Showing posts with label BADAN LESU. Show all posts
Showing posts with label BADAN LESU. Show all posts

October 24, 2015

Soalan Ibu Menyusu yang Ambil Vitamin

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak sharing soalan-soalan yang popular ditanya oleh ibu menyusukan anak yang mengamalkan vitamin Shaklee. 

Antara soalan yang menjadi kelazimannya adalah:

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anaemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.


Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

June 2, 2014

Tanda- tanda Hormon Tidak Seimbang

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Baru sahaja semalam seorang kawan saya mengadu mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Sudah 6 bulan tidak datang bulan, badan semakinmembesar dan ditumbuhi rambut. Apabila membuat pemeriksaan di hospital pakar, doktor menyatakan bahawa kawan saya ini mengalamai ketidakseimbangan hormon. Sebenarnya bagi wanita, perubahan yang paling ketara hormon tidak seimbang ini ialah ketika mereka berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an, tetapi tidak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 dan 30-an. 

Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari .

Secara Ringkas Kesan-kesan Hormon yang Tidak Seimbang Kepada Wanita


  • PMS
  • Osteoporosis
  • Kenaikan berat badan
  • Alergi
  • Fibroid
  • Kulit kering
  • Lelah
  • Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
  • Murung atau Stress
  • Gemuk air

Kesan-kesan Hormon yang Tidak Seimbang Kepada Wanita (gambar carian google)

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon:

Berat badan meningkat.

Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.

Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita. 

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 - 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi. 

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip-tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan. 

Antaranya:

GLA Complex ialah Gamma Linolenik Acid membantu masalah ketidakseimbangan hormon dikalangan wanita. Ia juga mempunyai kandungan lain seperti sunflower oil dan vitamin E yang sangat baik untuk kulit dan sistem saraf.

B Complex mampu menstabilkan hormon manusia. Ia juga dikenali sebagai vitamin anti stress yang dapat mengawal emosi serta tekanan dalam diri kita.

Omega Guard membantu dalam perkembangan kesihatan otak dan mental seperti murung, tekanan dan kebimbangan. Ia juga mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita.

ESP merupakan minuman kkacang soya organik. Merupakan tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita.

Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar stress, memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.


Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita

February 5, 2014

Promosi Vitalea Feb 2014 Kembali Lagi

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Vitalea memberi lebih bertenaga kerana anda yang mudah letih dan mengantuk di siang hari akibat kerja dari pagi hingga ke malam, daripada kerja pejabat hinggalah ke kerja rumah. Saya ingat lagi, selepas seminggu mengamalkan Vitalea, saya lebih cergas, bertenaga dan tak letih lagi. Seronok sangat! Jadi lebih banyak kerja boleh dibuat dalam satu masa. Alhamdulillah.

Vitalea ialah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta dan tertua di dunia. Bayangkan Vitalea sudah berada di dunia sejak 55 tahun yang lalu. Lebih kurang baya mak - mak kita Vitalea ini. Sangat lama dan sangat dipercayai kerana kesannya yang memang pasti dan mengkagumkan.


Anda boleh makan 40 jenis lauk dalam satu - satu masa? Ianya memang mustahil kan? Untuk dapat hasil seolah - seolah kita mendapat zat dan nutrisi daripada 40 jenis lauk ialah dengan mengambil 2 biji vitalea. Ya, 2 biji Vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk!


Yang paling menarik mengenai Vitalea ni, terdapat ujian klinikal yang membuktikan dengan pengambilan Vitalea selama setahun boleh kurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Jadi,  memang wajib telan Vitalea ini hari - hari!.


Promosi Hebat Vitalea Feb 2014
Promosi Hebat Vitalea Feb 2014

Vitamin yang serba lengkap ini mempunyai harga yang amat menarik bulan FEB 2014
  • 1 botol harga promosi Vita-Lea yang mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan.
  • Beli 6 Percuma 1
  • Keahlian Shaklee Percuma (yuran keahlian RM65)

Kombinasi Lengkap Vita-lea Iron Formula

Kombinasi Tambah Berat Badan 

Vitalea + B-Complex + Meal Shakes
 Kombinasi Hamil
Vitalea + B-Complex + ESP + Vita C + Ostematrix + Omega Guard

Kombinasi Berpantang
Vitalea + B-Complex + ESP + Vita C + Ostematrix + Zinc Complex

Kombinasi Menyusu
Vitalea + B-Complex + ESP + Vita C + Ostematrix + Alfalfa

Kombinasi Kesihatan Keluarga
Vitalea + B-Complex + ESP + Vita C

Kombinasi Badan Lesu 
Vitalea + B-Complex + Ostematrix

Kombinasi Kesihatan Optimum 
Vitalea + B-Complex + Vita C

Kombinasi Warga Emas 
 Vitalea + Omega Guard + AJHT + Ostematrix

Vitalea tidak boleh diambil oleh penghidap Thalassemia.
Vitalea tidak boleh diambil bersama-sama produk tenusu atau mengandungi kalsium. Kerana kalsium mampu mengganggu penyerapan iron oleh badan. 


Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee