Showing posts with label METABOLISMA. Show all posts
Showing posts with label METABOLISMA. Show all posts

April 10, 2015

Testimoni Kombinasi Suplemen Kurus Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, nampak perunbahan setelah 4 bulan konsisten dengan Cinch Shake, Herbalax dan Lecithin. 

Jangan cepat mengalah. Amalkan secara konsisten. Insya Allah berhasil.



Kizeewatty 
Pengedar Shaklee

0192484428

Testimoni Kombinasi Suplemen Kurus Shaklee

November 23, 2014

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam mendapat khabar gembira daripada maksu saya di Pulai Perdana yang sudah hamil hampir 2 bulan. Saya di sapa di PM Facebook, kami berborak dan di pertengahan perbualan maksu saya minta nasihat senarai vitamin yang di patut amalkan di awal kehamilannya.



Berita Gembira untuk Bakal Ibu

Alang-alang saya menjawab maka saya sertakan sekali di blog khas buat tatapan anda semua.

Vitamin untuk Ibu Hamil Trimester Pertama 
Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. 


Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
  • Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal. 
  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
  • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan. Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi.
Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu?

Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. 


Vitamin C

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tahu, sebiji Vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren. 

Uniknya vitamin C Shaklee,  ianya berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks (asid folik)

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. 


Mengapa kita perlukan B kompleks dalam menu harian? 

B kompleks terdiri daripada kumpulan 8 vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic acid (B-9) 
  • Cobalamin (B-12) 
  • Biotin. 

Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Riboflavin dalam B kompleks yang memberikan warna kuning pada urin dan susu ibu. 
 

Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen.  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda mengambil kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diambil dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. 

Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu jika kita sertakan dan amalkan konsep asas penyusuan (supply vs demand.

Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurangnya kehilangan air pada waktu ini. 

Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama
Vitamin untuk Ibu Trimester Pertama

Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Insya Allah, di entri yang akan datang saya akan sertakan tip sihat yang boleh diamalkan di awal trimester pertama.


Harga vitamin ini Insya Allah amat berpatutan dengan bajet anda.

  • 1 botol B Complex mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM53.75.
  • 1 botol Vitamin C SR mengandungi 180 biji kapsul untuk pengambilan selama 6 bulan berharga RM92.50.
  • 1 botol Ostematrix mengandungi 120 biji kapsul untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM61
  • 1 botol Vita-Lea mengandungi 120 biji untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM88.75

Cara dan waktu pengambilan vitamin boleh di baca di sini. Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

November 22, 2014

Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu resepi Cinch Shake beserta buah-buahan kegemaran saya. Minuman Shake ini untuk mereka yang ingin kurus dan juga bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tapi kita perlu tahu cara pemakanan Cinch Shake ini untuk tujuan tertentu.
 
Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dan lemak tepu dalam badan kita ini. 

Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa iaitu Vanila, Coklat dan Cafe Latte. Ia sesuai untuk mereka yang kerap lapar, gastrik, untuk tenaga dan meningkatkan metabolisme badan. 

Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu Vanilla Cinch Shake
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu Walnut
  • 1/2 cawan bluberi
  • 1/2 cawan oat
  • 1 cawan air/ ais
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, kisar mengunakan pengisar.
  • Sedia untuk diminum.
Sebagai tambahan, selepas itu minum 200ml air kosong beserta 6 biji alfalfa. Hasilnya ,alfalfa akan mengembang dan perut kita akan lebih kenyang.



Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla
Resepi Smoothie Phytonutrien dan Cinch Shake Vanilla


Cinch Shake Mix minuman yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.
 


Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ Kizee 0192484428

atau

FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

August 7, 2014

Makanan Sunnah: Keistimewaan Minyak Zaitun

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t



June 5, 2014

Amalan Sunnah : Jauhi Meniup Air Minuman.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam sejahtera kepada anda di luar sana. Apa perancangan hujung minggu ini? Pasti ada antara kita yang sudah merancang untuk berjalan-jalan bersama keluarga sempena musim cuti sekolah ini kan?. Lakukan aktiviti di luar dan nikmatilah keindahan ciptaan Allah s.w.t. 

Dalam masa yang sama banyakkan minum air masak kerana keadaan cuaca yang kurang menentu sekarang ini. Minum air mampu meningkatkan metabolisme dalam pembakaran lemak, mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan diri kita daripada terhidrat.

Sebelum ini saya pernah menulis amalan Rasulullah s.a.w mengenai panduan dan adab ketika minum. Hari ini saya ingin berkongsi lagi tip, cara dan amalan Rasulullah s.a.w ketika minum. 
  1. Jauhi minum berdiri walaupun ia makruh, kerana makruh menghampiri haram.
  2. Jauhi minum daripada bekas yang besar.
  3. Jauhi meniup air yang panas.
  4. Jangan bernafas ketika kita minum.                                                                          


Cara dan Adab Ketika Minum
Cara dan Adab Ketika Minum (gambar carian google)


Kebiasaan apabila kita minum daripada bekas air yang besar, kita akan minum seolah-olah meneguk air dalam jumlah yang banyak. Dalam proses ini pastinya kita akan mengehembus nafas ketika meneguk air minuman itu. 

Di saat kita sedang meneguk minuman, badan kita pula menghembus nafas CO2 iaitu karbon dioksida. Apabila CO2 ini bercampur dengan air iaitu H2O, maka akan terhasillah minuman berasid iaitu cuka H2CO3. Minuman berasid inilah yang kita minum dan masukkan kembali ke dalam organ badan kita. 

Nah. Sekarang kita sudah tahu kenapa sunnah Rasulullah s.a.w itu yang terbaik kerana ada hikamah kesihatan di sebaliknya. Jadi di sini saya menyeru, marilah kita amalkan cara minum air seperti Nabi Muhammad s.a.w.

"Minum seteguk,  bernafas, minum seteguk, bernafas, sehinggalah habis minuman."     

Salam Sayang

Puan Kizeewatty Zainal
Panduan Kehidupan dan Kesihatan Sunnah                          

February 26, 2014

Resepi Bancuhan Cinch Cafe Latte dan ESP

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Apabila waktu pagi atau waktu di antara sarapan dan makan tengahari, saya selalu terasa lapar. Nak makan kudap-kudapan pasti tidak kenyang dan pasti saya akan mengunyah makanan yang tidak berkhasiat.

Oleh itu sarapan atau minum petang saya kan ditukar dengan mengambil Cinch Shake Mix dan ESP dari Shaklee.

ESP atau Energising Soy Protein merupakan serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan. ESP membantu kita mengalas perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. 

Dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati dan ianya sangat sesuai bagi yang menghidap gastrik.  ESP juga mengandungi kadar glisemik yang rendah dan sesuai juga kepada pengidap kencing manis. Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan yang terbaik.

Cinch Shake Mix amat berbeza dengan suplemen yang lain kerana setiap kali anda minum, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot, dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine yang merupakan nutrisi penting dalam Cinch untuk keperluan tubuh. Ini amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet, menguruskan badan dan kekal sihat sepanjang hari.

Cinch Shake merupakan suplemen berkhasiat yang didatangkan khas dalam 3 perisa: Vanila, Coklat dan Cafe Latte

Resepi Cinch Cafe latte dan ESP

Bahan-bahannya:
  • 1.5 sudu Cinch Cafe Latte
  • 1 sudu ESP
  • Air suam 350ml
Cara-cara bancuhan:
  • Campurkan semuanya sekali, dinasihatkan letak air suam dahulu di dalam Shaker Shaklee barulah Cinch dan ESP untuk mengelakkan minuman bergumpal.
  • Goncang Shaker sampai semua sebati dan sedia untuk diminum. 
Sebagai tambahan, selepas itu minum 200ml air kosong beserta 6 biji alfalfa. Hasilnya , alfalfa akan mengembang dan perut kita akan lebih kenyang.

Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP
Resepi Bancuhan Cinch Cafe latte dan ESP

Untuk konsultasi percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

atau anda boleh membuat pembayaran melalui borang tempahan di bawah:

http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

February 4, 2014

Performance Drink Kekalkan Tenaga, Unik dengan Elektrolit dan Mineral

 Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Elektrolit dan mineral di dalam Performance Drink penting bagi membantu tubuh dalam menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Performance Drink ini sesuai diminum ketika waktu panas, bersukan, waktu sahur, demam dan lain - lain. Ia juga baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot). Jadi otot sentiasa cergas dalam jangka masa yang lebih lama.

Komponen Elektrolit yang Penting
  • Sodium 
  • Chloride 
  • Magnesium 
  • Kalsium 
  • Potasium
Manfaat Utama Performance Drink

Meningkatkan daya ketahanan badan 
  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat 
  • Ganti air yang hilang ketika melakukan aktiviti fizikal 
  • Tingkatkan daya tahan otot 
  • Memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal 
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh 
  • Mengimbangi metabolism air dalam tubuh 
  • Elektrolit-elektrolit membantu membekalkan tenaga terutama pada mereka yang aktif
Mencegah penyahhidratan 
  • Kurang haus 
  • Mencegah penyahhidratan 
  • Kulit kekal lembab 
  • Tampak lebih muda
Mengekalkan paras gula 
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula 
  • Mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot
Sangat Sesuai untuk Golongan 
  1.  Atlet 
  2.  Mereka yang berpuasa 
  3. Sebelum atau selepas pembedahan 
  4.  Tidur lewat malam 
  5. Sering keletihan 
  6. Penyahhidratan otot dan kulit (kering) 
  7. Cirit birit 
  8. Tiada selera makan 
  9. Paras gula yang rendah 
  10. Pening 

  11. Harga Performance Drink Orange
    1 canister Performance Drink Orange 539 gram berharga RM82.50.

    Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi saya di~


    sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
    email: kizeewattyzainal@gmail.com

    Jom like dan dapatkan info terkini di FB fanpage saya  di Kizee Healthyvita Shop

    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

     

January 27, 2014

Cinch Energy Tea Mix Meningkatkan Tenaga dan Ketahanan Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung masyarakat Jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi tenaga semulajadi dan rasa yang selesa.

Eksklusif T-Lift – Campuran Teh di dalam Shaklee Cinch Energy tea Mix.

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk penyimpanan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksida.


White Tea Extract
Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding the hijau.


Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasa dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksida.
Salah satu antioksida yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu keosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksida yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.


Shaklee Cinch Energy Tea Mix.
  • Selamat penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas dan sejuk. 
  • Ditambah dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. 
  • Pilihan terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Satu sacet Cinch Tea boeh dibancuh dengan satu jag air panas atau sejuk. Boleh dicampurkan dengan kurma, madu atau lemon mengikut kesesuaian citarasa anda. Bagi mereka yang kesempitan masa, Cinch Shake Tea boleh disediakan pada waktu malam dan simpan di dalam peti sejuk semalaman untuk dinikmati keesokan hari.
 
 Cinch Energy Tea Mix mempunyai 28 sacet berharga RM131.00 untuk pengambilan selama 1-2 bulan.

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428 
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

January 25, 2014

DTX Complex Suplemen Vitamin Hati

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula sel-selnya sendiri. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot dan organ jantung, tetapi serangan kepada hati boleh merosakkan hati, namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri.

Fungsi Hati

Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk percernaan lemak, ia memecahkannya ke[ada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga memebantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K,F dan membantu mengaslilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta karotena kepada Vitamin A.

Detoksifikasi
Metabolism protin dan penapaian bakteria makanan dalam usu menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksil termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.

Kawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormone tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencekupi oleh hati boleh menyebabkan hipotirodisma. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

Metabolisma Lemak
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika penngoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan dalam penyimpanan.

Bagaimana menjaga hati supaya sentiasa berfungsi dengan baik dan bebas dari toksin? 
  1. Bermula dari makanan yang kita makan. Makanan yang baik untuk hati iaitu bawang merah, bawang putih, sayur-sayuran, bijirin, kunyit, teh hijau dan anggur merah.
  2. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang sentiasa kita ambil dalam jumlah yang berlebihan.
  3. Menghindari pelbagai jenis minuman yang mengandungi alkohol. Minuman yang mengandungi alkohol memberi kesan buruk pada metabolisme organ hati.
  4. Hentikan merokok, jauhi asap dan pelbagai kimia beracun. Kerana asap-asap yang mengandungi racun tersebut akan masuk ke pembuluh darah kecil dalam paru paru anda dan akan di bawa ke organ hati. Asap dan cairan kimia ini kemudian mengalami detoksifikasi dan dibuang di hempedu. Oleh sebab itu, jumlah dan konsentrasi bahan kimia tersebut harus dikontrol untuk mencegah kerosakan hati anda.
  5. Mencuci tangan dengan bersih iaitu dengan sabun dan air yang bersih setelah buang air besar dan sebelum menyiapkan makanan. 
  6. Mula mengambil suplemen yang membantu menghasilkan sel dan organ hati, melindungi hati dari toksin yang berbahaya dan penyakit-penyakit yang kritikal seperti batu karang  atau hepatitis.
Suplemen yang sesuai dan berkesan dalam menjaga kesihatan hati ialah DTX Complex dari Shaklee. Kandungan utama di dalam DTX adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan dalam menghasilka protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati yang baru.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

 DTX Formulasi yang Dipaten


Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed) dtx shaklee
Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed).
Proses ekstrak ini terdapat 80% silymarin- kaya dengan bahan antioksida.
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan toksin.
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
Membantu masalah kulit sperti psoriasis dan ekzema.


Articok (Artichoke) dtx shaklee
Articok (Artichoke)

Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu.


Dandelion dtx shaklee
Dandelion
Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku bengkak hati (hepatitis) dan jondis.
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dab pundi hempedu, membantu mencegah batu karang.
Membantu merawat endometriosis
Bertindak sebagai julap lembut untuk sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi-melawan anemia.
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah
Mengatasi masalah kembung dan lebihan air dalam badan.


Kunyit (Tumeric) dtx shaklee
Kunyit (Tumeric)
Mengandungi curcumin bahan anti oksida
Meningkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


Reishi Mushrooms (Ling Zhi) dtx shaklee
Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
Membina imun- membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis.
Merawat sindrom keletihan yang kronik.
Membantu mencegah penyakit jantung.


Schizandra dtx shaklee
Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra mangandungi bahan anti oksida.
Merangsang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi.
Memperlahankan pembentukan toksin.



DTX Complex 90 biji berharga RM155.00 untuk pengambilan selama 30 hari.

Kandungan
Shaklee
AW
BL
KD
Milk Thistle Seed
Ya (351mg)
Ya (232mg)
Ya (42.86mg)
Ya (100mg)
Artichoke
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Tumeric
Ya (75mg)
Ya (75mg)
Tiada
Tiada
Dandelion
Ya (273mg)
Ya (125mg)
Ya (75mg)
Tiada
Schizandra
Ya (375mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Reishi Mushrooms
Ya (99mg)
Tiada
Tiada
Tiada
Saiz Hidangan
3 biji/sehari (untuk 30 hari)
90 biji/botol
2 biji/sehari (untuk 30 hari)
60 biji/botol
3 biji/sehari
100 & 350 biji/botol
3 biji/sehari
120 biji/botol

Untuk nasihat percuma dan  harga vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:
  
sms: pm: whatsapp ~ 0192484428

Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee