarika Syarikat. Untuk hidup, pokok ini sarat menindas kulat, ini membuktikan yang anggur muscadine bergantung kepada kuasa anti-kulat resveratrol.
  • Penghadaman. Vivix membantu dalam tekanan penghadaman secara tenang.

********************************************************************************************************************************

  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
  • Wanita hamil tidak digalakkan mengambil Vivix sebagai suplemen harian.
*******************************************************************************************************************************
 

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 

atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 
Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 5, 2014

Amalan Sunnah : Bersugi Meningkatkan Prestasi Minda

Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila solat, kita akan bersolat dengan gigi bersih dan dapat membaca ayat suci al-Quran dengan baik tanpa ada sisa makanan di samping mengharumkan bau mulut . Bau mulut yang busuk adalah makruh jika kita bersolat secara berjemaah. Bersolat dengan gigi yang bersih akan menambah kekhusyukan kerana jika memberus gigi kemudian ada sisa makanan di celah gigi, maka solat kita akan terganggu. Bacaan juga terganggu dengan cuba membuang sisa makanan dicelah gigi.
 

Amalan menggosok gigi di awal pagi adalah amalan sunnah berdasarkan hadis daripada Huzaifah , katanya: "Nabi saw apabila baginda bangun daripada tidur maka baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi."(Riwayat Bukhari dan Muslim).




Apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan niat mengikut sunnah nabi maka nescaya amalan itu mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Oleh itu, lakukan amalan menggosok gigi di awal pagi atau sebelum solat dengan niat mengikut sunnah, semoga amalan kita diberkati Allah.
 

Alat yang boleh digunakan untuk bersugi atau mengosok gigi seperti kayu sugi, berus gigi, cebisan kain atau benda-benda lain yang suci dan tidak membahayakan. Rasullulah saw sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan gigi.

Syuraih bin Hani' berkata, "Aku bertanya kepada Aisyah amalan apakah Nabi saw mulakan ketika memasuki rumahnya? 


Aisyah menjawab "Bersugi." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasullulah saw,"Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt ." (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)

Bersugi juga dapat meningkatkan akal,mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, menggandakan pahala, mengucap dua kalimah syahadah ketika hampir ajal, memudahkan keluarnya daripada badan. Bersugi membersihkan gigi dan mulut daripada kuman yang merosakkan gigi.


Kepada anda yang suka amalan sunnah, menggosok gigi setiap kali hendak menunaikan solat tidak menjadi satu masalah malah seseorang itu akan berasa segar untuk menunaikan solat. Oleh itu, jadikan diri kita seorang yang suka memberus gigi sebelum menunaikan solat.  

Baca lebih lanjut tentang amalan sunnah ketika bersugi di sini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Insya Allah 

Wallahu a'lam.