Showing posts with label HEPATITIS. Show all posts
Showing posts with label HEPATITIS. Show all posts

June 6, 2016

Puasa 2016

Teks: Kizeewatty Zainal

Sumber: Facebook

Ulangkaji Bab Puasa

Niat Puasa - 

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Tahu hari itu dibolehkan berpuasa.

Rukun-Rukun Puasa:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa dari subuh sampai maghrib.

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur berlebihan
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir yang tidak puasa (Bukan musafir Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang pengsan Pitam/Mabuk sepanjang hari dari subuh sampai maghrib.


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :- setiap hari yang ditinggalkan puasa dikeluarkan secupak (675gram) beras kepada faqir miskin.

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Langsung Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Qada..(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung@Yang Menyusukan Anaknya berbuka puasa sebab takutkan keselamatan anaknya.Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya sahaja Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami sahaja Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu barulah....
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya barulah...
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin setiap seorang 1 cupak beras.
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran@membawa maut.
2. Orang Musafir 82 km keatas yang dibenarkan syarak@bukan tujuan maksiat.
3. Org Yang Terlalu Tua Dan terlalu Lemah
4. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.

Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan  Membuat Amal Ja'riah.

In shaa Allah

January 25, 2014

DTX Complex Suplemen Vitamin Hati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula sel-selnya sendiri. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot dan organ jantung, tetapi serangan kepada hati boleh merosakkan hati, namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri.

Fungsi Hati

Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk percernaan lemak, ia memecahkannya ke[ada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga memebantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K,F dan membantu mengaslilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta karotena kepada Vitamin A.

Detoksifikasi
Metabolism protin dan penapaian bakteria makanan dalam usu menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksil termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.

Kawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormone tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencekupi oleh hati boleh menyebabkan hipotirodisma. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

Metabolisma Lemak
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika penngoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan dalam penyimpanan.

Bagaimana menjaga hati supaya sentiasa berfungsi dengan baik dan bebas dari toksin? 
  1. Bermula dari makanan yang kita makan. Makanan yang baik untuk hati iaitu bawang merah, bawang putih, sayur-sayuran, bijirin, kunyit, teh hijau dan anggur merah.
  2. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang sentiasa kita ambil dalam jumlah yang berlebihan.
  3. Menghindari pelbagai jenis minuman yang mengandungi alkohol. Minuman yang mengandungi alkohol memberi kesan buruk pada metabolisme organ hati.
  4. Hentikan merokok, jauhi asap dan pelbagai kimia beracun. Kerana asap-asap yang mengandungi racun tersebut akan masuk ke pembuluh darah kecil dalam paru paru anda dan akan di bawa ke organ hati. Asap dan cairan kimia ini kemudian mengalami detoksifikasi dan dibuang di hempedu. Oleh sebab itu, jumlah dan konsentrasi bahan kimia tersebut harus dikontrol untuk mencegah kerosakan hati anda.
  5. Mencuci tangan dengan bersih iaitu dengan sabun dan air yang bersih setelah buang air besar dan sebelum menyiapkan makanan. 
  6. Mula mengambil suplemen yang membantu menghasilkan sel dan organ hati, melindungi hati dari toksin yang berbahaya dan penyakit-penyakit yang kritikal seperti batu karang  atau hepatitis.
Suplemen yang sesuai dan berkesan dalam menjaga kesihatan hati ialah DTX Complex dari Shaklee. Kandungan utama di dalam DTX adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan dalam menghasilka protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati yang baru.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

 DTX Formulasi yang Dipaten


Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed) dtx shaklee
Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed).
Proses ekstrak ini terdapat 80% silymarin- kaya dengan bahan antioksida.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan toksin.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
Membantu masalah kulit sperti psoriasis dan ekzema.


Articok (Artichoke) dtx shaklee
Articok (Artichoke)

Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu.


Dandelion dtx shaklee
Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku bengkak hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dab pundi hempedu, membantu mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis
Bertindak sebagai julap lembut untuk sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi-melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah
Mengatasi masalah kembung dan lebihan air dalam badan.


Kunyit (Tumeric) dtx shaklee
Kunyit (Tumeric)
Mengandungi curcumin bahan anti oksida
Meningkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


Reishi Mushrooms (Ling Zhi) dtx shaklee
Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun- membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis.
Merawat sindrom keletihan yang kronik.
Membantu mencegah penyakit jantung.


Schizandra dtx shaklee
Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra mangandungi bahan anti oksida.
Merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi.
Memperlahankan pembentukan toksin.



DTX Complex 90 biji berharga RM155.00 untuk pengambilan selama 30 hari.

Kandungan
Shaklee
AW
BL
KD
Milk Thistle Seed
Ya (351mg)
Ya (232mg)
Ya (42.86mg)
Ya (100mg)
Artichoke
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Tumeric
Ya (75mg)
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Dandelion
Ya (273mg)
Ya (125mg)
Ya (75mg)
Tiada
Schizandra
Ya (375mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Reishi Mushrooms
Ya (99mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Saiz Hidangan
3 biji/sehari (untuk 30 hari)
90 biji/botol
2 biji/sehari (untuk 30 hari)
60 biji/botol
3 biji/sehari
100 & 350 biji/botol
3 biji/sehari
120 biji/botol

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

July 27, 2013

Anda kerap Muntah? Gastrik atau Ketidakhadaman? Garlic Complex Shaklee ada penawarnya =)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari lepas kawan saya mengadu muntah-muntah kerana tersalah makan. Selama dua hari dia sering muntah tidak kira masa hinggakan ke waktu bersolat dia termuntah di atas sejadah dan telekung, dalam keaddan yang tidak sempat ke bilik air. Kesian saya dengar kerana saya juga selalu muntah di watu pagi kerana angin atau ketidakhadaman perut.

Muntah sebenarnya merupakan salah satu dari lima cara mengeluarkan unsur pembuangan dari tubuh; buang air, muntah, bekam, buang angin serta berpeluh. Sunnah Rasulullah s.a.w telah menyatakan kelima jenis ini.

Terdapat 9 perkara yang menyebabkan muntah:

1. Terlalu banyak hempedu kuning pada bahagian atas perut
2. Banyaknya lendir dalam perut yang perlu dikeluarkan
3. Ketika tubuh tidak mampu mencerna makanan dengan sempurna
4. Jumlah makanan atau minuman melebihi kemampuan perut
5. Makanan atau minuman tidak sesuai pada perut
6. Rasa mual yang disebabkan kerak sisa makanan
7. Adanya faktor psikologi seperti murung, sedih dan rasa cemas menyebabkan tidak mengambil berat pada keperluan tubuh dan makanan
8. Adanya unsur dalam perut yang merosakkan penghadaman makanan hingga mencari jalan keluar dari perut
9. Terpengaruh kerana melihat orang lain muntah hingga menyebabkan berlakunya muntah. Dalam perkara tanpa sedar ini, fizikal bergerak dengan sendiri.

Jika kita muntah secara berlebihan dan membahayakan seperti kisah kawan saya tadi, ia perlu dihentikan dengan mengambil ubat yang sesuai. Mencuci muka dengan air sejuk, minum jus epal atau air mawar berguna dalam memulihkan keadaan badan selepas muntah. Tirmizi mengatakan dalam kitab Al-Jami' dari Ma'dan bin Abi Thalhah dari Abu Darda' r.a berkata " Rasulullah s.a.w pernah berwuduk setelah muntah."

Untuk pengetahuan semua, ada kebaikan yang tersirat sebenarnya. Muntah boleh menguatkan perut, menajamkan penglihatan, membuang sakit kepala , serta menyembuhkan luka pada ginjal dan pundi kencing. Muntah juga berguna melawan penyakit kronik seperti kusta, busung air, sakit gigi, rasa tertekan (depression), sakit kuning dan hepatitis.

Orang sihat sepatutnya mendorong berlakunya muntah sebulan 2 kali berturut-turut sehingga muntah kedua membebaskan tubuh dari unsur yang tertinggal dari muntah yang pertama. Akan tetapi, orang yang menderita radang tekak, lemah paru-paru dan batuk berdarah digalakkan untuk mengelakkan muntah.

Kebiasaan buruk yang dilakukan oleh masyarakat sekarang adalah memenuhi perut dengan makanan kemudian memuntahkannya. Amalan  ini sebenarnya akan menyegerakan penuaan dan mengakibatkan beberapa penyakit bahaya. 

Secara tradisionalnya bawang putih merupakan ubat paling mujarab untuk gastrik, muntah dan ketidakhadaman dalam perut. Atau untuk lebih praktikal, Garlic Complex Shaklee merupakan produk yang sesuai untuk anda.

Garlic Complex merupakan supplemen diet dan antibodi selamat dan semulajadi. Ia mempertingkatkan tahap penghadaman seperti kembung perut dan gastrik dan ketidakhadaman. Mampu seimbangkan tahap tekanan darah tinggi, menurunkan tahap kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, melindungi jantung dan menghalang penyakit koronari.

Untuk anda yang ingin sesuatu yang pantas dan memberikan kelegaan yang cepat, cuba-cubalah Garlic Complex Shaklee ini =)
 
Garlic Complex Shaklee

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan anda sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di sini Produk dan Harga Shaklee