Showing posts with label MIGRAIN. Show all posts
Showing posts with label MIGRAIN. Show all posts

April 24, 2015

Tanda Kekurangan Protein

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum wbt


Faktor sama ada diet yang melampau, kurang pengetahuan mengenai nutrisi dan faktor kemiskinan juga boleh menyumbang kepada masalah kekurang protein ni. 


Tanda-tanda anda kekurangan protein ni.
 

Edema (bengkak badan)

Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.


Penurunan berat badan

 
Ooppsss.. jangan seronok dulu, ini bukan weight loss yang sihat ya. Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Sebab walaupun kita tak ambil protein, badan tetap perlukan protein untuk berfungsi, so dari mana datangnya protein? Dari otot kita! Bahaya ni.. Sebab tu dalam set Slim Shaklee ada ESP, untuk bina balik otot-otot kita!

Rambut menipis atau kasar

 
Rambut gugur terlampau teruk atau terlampau kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jadi bila kita kurang protein, macam mana rambut nak tumbuh dengan sihat dan berkilat kan? Sebab tu bila ada customer yang konsisten amalkan ESP, dia boleh nampak rambut dia makin lebat, berkilat, tak bercabang gitu~

Rabung pada kuku 
 
Garis-garis halus yang kita boleh nampak pada kuku tu maksudnya dah kronik dah tahap kekurangan protein kita ni, kuku pun macam rambut juga, perlukan protein untuk tumbuh sihat.Cer cek kuku anda.. kalau tade Alhamdulillah~


Pucat

 
Kulit yang pucat dan cepat 'sunburn' ni selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.

Ruam kulit

 
Kulit berkuping pun tanda-tanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi macam kelemumur maknanya kekurangan protein anda memang tahap kronik dah, badan dah tak cukup protein terpaksa lah sedut dari sumber yang ada kan.

Keletihan dan kelesuan

 
Keletihan dan kelesuan juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. Dah badan anda terpaksa sedut sumber protein dari otot-otot, rambut, kuku dan kulit, jadi apa aja yang tinggal? Sebab tu anda cepat rasa letih dan penat

Luka lambat sembuh

 
Ini pun salah satu tanda kekurangan protein, bukan bermakna anda ada kencing manis ya (tapi kalau lama sangat luka tak sembuh lebih baik g cek doktor). Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka, jadi, kurang protein lambatlah proses penyembuhan. 

Susah tidur

 
Amboi susah tidur pun sebab kurang protein ke? Jadi orang-orang yang letak kepala terus tidur ni terlebey protein ke? Wallahualam tanya tuan badan la hehe masalah susah tidur ni sebab satu hormon yang dipanggil serotonin itu kurang, yang mana disebabkan oleh kurang sesuatu jenis asid amino. Asid amino ni pula dihasilkan apabila protein dicernakan, jadi pemakanan yang kurang protein ni boleh menyebabkan anda susah tidur. 

Sakit kepala

 
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, terrrmasuklah kekurangan protein. Macam mana protein boleh effect sakit-sakit kepala ni?
   ♦ kurang protein boleh sebabkan kekurangan darah = sakit kepala
   ♦ menyebabkan paras gula turun = sakit kepala

Pengsan 

 
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

Bukan semua tanda-tanda kekurangan protein dalam bentuk fizikal ya. Ada juga yang dalam bentuk emosi, atau mental, termasuklah:

* mudah tersinggung, murung
* tekanan melampau
* kebimbangan
* kurang bertenaga

Jadi jom tingkatkan pengambilan protein kita sekarang! Cara paling senang dengan ESP dan Mealshakes.



Kizeewatty 
0192484428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

December 14, 2014

Makanan Sunnah: Bawang Putih Meredakan Angin Perut

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bawang putih merupakan rencah utama dalam masakan Melayu, Cina dan India Ia adalah rempah ratus yang telah digunakan dari sejak adanya peradaban manusia di muka bumi ini.. Tanpanya kuranglah rasa dan nikmat masakan yang ingn disediakan. 

Bawang putih juga merupakan makanan sunnah nabi Muhammad s.a.w kita dan baginda amat menggemarinya namun perlu dimakan dengan dimasak pada suhu yang tinggi terlebih dahulu. Dalam bahasa Arab, bawang putih dikenali sebagai Tsaum.

"Barangsiapa yang hendak makan kedua-dua ini, hendaklah dimasak dengan sempurna."

Hadis di atas ditujukan khas untuk bawang putih dan bawang merah. Rasulullah s.a.w pernah diberi hidangan makanan yang mengandungi bawang putih, namun baginda menghantar kembali makanan itu kepada Abu ayub Al-Ansari. 

Abu Ayub bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak menyukainya sehingga memberikannya kepadaku?"

Baginda menjawab,

"Sesungguhnya aku senang bermunajat dan tidak mungkin aku bermunajat kepada-Nya bila aku memakan maknanan itu."


Bawang Putih Khazanah Berharga

Secara umumnya dari perubatan tamadun Islam, bawang putih bersifat panas dan kering, mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit, mengeringkan secara optima serta berkhasiat memanaskan badan mereka yang kesejukan. Bawang putih juga bermanfaat untuk mereka  yang memiliki maslah pencernaan akibat kahak, juga untuk orang yang menderita daripada sembelit.

Bawang putih mampu membuka sumbatan angin duduk, meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak tepu, melegakan angin di dalam perut dan membantu meredakan sengatan binatang berbisa

Namun begitu, bawang putih yang berlebihan mampu menyebabkan pening , bahaya kepada otak dan mata, melemahkan pandangan mata dan stamina, menyebabkan rasa haus dan menyebabakan penyakit kuning serta menimbulkan bau mulut. Cara terbaik untuk menghilangkan baunya adalah dengan mengunyah daun pudina ataupun daun nue.



8 Rahsia Bawang Putih


1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Cara Penyediaan Bawang Putih  
  • Bawang putih boleh ditumbuk dan dijadikan ubat pembalut untuk mengubati luka kibat gigitan ular berbisa dan kala jengking, memanaskan tubuh badan, menghilangkan kahak, gas atau angin serta membersihkan lendir di tekak. 
  • Apabila dimakan dalam keadaan mentah, dimasak atau dibakar sedikit, boleh mengubati penyakit dada dan menghilangkan lendir tekak. 
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur cuka, garam dan madu kemudian dilekatkan pada bahagian gigi geraham yang sudah berlubang.
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur air dan madu boleh menghilangkan kahak dan cacing di dalam perut serta menghilangkan panau di kulit.

 Kini di pasaran banyak terdapat produk yang berunsurkan bawang putih yang lebih senang untuk diambil dan diamalkan. Salah satunya adalah Garlic Complex dari Shaklee.   

Semoga apa yang saya kogsikan di sini memberi manfaat kepada anda.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428




IG: @kizeewatty

December 12, 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t telah mencipta tubuh badan manusia dengan sempurna. Tiap satunya berfungsi dan dijadikan tanpa sia-sia. Namun bagaimana kita menjaganya agar sihat?. Bagaimana kita menjaganya agar mampu berfungsi lebih lama?.

Sebenarnya kita boleh mengawal atur aktivitivi harian kita agar tubuh dan organ dalaman sentiasa dalam keadaan optimum dan sihat, Insya Allah. Oleh itu mari kita singkap satu persatu bila dan bagaimana kita menjaga fungsi organ dalaman tubuh badan kita.


Organ Dalaman Manusia


Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
 

Paru-paru 

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan serta bertakafur.


Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
 

Usus Besar 

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit.

Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
 

Perut 

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
 

Limpa 

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
 

Jantung 

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
 
Usus kecil 


Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
 

Pundi Kencing 

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
 
Buah Pinggang 


Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
 
Dinding Jantung 


Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
 
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja. 

11:00 pm – 1:00 am
 
Hempedu 


Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
 
Hati 


Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Sumber : Facebook 

Salam sayang

Puan Kizeewatty Zainal 
#PengedarShaklee
0192484428

August 30, 2014

Resepi ESP Shaklee: Mangosteen Energizer

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Resepi ESP Mangosteen Energizer

Bahan-bahannya:
  • 2 sudu ESP
  • 1 cawan jus manggis
  • 1/2 cawan hirisan betik
  • 5-10 ketul ais
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, kisar menggunakan pengisar
  • Sedia untuk diminum


Mangosteen Energizer


Minuman ini untuk mereka yang ingin kurus dan juga bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tapi kita perlu tahu cara pemakanan ESP ini untuk tujuan tertentu.
 
ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan dan ketakutan. ESP juga merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 
Kandungan Soya di dalam ESP amat berkhasiat kerana:
  1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
  3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
  4. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 
 
Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau

FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 9, 2014

Risiko Kurang Tdur

 Teks: Kizewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Zaman kini masa berlalu begitu pantas, dan kita sering terkejar-kejar dalam melakukan urusan seharian. Kita selalu memaksa diri untuk menghabiskan kerja dalam masa yang begitu pantas dan singkat ini. Akibatnya ramai antara kita yang mengalami keletihan yang amat sangat dan tidur yang kuang cukup atau kurang berkualiti.

Fahami mengapa kurang tidur atau rehat mampu mengubah sistem badan kita dan seterusnya mendatangkan penyakit kronik.

Keinginan untuk Makanan Berlemak Meningkat.

Kurang tidur boleh menghapuskan hormon yang mengatur nafsu makan. Akibatnya, keinginan menikmati makanan tinggi lemak, kalori dan karbohidrat semakin meningkat

Jika selama 2 malam kita tidur secara tidak mencukupi dan berkualiti, ini dapat mencetuskan rasa lapar berlebihan. Keadaan ini terjadi kerana rangsanan peningkatan hormon ghrelin, hormon penambah nafsu makan, dan mengurangkan hormon leptin sebagai penekan nafsu makan. 

Peningkatan Hormon Stress. 

Kajian yang dilakukan Universiti Chicago menunjukkan bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan pertumbuhan kortisol atau hormon stress. Bahkan dapat meningkatkan denyut jantung, tekanan darah dan glukosa darah sehingga boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2. 

Lemah Antibodi. 

Mereka yang tidur kurang dari 7 jam semalaman boleh menahan rasa sejuk 3 kali lebih tinggi. Kajian lain mendapati, lelaki yang kurang tidur akan mengalami kegagalan menjaga respon imun atau kekebalan tubuh secara normal setelah menerima suntikan flu.

Mereka yang kurang tidur, antibodi yang bekerja setelah suntikan vaksinasi hanya mampu bertahan paling lama 10 hari. Keadaan ini sangat berbahaya. Perbaiki kualiti tidur, maka kekebalan tubuh akan meningkat. 

Menimbulkan Pelbagai Penyakit. 

Antara penyakit kronik seperti arthritis boleh terjadi apabila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi. 

Risiko Kanser Lebih Tinggi. 

Senaman membantu mencegah kanser. Para atlet yang tidur 7 jam atau kurang semalaman memiliki kemungkinan menghidapi kanser 50% daripada mereka yang rutin melakukan senaman dan mendapat tidur yang lebih berkualiti. 

Ini kerana kualiti tidur yang buruk menyebabkan gangguan metabolisme hormon dan dikaitkan dengan risiko kanser, dan boleh 'menghapus' manfaat senaman tersebut. 

Tampak lebih tua.

Mereka yang kurang tidur biasanya memiliki kulit yang pucat dan wajah lesu. Lebih buruk lagi, peningkatan kadar kortisol melambatkan pertumbuhan kolagen yang mengakibatkan kedutan di muka.

Oleh itu kesimpulan yang dapat dibuat adalah tidur yang cukup  dan berkualiti itu penting./ Tapi bagaiman kita ingin mengecapi tidur berkualiti ini jka badan kepenatan akibat urusan seharian?

Mulakan amalan pemakanan yang sihat dan suplemen yang berkhasiat yang mampu membekalkan nutrien kepada badan. 

Antaranya:

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.  
  • Anti oksida melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit. 
  • Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah dan sekaligus peredaran oksigen ke seluruh sel badan.
b) B Complex  
  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan 
  • Melawan dan mengatasi tekanan, stress dan murung  
  • Memastikan kesihatan sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. 
c) Ostematrix 
  • Meringankan stress. 
  • Mengimbangi tekanan da peredaran darah.
  • Mengurangkan kebas dan kejang.
  • Memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf.
  • Menggalakkan tidur selesa.
  • Memperbaiki jantung berdebar, gementar.
  • Memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 
d) Performance Drink 
  • Elektrolit dan mineral di dalam penting bagi membantu tubuh dalam menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat 
  • Ganti air yang hilang ketika melakukan aktiviti fizikal 
  • Tingkatkan daya tahan otot 
  • Mencegah penyahhidratan 
  • Kulit kekal lembab 
  • Tampak lebih muda
 
Harga vitamin di atas amat berpatutan dan tahan lama, Insya Allah.
1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75*.
1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75* 
1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61*. 
 
1 canister Performance Drink Orange 539 gram untuk pengambilan selama 2 bulan berharga RM82.50*.
*harga tidak termasuk kos penghantaran
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di:


sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
atau Email: kizeewattyzainal@gmail.com PM di FB: Kizeewatty Zainal   
Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita
Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

May 25, 2014

Rangkaian Khasiat dan Kebaikan ESP

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin kongsikan rangkaian kombinasi kegunaan ESP Shaklee jika digabungkan dengan vitamin-vitamin lain.


ESP + Vitamin E 
untuk menghilangkan parut jerawat yang berlubang
untuk kulit cantik dan cerah tanpa perlu bermekap

ESP + Alfalfa
untuk payudara anjal 
menggalak dan memperbanyakkan susu ibu.

ESP + Ostematrix
untuk meredakan sakit kepala, migrain
untuk mengurangkan jaundice bayi bagi ibu menyusu

ESP + Zinc
untuk menghilangkan parut (hitam)
untuk menyembuhkan luka bagi ibu yang bersalin 
untuk mengurangkan rambut gugur

ESP + Omega Guard
untuk mengurangkan risiko keguguran dan pra-matang bayi bagi ibu hamil
untuk perkembangan minda dewasa dan anak

ESP + Peppermint Ginger Plus
untuk ibu hamil yang mengalami mual dan muntah

ESP + Lecithin+ Alfafa 
untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik selepas bersalin
untuk kuruskan badan bagi obesiti dan buncit

ESP + Carotomax 
mendapatkan pipi yang kemerahan
untuk memperbaiki kesihatan mata
untuk mendapatkan kulit yang cantik

ESP + GLA
untuk mendapatkan kulit dan kulit muka yangg putih, halus dan bebas jerawat.

ESP + Vitalea
untuk kesihatan menyeluruh untuk seisi keluarga

ESP + Performance Drink
untuk meningkatkan tenaga 
untuk meningkatkan tahap ketika puasa




Kombinasi ESP dan Tambahan Vitamin Shaklee


Apa kelebihan menjadi Ahli Shaklee? 


Untuk konsultasi/nasihat percuma, harga vitamin atau keahlian Shaklee, jangan segan silu hubungi saya. 

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428
Jom Like FB fanpage: Kizee Healthyvita