Showing posts with label SAKIT PINGGANG. Show all posts
Showing posts with label SAKIT PINGGANG. Show all posts

November 26, 2013

Sunnah Rasulullah s.a.w: Bekam Penawar Racun

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Saban tahun suami saya akan pergi ke 'spa' kegemarannya. Spa yang mampu membuatkan badan dan kepala menjadi ringan, setahun pasti sekali dua dia akan memanjakan diri di spa. Sebenarnya spa yang dimaksudkan di sini ialah berbekam salah satu kegemaran Nabi kesayangan kita. 

Berbekam mampu merupakan proses mengeluarkan darah beku yang mengandungi toksin dari dalam tubuh manusia dan di dalam alam bahasa Arab ia dikenali dan disebut Hijamah. Lazimnya, bekam selalu dilakukan di bahagian kepala di mana rambut harus dicukur dan juga belakang badan. Kulit kita akan ditoreh sedikit dan kemudian ditekap dengan dengan mangkuk kecik yang telah disteril. Tempoh antara sesi bekam yang pertama dengan bekam yang seterusnya hendaklah dijarakkan selama 5 atau 6 bulan untuk membolehkan sel dan darah terbina semula.

Abdul Razzaq meriwayatkan dari Ma'mar dari Az Zuhri, dari Abdul Rahman bin Ka'ab bin Malik bahawa semasa di Khaibar ada seorang wanita Yahudi yang membawakan seekor kambing biri-biri panggang beracun kepada Rasulullah. 

Rasulullah berkata, "Apa ini?"

 Wanita itu menjawab dengan penuh berhati-hati agar tidak mengatakan bahawa pemberian itu merupakan sedekah sehingga Rasulullah tidak mahu memakannya. "Hadiah"

Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya memakan biri-biri panggang itu. Setelah mengetahui apa yang dimakan itu beracun, Rasulullah s.a.w mengarahkan semua supaya berhenti makan dan baginda kemudian berbekam tiga kali pada bahagian bahunya. Namun, beberapa sahabat baginda meninggal dunia walaupun telah berbekam.

Musa bin Uqbah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w berbekam pada bahunya kerana biri-biri beracun yang dimakannya. Abu Hind, seorang pembantu Bani Bayadhah menggunakan sebilah pisau untuk membekamnya.

Tiga tahun kemudian, ketika menderita sakit yang membawa kepada kewafatannya, Rasulullah s.a.w berkata, "Aku masih merasakan kesan biri-biri beracun yang aku makan pada hari Khaibar, sehingga kini ketika masa urat nadi terputus (maksudnya ketika ajal mendekati)." Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w wafat sebagai syahid.

Racun boleh diubati dengan cara mengeluarkannya dengan meneutralkan kesannya. Jika tidak ada ubat atau penawarnya, perlu dikeluarkan racun secara menyeluruh dengan memuntahkan isi perutnya. Namun kaedah paling baik membuang racun adalah dengan cara berbekam, terutamanya bagi mereka yang tinggal di daerah panas.

Racun masuk ke dalam pembuluh darah menuju ke jantung dan bahagian tubuh lain sehingga membawa kematian kerana darah merupakan cara racun mengalir ke jantung dan organ dan sistem tubuh lain. Darah yang dijangkit dikeluarkan dengan cara berbekam sehingga tubuh akan bebas dari racun tersebut. Juga, jika pengeluarannya sempurna, maka tidak akan ada racun yang tertinggal dalam badan kita.

Ketika Rasulullah s.a.w berbekam, baginda melakukannya pada bahu yang merupakan bahagian paling dekat dengan jantung. Sebahagian racun tertinggal dalam sistem tubuh Rasulullah s.a.w sebenarnya untuk memenuhi apa yang telah Allah putuskan bagi Rasul-Nya, iaitu meyempurnakan darjat keutamaan pada diri baginda. Ketika Allah memutuskan sudah masanya bagi utusan-Nya wafat sebagai syahid, maka kesan racun tersebut muncul kembali. 

Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”  

Imam asy-Syuyuthi mengulas pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah yang paling baik. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya.
  
Antara penyakit yang cukup baik untuk berbekam adalah hipertensi, gout, hiperkolesterolemia, strok , parkinson, epilepsy, migrain, vertigo, kegagakan ginjal, varises, hemoroid, dan sakit pinggang, penyakit darah (leukemia, thalasemia), tinnitus, asma, alergi, penyakit sistem imun (SLE, HIV), infeksi, glaukoma, insomnia, untuk kesuburan dan kecantikan (menghilangkan jerawat) dan menurunkan berat badan.



Wallahu a'lam

October 29, 2013

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.




Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.

Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
 
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.

Jika anda mencari suplemen yang berasaskan halia, maka anda boleh mencuba suplemen dari Shaklee. Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan melalui prosedur dengan penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal Peppermint Ginger Plus dari Shaklee amat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa, penghadaman dan lain-lain. Untuk informasi lanjut berkenaan Suplemen ini, sila baca di sini.

August 3, 2013

Bijan penawar sakit pinggang, campak, ekzema, jerawat dan kurap.

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Abu Hanifah, seorang ahli bahasa Arab, mengatakan " Bijan (dalam bahasa arabnya Wars) biasanya ditanam dan bukan termasuk tumbuhan darat dan tidak ditemui selain di tanah Arab atau negeri Yaman"

Tenaganya yang panas dan kering dan yang terbaik adalah yang merah, lembut pada tangan. Jika dilumur bijan berkhasiat untuk mengubati penyakit gatal, ekzema dan jerawat pada permukaan kulit. Buah ini mempunyai tenaga pengikat dan pewarna. Jika diminum kira-kira satu sudu makan, maka berkhasiat mengubati campak.  

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi 1 meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan. Kapsul biji yang telah kering akan digoncangkan untuk mengeluarkan bijinya. Kulit bijinya pula perlu dibuang sebelum digunakan kerana rasanya agak pahit dan tidak dapat diekstrak oleh sistem badan manusia. (Dengan kata lain ia mampu mengikis usus perut kita). Komposisi dan khasiatnya hampir sama dengan cendana laut

Khasiat Minyak Bijan

- Mampu melegakan dan melembutkan kulit
- Boleh dijadikan tonik berkhasiat
- sebagai ubat julap
- sebagai ubat diuretik (ubat yang dapat mempercepatkan pembentukan urin)
- menghitamkan rambut
- mengatasi masalah rambut kering
- masalah rambut beruban
- mampu menguatkan tubuh badan
- baik untuk hati dan limpa manusia
- Sebagai bahan ganti untuk minyak zaitun untuk kegunaan luar
- sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Terdapat 3 jenis biji bijan di dunia ni iaitu hitam, putih dan merah. Antaranya ialah:

1) Jenis Bijan Hitam dapat menghasilkan kualiti minyak yang terbaik. dan amat sesuai untuk tujuan perubatan

2) Jenis Bijan Putih pula kaya denga kalsium dan amat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah kekurangan kalsium

3) Jenis Bijan Merah kaya dengan zat besi. Kaya dengan vitamin A dan E, protin dan lemak. Juga mengandungi 55% minyak yang amat pepular dalam masakan cina.


Tip penggunaan bijan dalam merawat penyakit

Merawat Penyakit Buasir
- Hancurkan biji bijan, campurkan dengan air dan mentega lalu diminum

Sebagai Alat Tuaman
- Panaskan biji bijan dan bungkuskan dalam kain, tuam ditempat yang sakit

Masalah ulser,terbakar dan Melecur
- Campurkan minyak bijan dengan air limau dan sapukan ditempat sakit.

Penyakit Anemia (kurang darah)
- Rendam biji bijan hitam dalam air suam selama beberapa jam kemudian keringkan dan  
   digiling halus
- campurkan 1 sudu kecil serbuk biji bijan hitam bersama segelas susu dan diminum

Masalah Disenteri & Diarea (Cirit-birit) yang kronik
- Ambil 2 sudu bijan dan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus jadi serbuk
- campurkan dengan 1 sudu minyak sapi (ghee)
- bahagikan kepada 3 bahagian
- campurkan 1 bahagian dengan susu kambing panas
- minum 3 kali sehari selama 6 hari

Penawar Sakit Haid
 - Biji bijan digoreng tanpa minyak dan dikisar halus jadi serbuk
- campurkan 1 sudu teh serbuk bijan dengan air panas
- minum 2 kali sehari

Hilangkan kelemumur
- basahkan rambut
- ambil serbuk biji bijan dan lumurkan dikepala



Bijan yang kebanyakannya digunakan dalam sajian makanan