Showing posts with label ANAEMIA. Show all posts
Showing posts with label ANAEMIA. Show all posts

March 18, 2015

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Assalamualaikum wbt

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Anemia atau kurang darah / oksigen dalam darah

- kekurangan sel darah merah iaitu kurangnya keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Penyakit buah pinggang


Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). 

Penyakit hati


Hati bertugas untuk mengatur komponen lemak yang berasal dari berbagai jenis makanan yang kita konsumsi setiap hainya, serta mengatur gula dan protein yang terdapat dalam darah. Selain itu hati juga berkewajiban untuk menghancurkan dan membuang toksin atau racun dari darah

Impak Kekurangan Protein dalam Badan 

  1. kolesterol tinggi
  2. tekanan darah rendah
  3. kandungan gula darah rendah
  4. Fungsi saraf tak stabil
  5. Ulser perut + usus
  6.  Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Penglihatan kurang baik
  8. Badan menggeletar
  9. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  10. Terancat akal
  11. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

June 14, 2014

Keperluan Vitamin B Complex untuk Tubuh Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B di dalam tubuh badan kita.

Para sainis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folil yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh badan kita, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen  ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk medapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Manfaat Utama B Complex Shaklee
  • Menukar Makanan Kepada Tenaga
Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan keleseuan
  • Melawan dan Mengatasi Tekanan, Stress dan Murung
Memastikan kesihatan sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran
Menggalakkan tumbesaram sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

  • Rambut Beruban dan Gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik utuk Mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian dan fokus. 
  • Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistein untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut dan PMS
Baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah Kerekahan Mulut (Perlcche atau mouth chilitis)
Mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detosifikasi
Berfungsi sebagai detoks dan meredakan alahan.


Bagaimana Memilih B Kompleks yang Bagus?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan oleh RDA. 
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin 
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, B5, B6, B12 tidak terlalu besar. 
  4. Elakkan B Kompleks yang menawarkan rumusan larut air iaitu sustain release.
 
Kepentingan B Kompleks
Kepentingan B Kompleks


 Ketika pengambilan vitamin B Complex ini, air kencing atau urin kita akan berwarna kekuningan. Ini merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin air air dan mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal tunuh badan kita melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan ini akan berkurangan dari masa ke masa.

Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda. 
 
1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75 (harga tidak termasuk kos penghantaran)

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 

 
atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 


Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

December 21, 2013

Vita-Lea Multi-Vitamin Pertama Dunia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Viatalize-Mineral’ dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini  asalnya dari Shaklee. 

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA (Recommended Dietary Allowance). Ia diformulasikan secara kompreensif dan sangat seimbang, halal, dan terbukti berkesan.

Vita-Lea Multi-Vitamin Pertama Dunia
Vita-Lea dengan tambahan Iron


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina yang berwarna hijau. Walaupun tabletnya besar, namun ia amat licin dan mudah ditelan. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks sebagai “Explo-tab”. Vita-Lea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalam Vita-lea ini mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Pada tahun 2000 Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai “The Best Multi-Vitamin” di dalam Public Interest.


Manfaat, Kelebihan dan Khasiat Vita-Lea

  • Penambahan Tenaga Segera

  1. Pemberi tenaga
  2. Kecergasan tubuh
  3. kekutan mental
  4. membantu sistem memori
  5. Focus dalam aspek pembelajaran dan kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi

Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan mereka yang mempunyai masalah kesiahatain seperti anaemia.

  • Keupayaan Sistem Produktif

Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

  • Meningkatkan Metabolisma

Sangat membantu dalam stimulasi melabolisma dan melambatkan proses penuaan.

  • Elemen Penting Kepada Sel Tubuh

  1. Menyediakan asas nutrisi
  2. Memastikan sel hidup
  3. Pertumbuhan sel baru
  4. Membantu proses pembesaran pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon.
  5. Menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ

Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Mari kita lihat fakta nutrisi di dalam Vita-Lea.


Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, system imun dan rambut yang sihat.
Vita D
Kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar peredaran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut
Vita C
Anti oksida melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
Asid Folik
Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anaemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaranm ,masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
Vita B2
Tukarkam makanan kepada tenaga, anaemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vita B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangasang peredaran darah, lower blood ripid, merawat pening, cirit birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan, akibat antibiotic, mencegah jangkitan, mempercepatkan lika sembuh.
Vita B6
Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, elakkan muntah-muntah, bibir kering, kejang dan kebas, anaemia dan glossitis dermatitis
Vita B12
Membantu tmbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anaemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun.
Biotin
Bantu B kompleks berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan radang kulit.
Kalsium
Menguatkan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut.
Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah tulang reput, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis dan anoreksia.
Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekutana fizikal dan mengawal berat badan.
Zat Besi
Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anaemia.
Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah bengkak.
Zink
Meningkatkan sistem imun, mempercepatkan lika sembuh, meingkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, serta menajamkan minda.


Vitamin yang serba lengkap ini mempunyai harga yang amat berpatutan.
  • 1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75.
Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

October 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Saderi Melegakan Sakit Gigi.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Daun saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori. 

Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan mengandungi banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah daun. Buahnya kecil dan halus.

Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun saderi telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.  

Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. 

Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan. 

Saderi mempunyai bau yang baik dan jika diletakkan di bawah leher boleh menyembuhkan sakit gigi. Saderi bersifat panas dan kering, boleh membuka hati dan limpa yang tersumbat. Daun saderi basah membantu menyejukkan hati dan perut, melancarkan buang air kecil, melancarkan haid dan batu karang. Bijinya mampu memberi stamina dan membuang nafas yang busuk (halitosis) dalam badan. Kepada sesiapa yang memakan daun saderi lalu tidur, mulutnya akan menjadi wangi, tidurnya nyenyak, bebas dari sakit gigi dan geraham.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukkan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman

Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depuratif – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan dan mengurangkan kadar degupan jantung. 


Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah, ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak, pelembut kulit (berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone   (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit ; menghilangkan parut (baik untuk luka, calar, pembentuk ulser.)

Dengan pengambilan saderi setiap hari secara sihat dapat mengimbangi keperluan badan kita setiap hari. Mulakan pemakanan sihat bermula dari sekarang dengan saderi!

August 3, 2013

Bijan penawar sakit pinggang, campak, ekzema, jerawat dan kurap.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Abu Hanifah, seorang ahli bahasa Arab, mengatakan " Bijan (dalam bahasa arabnya Wars) biasanya ditanam dan bukan termasuk tumbuhan darat dan tidak ditemui selain di tanah Arab atau negeri Yaman"

Tenaganya yang panas dan kering dan yang terbaik adalah yang merah, lembut pada tangan. Jika dilumur bijan berkhasiat untuk mengubati penyakit gatal, ekzema dan jerawat pada permukaan kulit. Buah ini mempunyai tenaga pengikat dan pewarna. Jika diminum kira-kira satu sudu makan, maka berkhasiat mengubati campak.  

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita). Komposisi dan khasiatnya hampir sama dengan cendana laut

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat
- sebagai ubat julap
- sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin)
- menghitamkan rambut
- mengatasi masalah rambut kering
- masalah rambut beruban
- mampu menguatkan tubuh badan
- baik untuk hati dan limpa manusia
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar
- sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antaranya ialah:

1) Jenis Bijan Hitam dapat menghasilkan kualiti minyak yang terbaik. dan amat sesuai untuk tujuan perubatan

2) Jenis Bijan Putih pula kaya denga kalsium dan amat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah kekurangan kalsium

3) Jenis Bijan Merah kaya dengan zat besi. Kaya dengan vitamin A dan E, protin dan lemak. Juga mengandungi 55% minyak yang amat pepular dalam masakan cina.


Tip penggunaan bijan dalam merawat penyakit

Merawat Penyakit Buasir
- Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum

Sebagai Alat Tuaman
- Panaskan biji bijan dan bungkuskan dalam kain, tuam ditempat yang sakit

Masalah ulser,terbakar dan Melecur
- Campurkan minyak bijan dengan air limau dan sapukan ditempat sakit.

Penyakit Anemia (kurang darah)
- Rendam biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam kemudian keringkan dan  
   digiling halus
- campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu dan diminum

Masalah Disenteri & Diarea (Cirit-birit) yang kronik
- Ambil 2 sudu bijan dan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus jadi serbuk
- campurkan dengan 1 sudu minyak sapi (ghee)
- bahagikan kepada 3 bahagian
- campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas
- minum 3 kali sehari selama 6 hari

Penawar Sakit Haid
 - Biji bijan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus jadi serbuk
- campurkan 1 sudu teh serbuk bijan dengan air panas
- minum 2 kali sehari

Hilangkan kelemumur
- basahkan rambut
- ambil serbuk biji bijan dan lumurkan dikepala



Bijan yang kebanyakannya digunakan dalam sajian makanan