August 26, 2013

Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa yang saya dapat dengan berblogging?


Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Setiap makhluk yang Allah jadikan ada peranan dan fungsinya di muka bumi dan alam semesta ini, tidak ada yang sia-sia. Ini salah satu janji Allah yang saya pegang selama mana saya hidup di bumi-Nya. Saya sedar ramai antara kita terutamanya kaum hawa yang merasakan hidup mereka kosong tidak ada hala tujuan. Pergi kerja balik kerja dan menjalankan rutin harian yang saban hari berulang sama dan akhirnya kita terasa jemu. Jangan rasa rendah diri dan fikir yang bukan-bukan kerana kewujudan kita ini ada sebab dan maknanya yang tersendiri yang belum kita kupas lagi.

Apa sebab Allah jadikan kita? Secara peribadinya, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Islam dan dalam keluarga yang bahagia. Sentiasa ingat yang kita dilahirkan untuk menjadi anak, adik, kakak, kawan, isteri dan ibu kepada orang tersayang di sekeliling kita. Kita adalah kaum hawa yang kuat, tabah dan sanggup meredah apa jua cabaran rintangan demi orang yang kita sayang. Anda di luar sana mungkin ada yang terasa tidak gembira dengan kehidupan yang dilalui. Sedarkah kita yang kita selalu memberi yang terbaik untuk orang lain tapi pernahkah kita terfikir mencari yang terbaik untuk diri kita? Apa kata kita mula memberi yang terbaik pada diri kita barulah kita akan rasa bermakna hidup di dunia dan Insya Allah di akhirat juga. Hargai setiap pemberian Allah kepada diri kita ini.




Setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil zarah sekalipun hendaklah niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah s.w.t, dan jangan kita buat sesuatu perkara itu hanya kerana inginkan pujian dan balasan daripada manusia. Kerana manusia adalah manusia tidak pernah sempurna dan terlalu banyak kelemahannya. Kelemahan inilah yang sering membuatkan kita kecewa dan putus asa serta berasa rendah diri. Seterusnya kita rasa hidup tidak bermakna dan aura negatif mula menyelubungi kehidupan kita. 

‘Always look on the bright side of life’. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan buat, itulah doa buat kita dan Allah akan makbulkan, Insya Allah. Jika kita rasa kita tidak pandai, tidak berbakat, tidak bersemangat dan segala-galanya ‘tidak’ maka Allah akan beri secara percuma dan selamanya kita hanyut dalam keadaan merendah diri hingga takut untuk mencuba sesuatu. 

Antara sedar dan tidak sedar, sebenarnya inilah diri saya yang dulu. Seorang yang berfikiran sempit dan negatif, tidak berani untuk ke depan dan masih hidup dalam kepompong walhal ramai wanita terutamanya suri rumah di luar sana yang telah berjaya merealisaikan impian mereka menjadi seekor rama-rama yang mengembangkan sayapnya yang cantik. Bebas terbang mengikut rentak sendiri tanpa risaukan segala kekangan jika dibandingkan ketika berada di dalam kepompong. Saya kuatkan hati untuk memulakan perkongsian hidup, ilmu dan pengalaman saya dengan berjinak dalam dunia blog. Sampai bila mahu berdalih dan tidak bergerak. Jika orang lain boleh lakukan sehingga berjaya, saya juga pasti boleh lakukan seperti mereka. 

Bagaimana mula menyertai kelas asas blog ini? 

Saya dipertemukan dengan seorang mentor yang sentiasa berada di sisi saya, tangan saya tidak pernah dilepaskan dan sentiasa dipimpin. Beliau ialah Puan Khairunnisa Hamzah, seorang WAHM yang sanggup melepaskan kerjaya yang hebat demi keluarga dan mempunyai niat suci untuk membantu lebih ramai wanita berkerjaya dari rumah, sekaligus mereka mampu mendidik anak-anak dan menjaga keluarga tercinta. Beliau seorang yang rajin memberi kata-kata semangat di kala diri saya kekontangan idea untuk menulis. 

Baginya kita kena sentiasa menulis dan menulis. Luahkan apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. Seorang yang menjadi sumber  inspirasi saya,sentiasa berfikiran positif dan setiap jalan buntu ada penyelesaiannya. Blog beliau di khairunnisahamzahara.blogspot.com banyak berkisar tentang pengalaman dan ilmu yang sungguh berguna untuk para pembaca dan tentunya menjadi contoh bagi saya yang baru menapak di laman blog ini.

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan peluang perniagaan kita. 

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif dengan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain, hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk mambantu lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza. Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak membantu dan mendorong saya. 

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti. Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti. 

Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet.


Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.

Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’ minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest. Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada semalam. 

Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.

Kepada anda yang teringin bertanya lebih lanjut bolehlah:
FB Official :Kizeewatty Zainal 
SMS WHATSAPP PM : 0192484428 atau tinggalkan komen di bawah.
Kepada anda yang ingin memasuki ke kelas boleh daftar di sini:  

Anda boleh membuat pembayaran ke:

Kizeewatty Zainal
Maybank  101245259053
CIMB          7042019768

dan isi borang tempahan di sini~


http://kizeewattyzainal.blogspot.com/p/borang-tempahan.html


  Daftar hari ini sebelum yuran kelas asas blog semakin meningkat selaras dengan kemasukan peserta kelas asas blog yang semakin hari semakin bertambah!!

August 25, 2013

Senarai Produk dan Harga Shaklee

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Ramai yang bertanyakan apa produk-produk Shaklee dan pastinya ramai yang ingin tahu harga vitamin yang terjamin halal, selamat dan berkesan ini.

Di bawah saya senaraikan produk-produk dan harga di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. (harga tidak termasuk pos)










Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan dan juga inginkan harga promosi sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop

August 19, 2013

Lecithin: Bukan sahaja Bakar Lemak dan Kurangkan Berat Badan

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua warga muslimin muslimat di seluruh pelusuk dunia. Alhamdulillah, dan Insya Allah segala amalan kita di bulan Ramadhan Kareem moga-moga diterima Allah s.w.t. Pasti seronok berkumpul bersama keluarga tersayang, saudara dan sahabat taulan kita sambil menikmati juadah  di hari raya ini. 

Mesti ada di antara anda yang sudah naik berat badan di bulan Syawal. Maklumlah kebanyakan daripada rumah keluarga sanak saudara dan handai taulan yang kita ziarah menyediakan juadah berat untuk kita. Tapi jangan bimbang kerana Shaklee ada produk yang boleh mengembalikan berat idaman anda.

Ikuti kelebihan Lecithin yang sangat diperlukan oleh badan kita:
  • Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans, dan tahukah anda  ‘Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin’ dan yang menariknya, lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.
  • Lecitin dinamakan ‘pengemulsi semulajadi’ kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak'. Dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.
  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, strok, sakit jantung, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  • Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,Lecithin juga membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  • Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan, ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.
  • Lecithin, bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE (BILE berfungsi dalam mencairkan lemak). Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. 
Nah, banyak fungsi lecithin ini kan. 

Kepada anda di luar yang mempunyai sebarang pertanyaan dan nasihat untuk masalah kesihatan anda sila hubungi saya di:

sms: pm: whatsapp ~ 0192484428
email: kizeewattyzainal@gmail.com
FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop


Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee

    Siapakah Kawan Cinta Hati Kamu Wahai Iblis?

    Teks: Kizeewatty Zainal

    Assalamualaikum w.b.t

    Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

    Bertanya Rasulullah S.A.W, "Siapakah kamu ini ?"

    Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."

    "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"

    Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

    Baginda Rasulullah S.A.W. lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" 

    Iblis menjawab, "Lima belas." 


    1. Engkau sendiri hai Muhammad.

    2. Imam dan pemimpin yang adil.

    3. Orang kaya yang merendah diri.

    4. Pedagang yang jujur dan amanah.

    5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

    6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

    7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

    8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

    9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

    10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

    11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

    12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

    13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

    14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

    15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.




    Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"

    Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-



    1. Hakim yang tidak adil.

    2. Orang kaya yang sombong.

    3. Pedagang yang khianat.

    4. Orang pemabuk/peminum arak.

    5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

    6. Pemilik harta riba

    7. Pemakan harta anak yatim.

    8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

    9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

    10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 
    Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." 


    Itulah di antara perbualan Rasulullah S.A.W dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. 
    Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah. Wallahu a’lam