Showing posts with label ZINC. Show all posts
Showing posts with label ZINC. Show all posts

May 30, 2015

Klinik Gigi Terbaik di Seri Alam Masai

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Semalam seharian saya diuji dengan sakit gigi. Asal minum air manis atau makan gigi, gusi dan langit-langit terasa pedih bagai dihiris pisau. Saya makan panadol namun sakit makin menjalar ke tengkuk dan kepala. sudahnya saya paksa diri untuk tidur agar tak terasa sakit gigi yang makin mencengkam.

Pagi tadi saya bangun dalam keadaan sihat, tapi oleh kerana tak ingin sakit gigi ini datang balik, saya bergegas ke Klinik Pergigian City di Seri Alam. Walaupun semalam suami dah ajak ke klinik gigi yang lain tapi saya berkeras nak ke klinik gigi yang di Seri Alam ini. Tak sanggup saya nak bayang kalau ke klinik yang lain. Teringat adik saya demam 3 hari kerana doktor cabut gigi dalam keadaan yang kasar dan menyakitkan.

Saya datang tanpa buat temujanji. Alhamdulillah masa menunggu tak lama kerana pesakit yang buat temujanji belum datang lagi. Nama dipanggil dan Dr. Fatimah menyambut dengan mesra. Ditanya apa masalah saya. Saya pun terangkan secara terperinci. Setelah diperiksa Dr. Fatimah kata gigi geraham saya sudah rosak akibat pertumbuhannya yang senget dan apabila menggosok gigi, berus gigi tak dapat sampai ke gigi tersebut. Kesimpulannya gigi ini wajib dicabut kerana tak boleh ditampal lagi. 

Dalam keadaan yang takut-takut tu saya jawab " Bolehla doktor, kita cabut ajela".

2 suntikan diberi di kawasan berhampiran gigi geraham saya. Setelah itu saya direhatkan selama 10 minit. Rasa berdebar kerana takut rasa sakit yang teramat sangat. Hanya Bismillah berulang kali yang keluar dari mulut saya ini. Apabila Doktor bersiap sedia memulakan proses, saya dh mula menggengam kerusi seolah-olah hendak menahan sakit. Agaknya Doktor perasan gelagat saya, dia menenangkan saya, lembutkan rahang dan tangan letak di atas perut. Tak perlu takut katanya.  

Mulut dibuka seluasnya dan dalam masa yang sama Doktor menenangkan saya supaya melembutkan mulut dan sekejap saja gigi dah tercabut. Memang tak sakit langsung. Berakhirlah penderitaan dan perasaan berdebar saya tadi. Namun harus saya konsisten makan Zinc dan Ostematrix Shaklee untuk menyembuhkan luka secepat mungkin.

Sebenarnya saya pernah ke klinik gigi ini 2 tahun yang lalu mendapatkan servis scaling dan polishing. Dari situlah saya mula tidak takut untuk ke klinik gigi. Namun saya hanya suka ke klinik gigi ini sahaja kerana servisnya yang terbaik, harga yang lebih murah dan layanan mesra.


Klinik terletak berhadapan Tutti Frutti di tingkat dua
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Tempat yang selesa untuk para pesakit
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Klinik ini dibuka seawal 10 pagi - 6petang setiap hari kecuali hari jumaat. Kalau boleh sebelum datang buat temujanji atau appoinment dulu di 07-2514419, barulah tak menunggu lama. Beralamat di NO 24 A, JALAN SURIA 7, BANDAR SERI ALAM, MASAI, JOHOR BAHRU, MALAYSIA. 



Pekerja yang peramah dan layanan mesra
(Gambar dari FB Klinik Pergigian City)


Antara servis yang ditawarkan adalah:

PEMERIKSAAN GIGI RUTIN
SCALING AND POLISHING
TEETH WHITENING
TAMPALAN DAN CABUTAN GIGI
GIGI PALSU, CROWN, BRIDGE
RAWATAN KANAL AKAR
PEMBEDAHAN KECIL GIGI GERAHAM BONGSU
RAWATAN GIGI KANAK-KANAK
X-RAYS GIGI
PENDAKAP GIGI (BRACES)




Caj rawatan di Klinik Pergigian City


Saya beri 5 bintang untuk Klinik Pergigian City.!


Salam sayang

Kizeewatty 
#PengedarShaklee
#ShakleePasirGudang

0192484428

July 4, 2014

Usaha Mendapatkan Zuriat

Teks: Kizeewatty Zainal
Assalamualaikum w.b.t

Pasangan yang baru atau yang sudah lama mendirikan rumah tangga pasti ingin menimang cahaya mata. Anak merupakan rezeki, penyeri ibu dan ayah, tanggngjawab dan amanah dari Allah s.w.t

Selain megamalan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan berkhasiat, kita boleh juga berusaha dari segi pemuliharaan sistem hormon badan kita sendiri. Antara vitamin yang boleh diamalkan ialah:

Vitamin Asas
  1. VitaLea 
  2. Vitamin C 
  3. B-Complex
Vitamin Kesuburan
  1. Vitamin E 
  2. Zink   
  3. GLA Complex (utk period/ haid tidak menentu / PCOS)
Pemakanan Seimbang/Sumber Protein
  1. Meal Shake 
  2. ESP

Cara Pemakanan Vitamin

Untuk Suami

Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc 
                     - 1 biji setiap hari.

                    Meal Shake 
                      - diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.

Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc  
                     - 1 biji sehari.

Untuk Isteri

Optimum : Vita-lea, B-comp, Vit-C, vit-E dan Zinc 
                      - 1 biji setiap hari

                    Alfalfa 
                     - 3-5 biji sehari.

                   Meal Shake 
                      - diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.


Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc 
                     - 1 biji sehari

                   Alfalfa 
                    –-3-5 biji sehari.


*Peringatan

** Vitalea tidak digalakan bagi pesakit yang thalasemia atau mempunyai alahan.


Untuk period/haid yg konsisten dan stabil,  contohnya 28 hari, bahagikan pada 2 menjadi 14 hari. Maka makan vitamin dari hari pertama period/haid sampai hari ke-14 (anggaran masa subur). 

Lepas itu berhenti dan bersamalah dengan pasangan anda. Rasionalnya, masa subur ini   menaikkan kebarangkalian telur yg disenyawakan untuk melekat (yang memerlukan sedikit perubahan pada paras hormon tadi). Kalau keluar period/haid setelah bersama maka cuba kitaran ini sehingga berjaya.

Untuk mereka yang mempunyai period/haid yang belum stabil, ambil vitamin setiap hari sampai period stabil. Bila dah stabil, baru ikut cara-cara seperti diatas.

Insya Allah kta hanya berusaha Allah juga yang menentukan segalanya. Jangan mudah putus asa dan konsisten berusaha dan mintalah pada-Nya.
 
Fungsi Vitamin Kesuburan

Vitamin E

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

Zink

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

Alfalfa

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

GLA Complex (isteri sahaja)

Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, jangan segan dan silu sila hubungi saya di ~

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428 
 
atau
Email: kizeewattyzainal@gmail.com 
PM di FB: Kizeewatty Zainal 
Jom Like FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 12, 2014

Kalsium Optimum dalam Ostematrix

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamuaalaikum w.b.t

Ostematrix Shaklee merupakan kalsium yang isinya paling seimbang dan memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium dan fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama agar penyerapan kalsium akan meningkat akan meningkatkan ketumpatan tulang bag mereka yang telah berumur secara berkesan. Ini kerana selepas seseorang itu berumur 40 tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.

Manfaat dan Khasiat Ostematrix Shaklee

Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. I juga merawat tulang retak, osteomalacia iaitu rickets dewasa, kuku rapuh, ekzema, kovulsi, kejang, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kejang sakit sendi dan artritis. 

Meringankan Stress
Mengimbangin tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar stress, memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki Masalah Haid
Dengan pengambilan 1000mg kalsium danmagnesium serentak meringankan sakit haid dan membantu membbuang dan pelawasan air kecil dan besar.

Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkali, dan ianya berkesan bagi memastikan imbangan PH tubuh. Ia juga mengahalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan membantu detoksifikasi

Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik 

Vitamin D
Mampu merawat penyakit rickets. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsiumdan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mangambil suplemen vitamin D ini

Magnesium
Ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, penegecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya penting juga untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zink, Boron, Mangan dan Kuprum
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan oto, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

OSTEMATRIX SHAKLEE KALSIUM
OSTEMATRIX SHAKLEE

Bagaimana memilih suplemen Kalsium paling premium?

Pilih produk kalsium yang mempunyai tambahan vitamin D dan magnesium. Elakkan produk kalsium yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum. Elakkan juga mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Bagi anda yang mencari suplemen kalsium yang terbaik bolehla pertimbangkan suplemen Ostematrix dari Shaklee ini

  1 botol OSTEMATRIX mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61.


   






Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

December 18, 2013

Pentingnya Zink dalam Makanan.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
 

Zink adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel. Zink juga berguna untuk pertumbuhan tubuh yang normal dan perkembangan manusia mulai dari masa kehamilan, anak-anak dan dewasa.


Sumber Zink dari makanan harian kita

17 keistimewaan Zink Shaklee
Penjagaan Kulit
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. Anda ada masalah kulit muka?Jum tambah Zinc dlm diet harian

Ekzema
Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat
mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. Dah cuba macam-macam product, tapi muka masih berjerawat?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Penyembuhan luka
Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.Luka semasa bersalin lambat sembuh?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Gangguan Prostat
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.Risau masih belum dikurniakan anak?Jom tambah Zinc

Hilang berat badan:
Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.Selera menjadi?Risau badan gemuk?Jom tambah Zinc dalam diet harian anda.

Mengandung
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan
Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi
Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan
Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim
Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser:
Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik:
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak:
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut. Risau rambut semakin nipis selepas bersalin? Mari tambah Zinc dlm diet harian anda.

Kehilangan tulang:
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang. Sakit lutut?Tumit kaki?

Buta Malam:
Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.Mata semakin rabun terutama di malam hari?

Fakta Nutrisi

Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda. 

Pentingnya Zink dalam Makanan.
  • 1 botol Zinc mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM33.75.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee