Showing posts with label GARLIC COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label GARLIC COMPLEX. Show all posts

August 22, 2016

COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang

Alhamdulillah.
Fresh from Shaklee.
Ok jom COD pulak.


COD Shaklee - Taman Molek, Seri Alam dan Pasir Gudang


Kizee
019 248 4428
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

December 14, 2014

Makanan Sunnah: Bawang Putih Meredakan Angin Perut

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t

Bawang putih merupakan rencah utama dalam masakan Melayu, Cina dan India Ia adalah rempah ratus yang telah digunakan dari sejak adanya peradaban manusia di muka bumi ini.. Tanpanya kuranglah rasa dan nikmat masakan yang ingn disediakan. 

Bawang putih juga merupakan makanan sunnah nabi Muhammad s.a.w kita dan baginda amat menggemarinya namun perlu dimakan dengan dimasak pada suhu yang tinggi terlebih dahulu. Dalam bahasa Arab, bawang putih dikenali sebagai Tsaum.

"Barangsiapa yang hendak makan kedua-dua ini, hendaklah dimasak dengan sempurna."

Hadis di atas ditujukan khas untuk bawang putih dan bawang merah. Rasulullah s.a.w pernah diberi hidangan makanan yang mengandungi bawang putih, namun baginda menghantar kembali makanan itu kepada Abu ayub Al-Ansari. 

Abu Ayub bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak menyukainya sehingga memberikannya kepadaku?"

Baginda menjawab,

"Sesungguhnya aku senang bermunajat dan tidak mungkin aku bermunajat kepada-Nya bila aku memakan maknanan itu."


Bawang Putih Khazanah Berharga

Secara umumnya dari perubatan tamadun Islam, bawang putih bersifat panas dan kering, mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit, mengeringkan secara optima serta berkhasiat memanaskan badan mereka yang kesejukan. Bawang putih juga bermanfaat untuk mereka  yang memiliki maslah pencernaan akibat kahak, juga untuk orang yang menderita daripada sembelit.

Bawang putih mampu membuka sumbatan angin duduk, meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak tepu, melegakan angin di dalam perut dan membantu meredakan sengatan binatang berbisa

Namun begitu, bawang putih yang berlebihan mampu menyebabkan pening , bahaya kepada otak dan mata, melemahkan pandangan mata dan stamina, menyebabkan rasa haus dan menyebabakan penyakit kuning serta menimbulkan bau mulut. Cara terbaik untuk menghilangkan baunya adalah dengan mengunyah daun pudina ataupun daun nue.



8 Rahsia Bawang Putih


1. Mengurangkan risiko strok.


Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.


Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.


Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Cara Penyediaan Bawang Putih  
  • Bawang putih boleh ditumbuk dan dijadikan ubat pembalut untuk mengubati luka kibat gigitan ular berbisa dan kala jengking, memanaskan tubuh badan, menghilangkan kahak, gas atau angin serta membersihkan lendir di tekak. 
  • Apabila dimakan dalam keadaan mentah, dimasak atau dibakar sedikit, boleh mengubati penyakit dada dan menghilangkan lendir tekak. 
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur cuka, garam dan madu kemudian dilekatkan pada bahagian gigi geraham yang sudah berlubang.
  • Bawang putih ditumbuk dan dicampur air dan madu boleh menghilangkan kahak dan cacing di dalam perut serta menghilangkan panau di kulit.

 Kini di pasaran banyak terdapat produk yang berunsurkan bawang putih yang lebih senang untuk diambil dan diamalkan. Salah satunya adalah Garlic Complex dari Shaklee.   

Semoga apa yang saya kogsikan di sini memberi manfaat kepada anda.


Salam Sayang,

Kizeewatty Zainal
Pengedar Shaklee Anda di Pasir Gudang. 
sms pm whatsapp: 0192484428




IG: @kizeewatty

October 27, 2014

Punca Sakit Jantung Pembunuh No. 1 di Malaysia

Teks: Kizeewatty Zainal

Assalamualaikum w.b.t







Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia dan penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dengan 1940 maut setiap jam. 

Bagaimana Penyakit Jantung Terjadi? 

Pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung. Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
 
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.







Punca Penyakit Jantung
  • Usia - Risiko tinggi selepas menopaus 
  • Kolesterol berlebihan 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Merokok 
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi  
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko  sakit jantung 
  • Kurang bersenam 
  • Kencing manis atau diabetes 
  • Sejarah keluarga

Tanda Serangan Penyakit Jantung

1. Sakit leher

Pernahkah anda pernah merasa sakit leher yang berpanjangan?
Dan selepas itu merasa sakit mendadak disertai rasa sesak di bahagian bahu dan bahagian bawah leher?

Apa yang terjadi? 
Saraf dari rangkaian jantung yang rosak menghantar isyarat rasa sakit yang naik turun pada ruas tulang belakang yang dalam waktu yang sama  saraf-saraf di sekitar leher dan bahu juga akan sakit.

2. Masalah seksual

Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan, mereka yang dirawat kerana penyakit jantung dua daripada tiga di antaranya menderita disfungsi erektil selama berbulan-bulan, sebelum akhirnya didiagnosis mempunyai masalah dengan jantung. Menurut Goldstein, beberapa kajian terbaru yang menguji hubungan antara disfungsi erektil dan penyakit kardiovaskular juga semakin meyakinkan. 

Apa yang terjadi? 
Pembuluh darah di sekitar jantung boleh enjadi sempit dan keras, hal sama juga boleh terjadi pada pembuluh yang membekalkan darah ke bahagian zakar. Kerana saluran darah di sekitar zakar lebih kecil, pembuluh-pembuluh ini boleh mengalami kerosakan yang lebih cepat - walaupun tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dikesan.

3. Pening, pengsan, atau sesak nafas

Sebuah kajian yang diterbitkan Circulation: Journal of the American Heart Association, menyebutkan lebih dari 40 peratus perempuan melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas di saat sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan merasakan tak boleh bernafas, lemas atau pusing apabila berada di tempat inggi. 

Bila anda tergopoh-gopoh ketika naik tangga, menyapu halaman, berjalan santai, atau aktiviti lain yang sebelum ini tidak mendatangkan kesukaran pada diri kita.

Apa yang terjadi? 
Ini akibat tidak cukupnya darah mengalir pada saluran yang mengangkut oksigen ke jantung. Kesakitan pada otot jantung juga boleh membuat seseorang merasakan sukar menarik nafas dalam. Penyakit pembuluh darah koroner, di mana pembuluh darah jantung tersumbat akibat ppenebalan plak lemak dan kolesterol, menyebabkan organ jantung tidak mendapatkan bekalan oksigen yang cukup.

4. Gangguan pencernaan, mual, atau heartburn

Walaupun sebahagian besar daripada kita berfikir keadaan yang berhubungan dengan jantung sinonim dengan kesakitan pada dada, tetapi sebenarnya hal ini boleh berlaku juga di bahagian perut. Pada beberapa orang khususnya wanita, gejala seperti heartburn atau perasaan terbakar pada bahagian dada, rasa perut kekenyangan atau tersedak perlu diberi perhatian. Gangguan pencernaan yang parah dan mual juga boleh menjadi tanda awal serangan jantung, atau biasa disebut infarction, khususnya pada wanita. 

Sebuah kajian menunjukkan, perempuan dua kali lebih mengalami muntah, mual, dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan menjelang serangan jantung.

Apa yang terjadi? 
Timbunan lemak di pembuluh darah boleh mengurangkan atau menurunkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan perasaan seperti sesak, tertindih atau sakit - yang kebanyakan berlaku di kawasan dada tetapi terkadang juga di bahagian perut. Mual dan pusing-pusing juga boleh menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku.

5. Sakit pada rahang dan telinga
 
Hasil kajian menunjukkan, ramai pesakit pasca serangan jantung melaporkan sakit pada rahang mereka sebelum serangan jantung.

Kerosakan pada rangkaian organ jantung boleh mencetuskan penghantaran isyarat naik turun pada bahagian tulang belakang yang kemudian merebak pada sarar-saraf yang tersebar dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

Ingin saya ingatkan di sini apabila kita mengalami dua atau lebih gejala seperti di atas ini secara berterusan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan. Selain itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan sakit jantung. 

Antaranya:
1.      Makan secara sihat.
2.     Tingkatkan aktiviti fizikal.
3.     Hentikan Merokok dan Minuman Keras.
4.     Kekalkan berat badan yang unggul.
5.     Ketahui Paras Tekanan Darah.
6.     Kendalikan Stress dengan Bijak.
7.     Amalkan pengambilan Suplemen dan Vitamin yang selamat.


                                  
Cadangan Suplemen untuk Kesihatan Jantung


Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus

Kombinasi Vitamin Kesihatan Jantung terdiri daripada Vitamin E, Omega Guard, Garlic Complex dan COQHealth Plus. Kombinasi ini memecahkanpla lemak, mengurangkan kolesterol, menyokong tenaga jantung dan membantu peredaran darah yang lancar.



Vitamin E  

  • Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas
  • Jantung yang sihat
  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan asid lipid terbentuk 
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik) 
  • Mengurangkan tekanan darah 
  • Menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri 

  • Garlic Complex

    • Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
    • Mengurangkan kebekuan darah
    • Meningkatkan HDL
    • Melindungi jantung 
    • Menghalang strok dan penyakit koronari.

    Omega Guard 

    • Menurunkan trigliserida sehingga 65%, menurunkan LDL dan keseluruhan kolesterol 
    • Mencegah salur darah dari tersumbat
    • Mengelakkan strok 
    • Mengekalkan tekanan normal darah
    • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
    • Mengurangkan sakit kepala 
    • Merendahkan kolestrol 
    • Mencegah pembekuan darah dalam badan 
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung

    CoQ10

  • Merangsang penghasilan tenaga jantung
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah


    *********************************************************************************************************** 

    • Vitamin E  mengandungi 120 kapsul untuk pengambilan selama 4 bulan berharga RM149.00.
    • Omega guard mengandungi 90 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM136.00.
    • Garlic Complex mengandungi 60 biji untuk pengambilan selama 1-2 bulan berharga RM47.50.
    • COQHealth Plus mengandungi 30 kapsul untuk pengambilan selama 1 bulan berharga  RM 124.00



    Untuk konsultasi percuma vitamin Shaklee, sila hubungi saya di:

    sms: pm: whatsapp ~Kizee 0192484428

    email: kizeewattyzainal@gmail.com


    FB fanpage:Kizee Healthyvita Shop 




    Untuk senarai penuh produk dan harga Shaklee sila lihat di Produk dan Harga Shaklee