Showing posts with label HATI. Show all posts
Showing posts with label HATI. Show all posts

May 20, 2015

Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Teks: Kizeewatty zainal

Assalamualaikum wbt.


Lecithin merupakan campuran kompleks fosfolipid yang terdapat dalam sel-sel badan kita. Ia bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. 30% daripada otak kering dan 20% dari saraf kita terdiri daripada Lecithin.

Lecithin melindungi sel-sel dan menguatkan struktur sel-sel dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan dan nutrien didalam dan diluar sel-sel tubuh.



Fungsi Lecithin
  • Meningkatkan Fungsi Kognitif
Lecithin merupakan sumber yang kaya dengan kolina yang akan ditukarkan menjadi asetilkolin. Asetilkolin ialah sejenis bahan kimia dalam otak yang penting untuk kecergasan mental, fokus dan memori.

Jumlah asetilkolin yang mencukupi dapat mengekalkan fokus, membantu meningkatkan memori dan membantu meningkatkan tahap intelektual kita. 

Apabila tahap asetilkolin rendah, ia akan menjejaskan keupayaan belajar dan mengingati maklumat. Ha so ibu-ibu dan ayah-ayah yang ada anak yang result exam diorang boleh buat kita naik darah tinggi, so boleh beri Lecithin pada mereka.

Ibu-ibu mengandung dan menyusu pun sangat bagus ambil Lecithin untuk baby-baby mereka :)

  • Meningkatkan Kesihatan Hati
Lecithin diyakini dapat membantu hati dalam mempercepatkan aliran lemak dan kolestrol. Mengurangkan pengumpulan lemak dan menghapuskan toksin berbahaya dalam badan.

  • Membantu Mengekalkan Berat Badan dan Badan Yang Sihat
Inilah yang buat Lecithin Shaklee sangat famous dan digunakan oleh beribu-ribu marhain di Malaysia. Customer yang amik Lecithin rata-rata cakap Lecithin buat kita tak boleh nak makan banyak-banyak macam selalu. 

Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang membantu memecah dan mencairkan lemak. Hal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak dengan lebih berkesan apabila kita sertakan dengan program diet dan senaman yang betul.

  • Membantu Peredaran Darah Yang Sihat
Lecithin membantu mencegah pembentukan lemak pada dinding hati kita dan memecahkan deposit lemak dalam salur darah dan otak. Secara tidak langsung mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

  • Mengekalkan Kelembapan Dan Kesihatan Kulit
Bab-bab kulit ni mesti ramai orang perempuan suka. Fitrah manusiakan semua suka yang cantik.

Lecithin mempunyai kepekatan asid lemak yang tinggi, hal ini menyebabkan ia mampu mengekalkan kelembapan kulit dengan berkesan. Kulit akan menjadi lebih lembap dan lembut.

  • Membantu Meningkatkan Penyerapan Nutrien
Lecithin membantu meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin
Testimoni Kurus Dengan Lecithin

Kizee 
0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

March 18, 2015

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Assalamualaikum wbt

Risiko Kekurangan Protein dalam Badan

Anemia atau kurang darah / oksigen dalam darah

- kekurangan sel darah merah iaitu kurangnya keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Penyakit buah pinggang


Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru). 

Penyakit hati


Hati bertugas untuk mengatur komponen lemak yang berasal dari berbagai jenis makanan yang kita konsumsi setiap hainya, serta mengatur gula dan protein yang terdapat dalam darah. Selain itu hati juga berkewajiban untuk menghancurkan dan membuang toksin atau racun dari darah

Impak Kekurangan Protein dalam Badan 

  1. kolesterol tinggi
  2. tekanan darah rendah
  3. kandungan gula darah rendah
  4. Fungsi saraf tak stabil
  5. Ulser perut + usus
  6.  Pengaliran darah yang tidak lancar
  7. Penglihatan kurang baik
  8. Badan menggeletar
  9. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  10. Terancat akal
  11. Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

August 6, 2014

Manfaat dan Khasiat Istimewa Vivix

Teks: Kizeewatty Zainal


Assalamualaikum w.b.t

Vivix, tidak dinafikan merupakan tonik ajaib yang dibawakan khas dari Shaklee. Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Di kala usia semakin meningkat, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. Tetapi, jangan gusar, anda hanya perlukan 1 sudu teh Vivix sahaja sehari tanpa perlu menelan pelbagai jenis pil ataupun tablet untuk kesihatan optiumm.


Vivix Shaklee

1001 Kelebihan Vivix

  • Mengaktifkan Gen Panjang Umur. Dr. David Sinclair mendapati bahawa resvaratrol bertujuan dan suis pada gen DNA pembaikan survival dipanggil Sirtuins. Pengaktifan Sirtuins telah ditunjukkan untuk meniru manfaat kesihatan diet sekatan kalori. Sebelum penemuan Dr. Sinclair, sekatan kalori adalah satu-satunya cara yang diketahui untuk melanjutkan kehidupan.Dr. Sinclair percaya bahan-bahan dalam Vivix boleh menghasilkan kesihatan dan kehidupan yang lebih panjang tanpa diet kelaparan.
  • Perlindungan Untuk Sel Anda. Vivix membantu untuk memperkuatkan sel yang sihat dalam setiap organ atau badan.
  • Baik Untuk Jantung Anda. Penyelidik Klinik Mayo melaporkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kerosakan saluran darah, mengurangkan kolestrol 'jahat' dan mengelakkan pembekuaan darah.
  • Resveratrol Juga Menawarkan Perlindungan Untuk Jantung Dan Otak Anda Daripada Kerosakan Yang Disebabkan Oleh Serangan Jantung Atau Angin Ahmar. Ia menghalang phosphoinositide 3-kinase enzim. Ini bermakna anda dapat mengelak daripada serangan jantung atau strok dan mengalami lebih kurang atau tiada kerosakan yang berkekalan.
  • Anti-Virus. Polyphenols dalam Vivix telah terbukti berkesan terhadap banyak virus termasuk herpes, influenza dan virus HIV.
  • DNA Perlindungan. Vivix membantu menghalang 1,000,000 serangan radikal bebas. Setiap sel dalam badan anda mendapat manfaat perlindungan.
  • DNA Pembaikian. Vivix polyphenols telah terbukti berkesan dalam membaiki dan membina semula sel-sel dalam badan yang telah rosak.
  • Peraturan Gen. Kajian menunjukkan, Polyphenols Vivix memberi kesan positif pengawal selia genetik. Ini adalah penting kerana pengawal selia genetik dalam badan mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikian termasuk samada sel akan hidup atau mati.
  • Sekatan Protein Umur. Polyphenols dalam Vivix menghalang sepenuhnya pembentukan produk akhir 'Advance Glycation' @ (UMUR). Ini adalah penting untuk kesihatan dan umur panjang kerana protein UMUR membuat plak yang menyumbat sel-sel anda, mekanisme utama kematian sel, Alzheimer dan komplikasi kencing manis.
  • Tenaga Dan Ketahanan. "Salah satu cara untuk memanjangkan hayat adalah dengan meningkatkan pengeluaran tenaga", kata penulis Johan Auwers, ketua penyelidikan di Institut Genetik dan Biologi Molekul dan Selular di Illkirch, Perancis.
  • Meningkatkan Fungsi Sendi.
  • Kesihatan Otak. Dengan sokongan dari otak anda, anda boleh untuk merealisasikan fokus yang lebih besar, lebih cepat untuk bertindak balas dan peningkatan produktiviti dalam kerja.Memori anda akan dijana kembali dan secara langsung membenarkan anda untuk berfikir dengan lebih jelas.
  • Keradangan. Vivix membantu tubuh untuk melawan keradangan yang datang secara semulajadi. Dengan penyembuhan yang lebih optimum, keradangan mampu untuk disembuhkan.
  • Bahan-Bahan yang digunakan dalam Vivix menghalang kesan excitoxins seperti Ketoksikan MSG pada otak.
  • Homosistein. Resveratol juga merendahkan homocystein, protein darah yang tidak diingini.
  • Anti-Depresen. Resveratrol berfungsi sebagai anti-depresen yang menghalang monoamine.
  • Tekanan Darah Tinggi. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu mencegah tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. 
  • Gula Dalam Darah. Terdapat potensi yang besar bagi menormalkan tahap gula dalam darah anda dan ini adalah berita besar dan terbaik untuk jutaan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis.
  • Alzheimer & Demensia. Amiloid beta plak otak telah dikaitkan dengan Alzheimer dan Demensia. Resveratrol telah terbukti dalam menghapuskan plak ini dan kajian ini turut terbukti meningkatkan keupayaan mental tikus di makmal kajian.
  • Pengurusan Berat Badan.
  • Kehilangan Jisim Tulang. Resveratrol terbukti melindungi kehilangan tulang yang kritikal disebabkan umur anda.
  • Perlindungan Hati. Lebih daripada 30% rakyat Amarika mengalami keadaan yang dikenali sebagai hati berlemak yang disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan. Asid Ellagic dalam Vivix melindungi hati anda daripada Hepatitis dan Sirosis.
  • Antosianin Dalam Vivix mencegah penyakit hati yang disebabkan oleh tekanan.
  • Kesihatan Mata. Antosianin polifenol dalam Vivix membantu mencegah katarak, glaukoma dan degenerasi makular berkaitan usia.
  • Kencing Manis. Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas secara langsung mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Kanser Paru-Paru. Para penyelidik dari Jabatan Penyelidikan dan Penilaian Kaiser Permanente mendapati bahawa perokok yang meminum segelas atau dua gelas wain merah sehari kurang 60% risiko kanser paru-paru. Wain merah adalah diperbuat dari anggur muscadine. 


Kandungan Vivix Shaklee

  • Kekebalan. Resveratrol  meningkatkan tindak balas imun dalam tikus di makmal, serta menunjukkan tikus dilindungi daripada jangkitan oleh virus herpes (penyakit cacar @ radang kulit) simplex 1 dan 2. Resveratrol juga dapat menyekat pelbagai jenis keradangan seperti artritis dan psoriasis. Harus diingat, keradangan adalah penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Hasil kajian membuktikan Resveratrol dalam Vivix menghindar darah beku, bakteria, virus sel-sel kanser dan plak kolestrol daripada melekat pada dinding arteri dan membantu mencegah penyebaran kanser dan jangkitan.
  • Antibiotik. Resveratrol bertindak sebagai antibiotik terhadap bakteria dan telah berjaya mempamerkan aktiviti anti-bakteria (tidak suka bakteria) yang kuat terhadap antibiotik.
  • Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat. Anggur Muscadine (nama buah anggur dalam ramuan Vivix) ditanam di kawasan panas dan lembab, Southern Amarika Syarikat. Untuk hidup, pokok ini sarat menindas kulat, ini membuktikan yang anggur muscadine bergantung kepada kuasa anti-kulat resveratrol.
  • Penghadaman. Vivix membantu dalam tekanan penghadaman secara tenang.

********************************************************************************************************************************

  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.
  • Wanita hamil tidak digalakkan mengambil Vivix sebagai suplemen harian.
*******************************************************************************************************************************
 

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 

atau
 
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 
Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 23, 2014

Penyakit Perlemakan Hati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Perlemakan hati (Fatty liver) adalah gejala awal yang dapat menimbulkan masalah pada organ hati dan gangguan fungsi hati. Ia merupakan pembengkakan hati yang disebabkan oleh adanya penimbunan lemak (Lipid) yang berlebihan di dalam sel-sel hati.

Jika hati mengalami pembengkakan maka hati atau liver menjadi tidak berfungsi. Kemudian akan timbul gejala-gejala dari penyakit hati atau liver yang disebabkan oleh berbagai faktor penyebab.

Berikut diantara penyebab perlemakan hati ( fatty liver ):
  1. Obesiti
  2. Diabetes (kemcing manis)
  3. Kesan sampingan dari minuman beralkohol dan bersoda.
  4. Kesan samping dari ubat-ubatan kimia
  5. Seseorang yang kekurangan gizi atau akibat dari diet rendah protein.
  6. Akibat berlebihan pengambilan vitamin sehingga mengakibatkan tubuh mengalami keracunan vitamin 
  7. Terlalu banyak makan makanan yang mengandung lemak tepu, seperti: makanan yang menggunakan banyak santan, makanan pedas, gorengan dan makanan atau minuman yang banyak menggunakan bahan pengawet makanan.
  8. Seseorang yang kekurangan gizi atau akibat dari diet rendah protein.
  9. Akibat berlebihan mengambil vitamin A sehingga mengakibatkan tubuh mengalami keracunan vitamin A.
  10. Pasca operasi pada usus kecil yang sudah lama kemudian timbul kembali reaksi yang berlebihan pada usus kecil dan mengganggu fungsi hati.
  11. Fibrosis kistik (bersamaan dengan kurang gizi).
  12. Kelainan bawaan pada metabolisme glikogen, galaktose, tirosin atau homosistin.
  13. Kekurangan rantai-medium arildehidrogenase.
  14. Kekurangan kolesterol esterase.
  15. Penyakit penumpukan asam fitanik (penyakit Refsum).
  16. Abetalipoproteinemia.
  17. Sindrom Reye.

Pantang larang bagi penghidap perlemakan hati (Fatty liver)  :
  • Hindari makan buah-buahan seperti durian, nanas, nangka, anggur.
  • Hindari daging kambing atau daging ayam yang berlemak.
  • Hindari makan laut seperti udang, cumi-cumi, kepiting, kerang.
  • Hindari makanan dan minuman yang mengandung alkohol dan bahan pengawet 
  • Konsumsi sayur segar seperti kubis, leunca, buncis, wortel, pare, brocoli, bit dan bawang putih.
  • Minum jus buah. seperti belimbing manis, epal, betik, jambu 
  • Jangan mengambil makanan yang dipanggang, makanan yang digoreng berulang kali, dan nasi lebihan semalam
  • Hindari asap rokok.
  • Apabila makan sayuran yang dimasak sendiri,tambahkan dan pelbagaikan hidangan ulam dan herba, seperti pegaga, daun salam dan lain-lain.
  • Banyakkan minum air masak
  • Hindari stress dan tingkatkan keyakinan untuk sembuh.

Suppliment Shaklee yg sesuai di ambil oleh penghidap fatty liver adalah:

Omega Guard

~merangsang kesihatan hati
~melincirkan saluran darah
~dapat mengekalkan tekanan darah normal

DTX Complex

~melindungi hati daripada toksin
~membina semula sel hati
~meningkatkan jumlah enzim dan protin dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
~merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu

Alfalfa

~membersihkan hati
~menyingkirkan lemak dan kolesterol
~memperbaiki masalah saluran penghadaman


Jangan bimbang jika ada kesan sampingan dari kombinasi vitamin ini kerana ia merupakan krisis penyembuhan untuk membuang segala lendir dan toksin dari badan anda. Anda boleh layari Krisis penyembuhan semasa mengambil Vitamin Shaklee untuk sebarang soalan yang bermain di minda anda. Apa yang paling penting semasa mengambil vitamin ini ada tip-tip yang perlu anda patuhi. Antaranya:

  1. Minum air masak 2-3 liter sehari. Amalkan makan vitamin Shaklee dengan minum air masak bukan air manis.
  1. Jarakkan masa 2 jam pengambilan vitamin, ubat klinik dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini bagi memastikan setiap vitamin yang anda makan dapat diserap dengan baik dan mengelakkan darah menjadi pekat dan sekaligus menyebabkan tekanan darah tinggi akibat dos vitamin yang terlalu banyak dalam satu masa.
  1. Jarakkan masa 2 jam pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh, nescafe dengan pengambilan vitamin Shaklee. Ini kerana minuman kafein menghalang penyerapan vitamin.
Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.
  • 1 botol Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
  • 1 botol DTX Complex mengandungi 90 kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM155.00.
  • 1 botol Alfalfa mengandungi 330 biji kapsul untuk pengambilan selama 2 bulan berharga RM53.75.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 11, 2014

Delima (Rumman) Buah Syurga

Teks: Kizeewatty Zainal
 
Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman,

“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.” Surah Ar-Rahman:68

Semasa kecil abah selalu bawa saya ke rumah nenek saudara saya yang terletak di hujung kampung. Bila ke sini aktiviti kami adik beradik amat banyak, mengejar ayam, memberi makan itik dan memanjat pokok rambutan dan delima. Pasa waktu inilah saya megenali buah delima, buah yang masam manis dan amat lama untuk dihabiskan kerana bijinya yang banyak dan perlu hati-hati agar tidak tertelan. Sungguh nikmat dan teruja dapat menikmati delima yang segar daripada pokok.

Tapi pada zaman sekarang amat susah pula nak jumpa buah delima ini. Kadang-kadang perlu ke pasar raya besar barulah dapat merasa buah ini. Sebenarnya delima banyak khasiatnya kepada manusia.  

Delima bersifat panas dan lembap, amat berkhasiat untuk perut kerana meringankan sembelit. Delima juha berkhasiat untuk tekak, dada, paru-paru serta melegakan batuk. Jus delima merehatkan perut, cepat dicernakan di dalam perut kerana buahnya yang manis. Buah ini juga meningkatkan pengeluaran sperma tetapi tidak sesuai bagi orang yang demam.




Delima yang masam bersifat dingin dan kering. Delima jenis ini mampu menyembuhkan perut yang berlebihan panasnya dan membantu menghasilkan lebih banyak air kencing. Ia juga meredakan gejala penyakit kuning, menghentikan buang air akibat cirit birit, mencegah muntah berlebihan, melembutkan makanan, menghentikan panas dalan hati, menguatkan organ, meredakan debaran hati dan sakit jantung.

Dari Harb dan yang lainnya meriwayatkan dari Ali r.a yang berkata,

“Makanlah delima dengan kulitnya, kerana boleh membersihkan perut.”

Jus delima yang dimasak dengan sedikit madu dijadikan salap sebagai titisan mata boleh menjernihkan rona kuning mata dan menghancurkan kelembapan yang padat. Jika diletakkan pada gusi boleh menyembuhkan bintik merah pada gusi. Biji delima yang dicampur dengan madu boleh mengurangkan jari septis dan luka serta kudis yang merbahaya. Bunga delima juga mampu menyembuhkan luka. Dikatakan bahawa ‘ Jika seseorang menelan tiga kuntum bunga delima setiap tahun, die akan terselamat dari radang selaput mata sepanjang tahun.”

Manfaat dan Khasiat Delima

Melindungi hati dan ginjal
Ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan hati melindungi ginjal dan hati dari toksin dan racun berbahaya. 

Meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan penghadaman
Delima dan jus delima meningkatkan imunisasi tubuh. Delima diketahui sarat dengan vitamin C. Delima mempunyai kualiti khusus yang membantu penghadaman perut kita agar berjalan lancar.

Anti alergi dan jangkitan
Delima kaya dengan polifenol yang telah terbukti mengurangkan alergi dan alahan.

Mencegah penyakit jantung
Delima meningkatkan kemampuan tubuh untuk mensintesis kolesterol dan mencegah radikal bebas dalam sistem vaskular.

Mencegah kanser dan
osteoartritis
Jus
dan ekstrak buah delima  dapat mematikan sel kanser payudara dan kulit. Delima juga telah terbukti bermanfaat untuk mengatasi osteoartritis kerana mengandungi fitonutrien dan polifenol.

Melindungi DNA
Fitonutrien dan antioksidan dalam buah delima berinteraksi dengan DNA genetik tubuh untuk melindunginya.
Delima memang sarat dengan antioksidan yang efektif mencegah penuaan. 
 
Menstabilkan tekanan darah
Ekstrak buah delima dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mereka yang mempunyai kolesterol  dan lemak tinggi.

Meningkatkan metabolisme
Delima membantu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin, mampu melawan radang, dan meningkatkan berbagai faktor lain yang terlibat dalam sindrom metabolisme yang kerap dikaitkan dengan obesiti dan diabetes. Oleh sebab itu, delima dapat membantu menurunkan berat badan.

Melindungi dari penyakit Alzheimer
Buah ini  mencegah atau memperlambat
kan perkembangan penyakit yang umumnya melanda mereka yang  berusia, iaitu alzheimer atau nyanyuk.


Wallahu a'lam.

January 5, 2014

Khasiat dan Manfaat Telur (Baidh) untuk Kesihatan Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Pagi semalam mak dan ayah saya datang bertandang ke teratak kami. Seperti biasa sarapan pagi kami agak meriah, saya dan suami menyediakan sarapan nasi lemak dan sambal sotong berserta telur goreng dan timun.

Apabila makan saya pasti mengasingkan telur kuning dan hanya makan putih telur sahaja. Nak lagi telur sudah sedia ada dengan kolesterol dan digoreng, pasti banyak lemak yang akan terkumpul dalam badan saya nanti. Lebih-lebih lagi kalau makan dalam keadaan berjemaah  pasti selera akan bertambah-tambah.

Kemudian saya terfikir, apakah telur kuning ini tiada khasiat? Adakah hanya tersimpan kolesterol dan lemak sahaja di bahagian kuning ini? Di sini saya berikan tips sihat dan khasiat telur untuk santapan keluarga anda. Sesungguhnya kita pasti ingin berikan yang terbaik untuk mereka.

Pilihlah telur yang baru berbanding telur yang sudah lama tersimpan. Sebaik-baiknya belilah telur ayam kerana ianya merupakan telur yang terbaik. Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan. Telur juga boleh dijeruk, direbus dan digoreng atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk orang tua, orang uzur dan wanita yang mengandung. 

Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. 90% dari kalsium dan 93 % kandungan besiyang terdapat di telur berada pada kuning telur, dan hanya 7 persen yang berada di bagian putihnya.  Telur adalah nilai gizi yang besar bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kerana terkandung sumber terbaik dari protin lengkap yang mengandungi semua asid amino yang amat penting bagi tubuh manusia.


Kuning telur bersifat panas dan basah, mampu menambahkan darah merah untuk badan kita akan tetapi kurang berkhasiat. Kuning telur mudah dicerna ketika masih lembut. Kuning telur meredakan sakit, melegakan tekak dan saluran udara serta melegakan batuk dan luka pada paru-paru, hati dan pundi kencing. Kuning telur mengurangkan gangguan pecernaan, terutamanya jika dicampur dengan lemak dari pokok badam. Kuning telur mambantu proses pembakaran di dalam dada serta melembutkan halangan di dalam tekak.


Kuning telur berkhasiat untuk jantung kerana mempunyai tiga keistimewaan. Kuning telur mudah larut dalam darah, tidak menghasilkan banyak hampas dan darah yang dihasilkan sama ringan dengan darah yang mengalir, bahan yang mudah dicerna dan diserap tubuh.

Putih telur pula boleh digunakan sebagai titisan pada mata boleh menyejukkan bengkak panas dan sakit pada mata. Jika disapu pada wajah, boleh mencegah kulit wajah terbakar oleh sinar matahari. Jika putih telur dicampur serbuk kayu cendana lalu disapu pada kulit muka untuk mencegah kedutan dan juga jerawat.

Waalahu a'lam.

December 1, 2013

Minyak Ikan Terbaik: Promosi Omega Guard Shaklee Disember 2013

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
 

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, ikan bilis) die perairan air Jepun. Omega Guard Shaklee bukan dari hati minyak ikan. Ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asidlemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega 3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melaui proses penyulingan proprieti tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl- merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik)

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsua penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland Denmark yang bekerja sebagao nelayan tidak mnghaidapi penyakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakalo orang Eskimo yang menetap di Utara Amerika yang bekerja sebagai pemburu dan makanan untama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolesterol, banyak menghidapi masalah kesihatan yang berkaitan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut sejuk menunjukkan ikan dari laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.


Perbezaan Kandungan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain


Perbezaan Kandungan DHA dan EPA dalam Omega Guard Shaklee berbanding Jenama yang lain

Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita. EPA berfungsi dalam mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, baik untuk pesakit jantung , menghindar tekanan perasaan dan mencegah penyakit darah tinggi. DHA pula mampu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelakkan kanser payu dara, kanser prostat, menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan serta mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut sekurang-kurangnya sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega 3, kerana ia membantu risiko penyakit jantung sebanyak 44%. 

Kelebihan dan Manfaat Omega Guard Shaklee:

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan psoriasis.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
25.  Membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan mental seperti murung, tekanan dan kebimbangan. neurasthenia, insomnia.
26. Membantu kanak-kanak autism, hiperaktif dan penyakit schizophrenia.   


 
Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan, tip sihat dan rundingan atau konsultasi percuma dan eksklusif sila hubungi saya di:

Kizee♡Shaklee~
sms: pm: whatsapp: wechat ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB: Kizeewatty Zainal

Jom Like FB fanpage saya di Kizee Healthyvita Shop

1 Botol Omega  90 kapsul berharga RM136.00 (SM) / RM140.00 (SS)








Berita baik untuk anda. Promosi Omega Guard di bulan Disember 2013. Beli 6 percuma 1 

Jika anda beli 6 botol Omega Guard, anda akan dapat :

1) percuma 1 botol
Omega Guard berharga RM 136
2) percuma pendaftaran ahli (biasanya daftar ahli adalah berjumlah RM65)
3) percuma kos pos penghantaran
4)
penjimatan hampir RM250 dari harga jualan.
 
Tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, saya ada jawapannya. Boleh juga untuk membeli sebotol dua atau boleh kongsi bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. 

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee